Chapter 62 - Ezai Meluahkan Kebimbangan

631 28 36
                                    

ACHTUNG

"Andai terdapat babak, dialog, ayat atau perkataan kurang sopan, lucah, kesat atau terlampau di bawah ini, harap pembaca berfikiran terbuka. Itu semua perlu untuk menghidupkan karya aku. Namun semuanya aku persembahkan secara terkawal & tak keterlaluan. Harap maaf andai ia mengganggu minda sesetengah pembaca yang berbudi pekerti tinggi lagi mulia akhlaknya serta yang mementingkan adab sopan dalam berkarya"

•••♦◄♥►♦•••

"Wey, petang nanti korang turun practice  awal sikit, ekk? Kalau ade masa, boleh gak kita buat siasatan. Kat padang tu akan ade ramai bebudak sukan yang practice  sama ngan kita," pesan Ryan tatkala sesi persekolahan tamat sekitar jam satu lima puluh.

Dia, Haris, Elliot Tan dan Marzuki sedang menapak turun anak-anak tangga untuk ke garaj basikal.

Memandangkan padang sekolah yang luas, maka beberapa jenis sukan boleh menjalani latihan sekali gus. Itu peluang mereka untuk meninjau dan menyiasat para pemain yang dirasakan berpotensi menjadi mangsa cabul coach  hoki mereka.

"Awal sikit? Pukul berapa tu?" tanya Marzuki.

Walaupun dia hanya berjalan kaki dan tak menggunakan basikal untuk pulang ke asrama, namun, sejak rapat dengan geng Ryan, dia sentiasa saja melekat bersama mereka. Sering kali dia mengiringi kekawannya itu hingga ke garaj.

"Hmm, dalam pukul empat atau tiga empat puluh lima ke? Tunggu kat tepi padang. Kalau jumpak bebudak team  bola, ragbi atau takraw, kita boleh gak korek rahsia dia orang. Tapi, bebudak yang cute  dan hensem je," jawab Ryan.

"Okey."

Serentak Haris dan Elliot Tan bersuara. 

•••♦◄♥►♦•••

Jam empat petang, seperti yang dijanjikan, Ryan, Haris, Elliot Tan dan Marzuki dah ada di tepi padang dengan hasrat untuk menjalankan misi penyiasatan mereka.

Bebudak team  bola serta ragbi pun sudah mula sampai dan sama duduk bersantai di pinggir padang, namun belum ramai kerana latihan hanya akan dimulakan sekitar jam empat setengah nanti.

Ada yang berbaring. Ada yang bersalin pakaian. Ada yang sudah melakukan warm up  tanpa disuruh.

"Hmm, siapa plak sasaran kita? Tak ramai bebudak cute  yang ade dalam team  bola dan ragbi tu," rungut Elliot Tan.

"Tapi, tak semestinya Cikgu Hanif target  bebudak sukan. Ramai lagi yang tak wakili sekolah dalam sukan tapi cute  dan hensem, betul tak?" balas Haris.

"Fuh, kalau cam tu, nampaknya siasatan kita akan makan masa lama arr, mungkin berbulan-bulan. Tentu tak sempat kau nak bawak semua report  tu Ahad nanti, Ryan," sampuk Marzuki.

"Ala, don't worry. Kalau ambik masa setahun pun aku tak kisah. Janji, kita tau siapa yang pernah jadi mangsa dia, kan? So, teruskan siasatan korang tu. Cuma, jangan hebohkan sampai gempar satu sekolah plak, okey?" jawab Ryan.

"Aku rasa, kita just  tumpukan kat kekawan yang wakili sekolah dalam sukan je. Bebudak lain, kita tolak ke tepi dulu. Mungkin bila ade masa nanti, baru kita siasat dia orang," cadang Marzuki.

"Hmm, betul gak tu. Korang perasan tak, sekarang ni, siasatan kita banyak yang dedahkan mangsa dari kalangan bebudak sukan je? Lagipun, aku rasa, Cikgu Hanif tu stim  dan lebih tertarik kat bebudak yang aktif wakili sekolah, tak kira hoki, bola ke atau lain-lain sukan, betul tak?" sampuk Haris.    

• kuci𝓃g lorong •Where stories live. Discover now