Chapter 68 - Ah.. Ahh.. Ahhh.. Ahhhh ♫ ♪

1.2K 25 51
                                        

ACHTUNG

" Andai terdapat babak, dialog, ayat atau perkataan kurang sopan, lucah, kesat atau terlampau di bawah ini, harap pembaca berfikiran terbuka. Itu semua perlu untuk menghidupkan karya aku. Namun semuanya aku persembahkan secara terkawal & tak keterlaluan. Harap maaf andai ia mengganggu minda sesetengah pembaca yang berbudi pekerti tinggi lagi mulia akhlaknya serta yang mementingkan adab sopan dalam berkarya "

•••♦◄♥►♦•••

• • Layan je chapter  kali ni yang agak panjang gak. Tapi menampilkan banyak babak berkaitan hoki. Mungkin ade yang akan bosan nanti.. hee 🏑

•••♦◄♥►♦•••

Ryan memandang kekawan baiknya.

Haris, Elliot Tan dan Marzuki pun saling berpandangan. Masing-masing terkedu tanpa kata. Di wajah mereka tergambar riak cemas dan ketakutan.

"Eh, cepat le. Ape dok kelip pok-kelip pok* lagi tu?" laung Cikgu Mariam.

Tersentak Ryan, lantas terus saja dia menapak keluar dari kelas menuju ke bilik guru besar.

Berdebar dadanya. Jantungnya berdegup kencang. Langkahannya terasa lemah. 

Mahu saja dia duduk di koridor itu dan membiarkan masa berlalu. Atau, berharap agar sekarang ini sekolahnya terbakar dan semua pelajar lari bertempiaran. Maka, terselamatlah dia buat sementara waktu.

Tak sanggup dia nak berjumpa Encik Hashim Tukiman Hasenon kerana dia tahu sebabnya dia dipanggil. Tentu sekarang ini beberapa anggota polis sedang menunggunya di dalam bilik lelaki tersebut.

Namun, walau apapun fantasinya, lambat laun, dia kena juga hadapi kenyataan akan tindakannya terhadap Cikgu Hanif itu.

Dia tak akan dapat lari dari perbuatannya dua hari lepas. Itu memang diakuinya tatkala dia nekad untuk membalas dendam terhadap lelaki durjana itu.

"Argh, aku kena berani. Aku kena sanggup hadapinya. Ape nak jadi pun, jadi arr. Benda dah berlaku, tak boleh nak ditahan atau dikembalikan ke asalnya," dia bergumam sambil melangkah longlai.

Sedar tak sedar, dia dah sampai pun di hadapan bilik guru besar. Pintu diketuknya dengan hati yang berdebar-debar.

"Masuk."

Kedengaran sayup suara orang di dalam.

"Cikgu nak jumpak saya?" dia bertanya tatkala melangkah masuk ke dalam bilik yang sejuk dek air cond.

Soalan itu tak sepatutnya ditanya kerana memang dia dah tahu pun sejak dimaklumkan melalui pembesar suara tadi.

Duduk di hadapan guru besar ialah Cikgu Rakesh, guru PJ mereka, merangkap jurulatih hoki bawah lapan belas tahun sekolah.

Ryan terkedu. Matanya melilau mencari kelibat anggota polis di dalam bilik tersebut. Namun, hanya wajah guru berbangsa India itu saja yang kelihatan.

"Eh, kenapa awak nampak resah je ni? Jangan tengok sana sini, duduk. Ade hal penting nak kita bincangkan bertiga," tegur guru besar dengan wajah mesra.

Lega hati Ryan. Tak berdebar lagi.

Nafasnya kembali normal. 

Jantungnya mula berdegup dalam nada yang tenang dan sekata.

"Ape hal yang penting tu, cikgu?"

Ryan melabuhkan punggung pejalnya di kerusi sebelah Cikgu Rakesh.

• kuci𝓃g lorong •Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang