Chapter 7 - Jadi Bodyguard

1.2K 41 8
                                        

ACHTUNG!

" Andai terdapat babak, dialog, ayat atau perkataan kurang sopan, lucah, kesat atau terlampau di bawah ini, harap pembaca berfikiran terbuka. Itu semua perlu untuk menghidupkan karya aku. Namun semuanya aku persembahkan secara terkawal & tak keterlaluan. Harap maaf andai ia mengganggu minda sesetengah pembaca yang berbudi pekerti tinggi lagi mulia akhlaknya serta yang mementingkan adab sopan dalam berkarya"

•••♦◄♥►♦•••

"Ezai, cakap arr ape jenis keje yang budak Fahmi tu maksudkan? Korang ni sesaja nak buat aku saspens," rayu Ryan.

"Sebenarnya Fahmi tak kasi aku citer kat kau. Dia memang nak buat kau tertanya-tanya. Nanti kalau kau dah setuju nak ikut, baru dia akan bagitau kau." 

Ezai masih lagi cuba berahsia.

Hampa dan kecewa Ryan mendengar alasan Ezai itu, namun dia tak nak bertanya lanjut.

"Memang aku kesempitan dan perlukan sesangat duit tapi kalau keje yang menyalahi undang-undang dan boleh buat kita kena cekup polis aku tak nak.

"Aku dah serik bila bapak tiri aku kena penjara dulu. Aku tak nak ikut jejak langkah dia walaupun bagi aku dia hanya mangsa keadaan je," terang Ryan.

"Wey, takkan aku nak menyusahkan kawan baik aku plak? Tak terlintas langsung aku nak bawak kau terlibat dalam hal tak elok cam tu, caya arr kat aku." 

Ezai lantas menepuk-nepuk belakang Ryan.

•••♦◄♥►♦•••

Setelah selesai kerjanya, Ryan meminta diri untuk beredar, sekitar jam enam setengah.

"Bila kau nak datang tido kat sini lagi?" tanya Ezai tatkala Ryan sedang mencapai basikal.

"Entah arr. Mungkin Jumaat nanti kot tapi bergantung pada mak aku gak. Kalau dia izinkan, aku akan datang, okey?" 

Sebelum pergi, Pak Murtaza mengucapkan berbanyak terima kasih dan memberi sedikit upah. 

Ryan menerimanya dengan penuh syukur dan gembira lantas terus saja mengayuh basikal menuju ke destinasi berikutnya, rumah Faris.

Dadanya berdebar-debar sepanjang mengayuh menyusuri lorong-lorong yang sememangnya dia mahir.

Terdetik juga persoalan andai Faris enggan berjumpanya setelah dia menolak dengan kasar permintaan budak chubby  itu semalam.

Ada penyesalan bersarang dalam benaknya bila memikirkan keegoannya terhadap Faris. 

"Kesian budak lembut tu, dah tentu dia rasa malu dan kecewa dengan tindakan aku yang tak berfikir panjang.

"Tapi walau cam mana pun, aku harus cuba gak. Kalau dia menolak dan tak nak, aku rela. Janji, aku dapat luahkan rasa kesal aku," gumamnya.

•••♦◄♥►♦•••

Sebuah Volvo  biru gelap berhenti di depan pintu pagar rumah Faris. 

Seorang budak sekolah chubby  beruniform  sekolah keluar menyandang beg. Dia membuka pintu pagar lalu terus masuk sementara Volvo  tadi bergerak pergi.

"Faris.. Faris."

Jerit Ryan yang sedari tadi menunggu di bawah pokok berhampiran rumah tersebut. Dengan pantas dia mengayuh ke arah pintu pagar.

• kuci𝓃g lorong •Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang