ACHTUNG!
"Andai terdapat babak, dialog, ayat atau perkataan kurang sopan, lucah, kesat atau terlampau di bawah ini, harap pembaca berfikiran terbuka. Itu semua perlu untuk menghidupkan karyaaku. Namun semuanya aku persembahkan secara terkawal & tidak keterlaluan.Harap maaf andai ia mengganggu minda sesetengah pembaca yang berbudi pekerti tinggi lagi mulia akhlaknya serta yang mementingkan adab sopan dalam berkarya "
•••♦◄♥►♦•••
"Mana abang pi tadi? Mak cari abang tadi sebelum dia pi keje," lantang Ejon bertanya tatkala dia membukakan pintu untuk Ryan.
"Abang dok kat restoran ngan Ezai cam biasa, sesaja tolong dia kat situ. Bukannya abang pi melepak ngan budak-budak tak senonoh atau buat benda jahat.
"Ejon dah makan ke belum? Ini abang ade bawa balik lauk dari restoran. Jom arr kita makan sama," ajak Ryan.
"Ejon dah makan tadi, nasik dah habis. Kalau abang nak makan, kena arr masak sendiri," jawab Ejon.
"Nape lak habis? Takkan Ejon makan semua?"
"Hari ni Ejon lapar, ingatkan abang dah tak nak balik, Ejon makan arr sampai habis."
Jujur adiknya menjawab.
"Kalau abang tak balik, Ejon berani ke tido sorang-sorang kat rumah?" tanya Ryan sambil menanggalkan pakaiannya dan bertuala saja untuk mandi.
"Kalau abang tak balik, Ejon bagitau mak. Mak marah kalau abang melilau* sampai tak balik rumah," balas Ejon.
Sambil itu, matanya tertancap ke kaca televisyen hitam putih empat belas inci yang sedang menayangkan siri kegemarannya' Airwolf '.
Bilik mandi rumah mereka terpaksa menggunakan paip yang dikongsi dengan beberapa orang jiran lain.
Setiap kali nak menggunakan bilik mandi, terpaksa memasang getah di kepala paip tepi jalan yang berjarak kira-kira tiga puluh meter.
Mujurlah waktu ini dah tak ada jiran yang menggunakan paip, jadi dapatlah Ryan mandi dengan selesa. Tambahan pula, ada kolah* yang siap berisi air dalam bilik mandi tersebut.
Begitulah kehidupan di rumah setinggan yang serba kekurangan, namun ketabahan dan kecekalan penghuninya mengatasi segalanya.
Selesai mandi, Ryan menanak nasi dan makan di depan televisyen sama-sama menonton dengan Ejon.
"Sedapnya bau nasik abang ni."
Ejon memuncungkan mulutnya sambil mencium nasi di pinggan Ryan.
"Best nya lauk kari ayam dan telur sotong ni," tambahnya lagi dengan hidung yang dikembangkan mengambil bau.
"Tadi Ejon cakap dah makan, sekarang nape nak kacau abang plak?"
Ryan tak puas hati dengan gelagat adik tirinya itu.
"Abang suapkan sikit kat Ejon, satu suap je," rayu Ejon dengan wajah mengharap.
Walaupun dalam hatinya ada rasa marah pada Ejon kerana mengganggunya makan, tapi Ryan tak sampai hati nak menghampakan Ejon.
Dia menyuap nasi ke mulut Ejon yang menunggu bak anak burung yang sedang kelaparan.
•••♦◄♥►♦•••
Lepas makan, Ryan buat kerja sekolahnya dalam sinaran kelam lampu bulat yang bercahaya kekuningan.
Tahun ini dia akan menduduki SRP, terpaksalah dia berusaha lebih gigih lagi. Dia tak boleh nak main-main dan sambil lewa di dalam kelas, juga di rumah.
YOU ARE READING
• kuci𝓃g lorong •
Novela Juvenil• 𝓬𝓸𝓶𝓹𝓵𝓮𝓽𝓮𝓭 • Kisah seorang remaja gigih lagi cekal dalam mendepani segala rintangan demi adik tiri juga kekawannya. Dia berusaha untuk menggembirakan si adik biar dengan apa cara pun. Namun ada yang tak memandang & menghargai segala jerih...