ACHTUNG!
"Andai terdapat babak, dialog, ayat atau perkataan kurang sopan, lucah, kesat atau terlampau di bawah ini, harap pembaca berfikiran terbuka. Itu semua perlu untuk menghidupkan karya aku. Namun semuanya aku persembahkan secara terkawal & tak keterlaluan. Harap maaf andai ia mengganggu minda sesetengah pembaca yang berbudi pekerti tinggi lagi mulia akhlaknya serta yang mementingkan adab sopan dalam berkarya "
•••♦◄♥►♦•••
"Wey, Ejon, bangun arr. Dah tujuh setengah ni. Semalam cakap nak tengok abang training," kejut Ryan dengan menggoncang-goncang tubuh adiknya yang masih berselimut.
"Ala, Ejon mengantuk lagi ni. Kejap lagi Ejon mangkit* la, abang pi dulu, okey?" balas adiknya, masih dalam kemamunan.
Dia langsung tak membuka mata, seolah sedang asyik melayan fantasi mimpi dalam lena.
"Tak ape arr, kalau tak larat dan tak nak ke padang, dok je kat rumah. Nanti ajak Adil ke restoran. Kita makan tengah hari kat sana, ekk?" pesan Ryan sambil mengusap mesra rambut serabai adiknya.
Ryan bergegas keluar rumah. Dia hanya bersarapan dua biji pisang berangan sambil mengayuh ke padang sekolah. Air masak dalam botol aluminium terselit di pinggangnya.
Masih awal lagi. Para coach pun belum sampai, mungkin dia sempat berborak dulu dengan Haris dan Elliot Tan tentang perkembangan terbaru berkaitan Cikgu Hanif yang cuba membeli jiwa adiknya, juga Adil.
•••♦◄♥►♦•••
"Ape? Ejon dan Adil pun dia dah belanja ke?" jerit Haris tatkala diberitahu akan perkara tersebut.
Dia, Ryan dan Elliot Tan sedang duduk di hujung padang, jauh daripada teammate mereka. Memang itu yang Ryan mahu, dia tak nak perbualan mereka didengari oleh bebudak lain.
"Ini dah melampau, Ryan. Kau kena jalankan plan kau tu ngan segera. Nanti, tak pasal-pasal adik kau plak kena ehem ehem. Cikgu Hanif nampak cam dah makin kemaruk dan gelojoh je tu," sampuk Elliot Tan, geram.
"Aku tau, tapi plan aku ni bukan boleh buat tergesa-gesa. Kena ambik masa untuk dapatkan kepercayaan Cikgu Hanif. Aku tak yakin dapat jalankan misi tu sekarang. Ape pun, lepas practice nanti aku akan jumpak dan slow talk ngan dia.
"Aku nak pujuk dan rayu dia jangan sasarkan Ejon atau Adil. Aku kena buat dia betul-betul percaya kat aku dan lupakan pasal bebudak lain tu. Biar kita berdua je yang jadi mangsa dia," ujar Ryan kepada Elliot Tan.
"Wey, kau berani ke nak cakap cam tu kat dia? Nanti dia makin marah dan buat sesuatu kat kau atau team kita ni," tingkah Haris bernada risau.
"Ye arr, Ryan. Petang semalam time dia belanja aku makan kat restoran seafood atas bukit tu, aku dah lemahkan jiwa dia. Aku citer yang kau betul-betul mintak maaf sebab marah dia hari tu.
"Dia bukan main seronok dan tak sabar nak jumpak kau untuk dengar penjelasan dari mulut kau sendiri. Kau tau, dia ade offer kita jadi model untuk sorang kawan dia di KL.
"Aku takut kalau kau slow talk ngan dia nanti, terus dia naik angin dan mungkin plan tu pun terpaksa kita batalkan. Fikir arr baik-baik, Ryan. Jangan naikkan kemarahan dia time ni.
"Aku tau, kau risau pasal keselamatan adik kau. Tapi kau kena jaga temper kau, kena hati-hati, jangan sampai rosak semua yang dah kita rancangkan tu," hujah Elliot Tan.
ANDA SEDANG MEMBACA
• kuci𝓃g lorong •
Teen Fiction• 𝓬𝓸𝓶𝓹𝓵𝓮𝓽𝓮𝓭 • Kisah seorang remaja gigih lagi cekal dalam mendepani segala rintangan demi adik tiri juga kekawannya. Dia berusaha untuk menggembirakan si adik biar dengan apa cara pun. Namun ada yang tak memandang & menghargai segala jerih...
