Chapter 1 - Segalanya Ada Permulaan

1.7K 46 19
                                        

• TANJUNG  1985 •

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

• TANJUNG  1985 •


"Ejon, ade nampak Abang Ryan kau?" tanya Kak Mizah tatkala Ejon atau nama sebenarnya Faizul Shah melangkah masuk dengan beg sekolah di bahu.

"Tak nampak pun abang. Ejon baru je balik sekolah, mana arr nak tau," jawab Ejon malas.

"Dah petang-petang macam ni pun dia belum balik lagi ke? Hai, mak tengok abang kau tu dah melampau sejak kebelakangan ni, selalu je tak lekat kat rumah. Kau tau ke mana dia selalu merayap?" 

"Ejon rasa dia tentu ade di restoran kat Jalan Nyior Gading tu. Dia dok kawan ngan budak yang keje kat situ, nama dia Ezai.

"Budak tu kerap gak datang rumah kita time  mak tak ade," jawab Ejon menerangkan sesuatu yang tak diketahui oleh emaknya.

"Nanti kalau dia balik, kau cakap yang mak tak nak dia keluar malam-malam tak tentu arah. Kalau jadi ape-ape nanti, siapa yang susah?" Kak Mizah berpesan.

Ejon tak menyahut, dia terus saja merebahkan badan di lantai depan televisyen.

"Ni baju sekolah pun tak bukak, nape terus je nak baring-baring? Esok kau nak pakai baju tu lagi," leter Kak Mizah bila dilihatnya Ejon terlentang tak bergerak.

"Ejon letih arr mak, tak larat je rasa." 

"Kalau ya pun letih, salin le baju dulu. Pegi mandi, lepas tu makan. Buat keje sekolah, malam nanti jangan asyik nak tengok TV je. Kat abang kau pun, kau pesan macam tu jugak nanti," ujar emaknya tegas seraya mencekak pinggang lebarnya.

Kak Mizah, seorang ibu tunggal yang terpaksa menyara kehidupan dia anak-beranak sendirian. 

Dia bekerja sebagai operator  pengeluaran di sebuah kilang di Bayan Lepas. Kerjanya ikut shift, dan hari ini gilirannya bekerja shift  malam.

Sekejap lagi bas akan datang mengambilnya serta beberapa orang pekerja lain yang sama-sama tinggal di kawasan setinggan ini.

Gajinya tak seberapa. Tanpa suami dan dengan dua orang anak lelaki remaja yang harus disara, kehidupannya amat perit.

Mereka tiga beranak menyewa di sebuah rumah setinggan di pinggir Bandar Tanjung kerana tak mampu untuk menyewa di kawasan perumahan yang lebih baik. 

Di kawasan setinggan ini sewanya murah, walaupun kurang selesa.

Dek kesempitan hidup, terpaksalah dia menerima saja seadanya. Anak-anak remajanya, Ryan serta Ejon masih bersekolah.

Ryan dalam form three, tahun ini akan menduduki SRP*. Sementara Ejon pula baru form one  di sebuah sekolah bantuan penuh kerajaan di tengah-tengah bandar.

• kuci𝓃g lorong •Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang