Waktu Malam
Jisoo:Bestnye kalau dapat makan ayam malam-malam cenggini
Jennie:Aku serik nak makan ayam malam-malam cenggini
Jisoo:Asal lak?
Jennie:Kau tak ingat ke kejadian ayam dekat apartment Mount dulu tu
Jisoo:Aku ingat tapi apartment tu je yang berhantu.Kat sini tak pun.Aku tak takut la hantu kat sini
Lisa:Kau jangan cakap besar.Umah ni dah la besar.Kalau dia masuk bilik kau jangan lari masuk bilik aku.Entah-entah time tidur nanti dia tenung je kau dari kaki katil kau.Dengan muka berulat,mata terjojol,tersenyum menyeringai kat kau masa kau tidur.Kalau aku,aku tak kisah pun sebab aku memang tak takut dengan diorang pun
Rosè:Kau ni kan kalau nak bercerita pun Agak-agak la.Tengok la waktu sekarang ni.Dah malam buta cenggini pun kau nak citer benda seram.Kau tau kan aku ni penakut gila
Lisa:Kalau kau pulak Rosè benda tu nanti tidur sebelah kau sambil tenung muka kau.Diusap-usapnya rambut kau dengan jari dia yang runcing berlendir tu sambil kata Rosé.... Rosé... .Mata dia terus tenung muka kau yang macam chipmunk tu pastu dia-hahahhahah!
Rosè mengejar Lisa sambil tangannya cuba nak ketuk kepala Lisa.Lisa ketawa terbahak-bahak sampai tak cukup nafas sambil berpusing-pusing berlari mengelilingi sudut di ruang tersebut.
Jisoo:Kalau camtu order pizza nak tak?
Jennie:Ok gak,asalkan bukan ayam.Tapi kau yang call
Jisoo:Okay
Maka malam itu berakhir dengan pekikan dan gelak tawa Rosè dan Lisa.Jisoo dan Jennie menghabiskan masa dengan makan pizza yang diorder.
Keesokan Harinya
Mereka berkumpul di meja makan untuk bersarapan sebelum pergi ke sekolah.
Lisa:Amacam sedap tidur semalam?
Rosè:Sedap apanya! Disebabkan kau aku terpaksa tidur dengan Jennie
Jennie:Disebabkan kau jugaklah dia peluk aku kuat gila sebab kau citer benda yang tak patut
Lisa:Hehe seronok aku kenakan korang.Kau pulak Jisoo amacam?
Jisoo:Apa yang kau bagitau tu betul-betul berlaku kat aku tapi kau tau tak aku buat apa balik dekat dia?
Lisa:Apa dia?
Jisoo:Dia kan senyum menyeringai kat aku.Aku pun senyum balik lebar-lebar kat dia sambil jelirkan lidah aku kat dia.Dah la aku pakai mask putih ada bulu kening tebal Terkejut beruk dia.Berlari tembus dinding.Pastu aku terus tidur.Kelakar siot bila ingat balik muka hantu tu hahaha
All:Hahahaha!
Lisa:Aku ingat kau takut dengan hantu
Jisoo:Dulu yelah tapi pengalaman di apartment Mount banyak mengajar aku apa erti kehidupan itu sebenarnya.Sungguh nostalgic
Bukk!
Jennie:Nostalgic kepala kau! Mengarut aje bila bercakap
Jisoo:Asyik-asyik ketuk kepala aku! Apa lah nasib wahai kepala huhu
Lisa:Cepat sikit makan tu,lagi lima minit kita gerak ke sekolah
Jisoo:Yess kereta ku.Here I come!
Mereka berempat masuk ke dalam kereta masing-masing.Berkilau kereta mereka disimbahi cahaya matahari.Berderum enjin kereta mereka ketika membawanya.
Sampai sahaja di tempat parking sekolah,ramai pelajar mula berkerumun di sekeliling kereta mereka termasuklah geng The Queens.Pelajar-pelajar di situ masih tidak mengetahui siapakah pemiliknya kerana cermin kereta di tinted dengan gelap.
YOU ARE READING
Whistle | BLACKPINK [COMPLETE]
Mystery / ThrillerJisoo,Jennie,Rosè dan Lisa baru sahaja berpindah ke Apartment Mount di Seoul.Pelbagai kejadian yang menimpa mereka sejak berpindah ke Seoul.Semakin banyak misteri yang telah terungkai sejak mereka berpindah.Mereka turut diselubungi perasaan curiga. ...