LE P.O.V
Flashback
Bila Minzy kata dia nak pergi kedai. Aku pun nak ikut sekali sebab aku nak beli makanan ringan banyak sikit. Kitaorang berjalan kaki menuju ke kedai.
Setelah membeli segala barang kitaorang pun berjalan pulang. Daripada jauh memang dah nampak apartment tu terang semacam tapi aku biarkan je sebab yelah mana tau ada orang pasang spotlight nak buat shooting ke apa. Tapi tiba-tiba Minzy jatuhkan barang dia.
"Apahal dengan kau ni? Macam nampak hantu je."
"Api wei! Api! Apartment kau terbakar!" Selepas mendengar kata-kata Minzy aku terus melihat ke arah apartment. Api masa tu dah semakin marak .Aku terus berlari ke apartment untuk menyelamatkan member-member aku.
Minzy mengikuti dari belakang. Aku tengok dah ramai orang yang berkumpul di bawah apartment. Aku mencari-cari kelibat mereka berlapan tapi tak kelihatan. Aku dah mula risau jadi aku terus masuk ke dalam apartment tu sambil meredah api demi menyelamatkan member-member aku.
Aku ada dengar Minzy kata jangan pergi tapi aku berdegil jugak. Jadi Minzy pun mengikuti aku sekali dari belakang. Aku masuk ke dalam dan api menjulang tinggi. Asap pulak dah makin tebal. Sebelum kaki aku melangkah ke pintu tangga kecemasan serentak dengan itu api bersembur keluar. Aku terdorong ke belakang dan almari yang sedang marak terbakar jatuh ke atas aku. Aku menjerit minta tolong kepada Minzy tapi dia hanya diam membatu memandang aku.
"Tolong wei aku terperangkap ni!! Cepat lah panass ni!!" Teriak aku.
Minzy kemudian tersenyum kepada aku dan mengucapkan kata-kata yang tak mampu aku lupakan.
"Maaf tapi kau patut mati! Sekurang-kurangnya salah seorang daripada korang takkan wujud dah." Kemudian dia menendang almari yang menimpa aku dan terus berlari keluar.
Sumpah aku terkejut masa tu. Masa tu juga aku dapat tahu bahawa dia pembelot OFR. Aku melihat ke kiri dan kanan aku. Api dimana-mana sahaja. Almari yang menimpa aku teramatlah berat. Tapi aku mengagahkan diri untuk mengangkat almari tu walaupun tangan aku melecur.
Kemudian aku terus pergi ke tingkat tiga dan menuju ke bilik rahsia. Waktu itu, aku hanya berdoa supaya korang selamat. Bilik tu tak terbakar sebab kalis api walaupun luaran dia yang terbakar. Aku tinggal dalam bilik tu sejak dari hari tu lagi.
END Flashback
END P.O.V
Rosè: Owh macam tu ceritanya tapi kenapa kau tak jumpa kitaorang langsung
LE: Aku taknak Minzy syak yang aku masih hidup lagi jadi aku terpaksa undercover tapi percayalah aku selalu je perhatikan korang. Masa upacara penghormatan fake aku pun aku datang. Tapi aku sorok muka aku la
Lisa: Tapi kenapa kau tak contact kitaorang langsung?
LE: Aku terpaksa untuk tak contact korang sebab aku takut Minzy tau yang aku maaih hidup lagi
Jennie: Macam mana kau tau kitaorang kena culik?
LE:Kan aku dah kata aku sentiasa perhatikan korang dari jauh. Masa kau kena culik tu aku ada masa tu tapi semuanya berlaku dengan pantas. Aku tak sempat nak selamatkan korang masa tu. Aku ada kejar van hitam tu tapi terlalu laju. Aku cuba track phone korang tapi takde isyarat langsung jadi aku cuba track phone Lisa. Tapi ambik masa lama jugak nak track phone Lisa sebab masa tu phone not in ranged.
Rosè: Pastu apa jadi?
LE:Lepas dah dapat track tu aku terkejut sebab Lisa dah ada dekat Gangwon-Do. Aku pelik sikit sebab nak pegi sana dalam 1 jam lebih. Macam mana kau boleh laju gila datang sana?
Lisa: Aku pakai superbike Jennie. Tu yang laju tu
LE: Tapi kenapa kau tak naik lif yang kita naik tadi?
Lisa: Aku tak terfikir sebab terlalu risaukan diorang ni
LE: Tapi kalau aku datang lebih awal mesti korang tak jadi macam ni .Aku rasa bersalah gila kot. Aku betul-betul minta maaf
Jisoo: Takpe bukan salah kau pun.Tak perlu minta maaf. Tapi sekarang ni boleh tolong aku tak?
LE: Apa dia?
Jisoo: Aku nak pergi tandas. Gila tak tahan ni
LE: Owh okay okay
LE segera membawa Jisoo ke tandas. Yang tinggal hanyalah Jennie, Rosè dan Lisa.
Jennie: Jadi kita nak buat apa tanpa tangan dengan kaki ni?
Lisa: Entah la, takleh nak buat apa-apa. Nak bergerak tak boleh, nak makan sendiri tak boleh, nak main pun tak boleh
Rosè: Huhu dah la projek aku dalam laptop tak siap lagi. My hand please come back!
Lisa: Jennie kau nak tau sesuatu tak?
Jennie: Apa?
Lisa: Aku boleh gulingkan badan aku
Jennie: Macam mana?
Lisa menjatuhkan badan dia dan terus berguling. Kemudian baru dia teringat dia duduk atas sofa. Berguling dia jatuh dari sofa mencium lantai.
Lisa: Wei tolong aku. I'm suffocating right now!
Rosè: Macam mana nak tolong bukannya kitaorang ada tangan pun
Lisa: Huhu menyesal aku
Waktu Malam
Mereka semua sudah tidur kecuali LE yang berada di dalam biliknya belum tidur lagi.
Dia berbaring di atas katil sambil merenung ke arah siling. "Segala rangka sudah siap. Hanya menghitung hari untuk siap kesemuanya dengan sempurna. Esok akan menjadi hari yang paling sibuk sekali," LE menutup matanya setelah mengomel sendirian.>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
"LE!!! Kitaorang tak tahan nak pergi tandas dah ni!" LE terjaga daripada lenanya apabila terdengar jeritan mereka berempat. LE bergegas bangun dan menuju ke bilik mereka berempat. Kelihatan mereka berempat sudah menangis.LE melihat tilam mereka dan terus menepuk dahi. " Ah sudah,"
>>>>>>>>>>>≥>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
LE membawa mereka semua turun ke The Area kerana dia hendak menyiapkan projeknya. Dia meletakkan mereka di atas bean bag di kawasan rehat itu."Selesanya bean bag ni," kata Jennie. "Pasang movie, aku nak tengok Boss Baby," kata Lisa. "Aku nak tengok cerita lain. Taknak tengok kartun," kata Rosé membantah Lisa punya keinginan. "Ah takde, aku nak tengok Boss Baby jugak." Lisa mempertahankan kedudukannya.
Mereka berdua dah mula bertengkar. "Rilek, semua boleh tengok. Aku dah buat playlist movie favourite korang. Sekarang ni aku buat shuffle playlist ni. Movie siapa yang kena, haa tengoklah cerita tu. Senang kerja aku,"
LE memasang TV dan movie pertama yang ditayangkan adalah movie favourite Jisoo. " Yasssss! Movie aku dulu!" Teriak Jisoo riang.
"Kalau korang nak apa-apa, panggil je aku. Aku dekat meja kerja aku tau," kata LE kepada mereka berempat.
"Okayyy!"
YOU ARE READING
Whistle | BLACKPINK [COMPLETE]
Mystery / ThrillerJisoo,Jennie,Rosè dan Lisa baru sahaja berpindah ke Apartment Mount di Seoul.Pelbagai kejadian yang menimpa mereka sejak berpindah ke Seoul.Semakin banyak misteri yang telah terungkai sejak mereka berpindah.Mereka turut diselubungi perasaan curiga. ...