ACHTUNG
"Andai terdapat babak, dialog, ayat atau perkataan kurang sopan, lucah, kesat atau terlampau di bawah ini, harap pembaca berfikiran terbuka. Itu semua perlu untuk menghidupkan karya aku. Namun semuanya aku persembahkan secara terkawal & tak keterlaluan. Harap maaf andai ia mengganggu minda sesetengah pembaca yang berbudi pekerti tinggi lagi mulia akhlaknya serta yang mementingkan adab sopan dalam berkarya"
•••♦◄♥►♦•••
• • Pergh.. akhirnya siap gak chapter klimaks 'Kucing Lorong' ni. Tapi don't worry, citer ni belum nak habis lagi. Masih panjang, masih banyak aksi & drama yang akan menyusul.
Ini arr chapter paling susah untuk aku karang dalam citer KL ni. Kenapa? Sebab, babak balas dendam Ryan tu memang dah lama aku rancang. Tapi bila time nak karang, aku jadi blank. Tak tau nak mula cam mana.. hee. Ape pun, siap gak akhirnya. Layan je, tajuknya pun simple sangat, 'Akhirnya!'
Ape yang 'akhir' tu?
•••♦◄♥►♦•••
"Wah, cantiknya basikal Ejon. Tentu mahal ni," puji Haris sambil membelek BMX biru yang diletakkan di hadapan restoran.
Tersengih Ejon dipuji sedemikian. Adil dan Faris yang ada bersama pun turut tersengih.
"Saya yang tolong tawar time kami beli tadi," ujar Faris, bangga.
Ryan, Marzuki, Elliot Tan serta Ezai tak mahu ketinggalan untuk menatap basikal baru yang berkilat serta masih berbalut plastik dan berbau kedai itu.
"Mai abang nak try seround," Haris meminta, langsung mencapai BMX tersebut. Dia mengayuh di sekitar jalan yang agak lengang di petang itu sambil diperhatikan kekawan lain.
"Berapa harga basikal tu, Ejon?" tanya Elliot Tan.
"Mula-mula, apek tu letak empat ratus, tapi Faris tawar jadi tiga ratus empat puluh je," jawab Ejon.
"Pandainya korang ni menawar, ekk? Kecik-kecik dah berani," puji Ryan sambil memeluk adiknya.
Ejon tergelak kecil. Faris dan Adil pun sama seronok mendapat pujian daripada abang pujaan mereka.
"Kat mana nak simpan basikal tu nanti?" tanya Ryan.
"Hmm, Ejon ingat nak simpan kat rumah Abang Hashim buat sementara waktu. Nanti bila mak dah okey, baru Ejon simpan kat rumah kita," balas si adik sambil menjeling Adil dan Faris.
"Eh, nape tak simpan kat rumah korang?" Marzuki bertanya selamba.
"Susah arr, Zuki. Mak kami tu bukan cam mak orang lain. Nanti teruk kami kena soal itu ini. Lebih baik kami rahsiakan pasal Ejon beli BMX ni," jawab Ryan.
"Yea arr, Abang Zuki. Saya beli basikal tu lepas buat keje part time. Mak marah kalau dia tau saya keje sebab saya ni masih budak lagi. Jadi, kena sorok dulu basikal tu," sampuk Ejon.
Terangguk-angguk Marzuki setelah mendengar penjelasan kedua beradik itu.
"Hmm, nampaknya tak lena tido arr Ejon nanti. Asyik teringat nak main BMX je. Jangan sampai mamun dan naik basikal tengah-tengah malam dah le.. he he," seloroh Ezai.
YOU ARE READING
• kuci𝓃g lorong •
Novela Juvenil• 𝓬𝓸𝓶𝓹𝓵𝓮𝓽𝓮𝓭 • Kisah seorang remaja gigih lagi cekal dalam mendepani segala rintangan demi adik tiri juga kekawannya. Dia berusaha untuk menggembirakan si adik biar dengan apa cara pun. Namun ada yang tak memandang & menghargai segala jerih...