ACHTUNG!
" Andai terdapat babak, dialog, ayat atau perkataan kurang sopan, lucah, kesat atau terlampau di bawah ini, harap pembaca berfikiran terbuka. Itu semua perlu untuk menghidupkan karya aku. Namun semuanya aku persembahkan secara terkawal & tak keterlaluan. Harap maaf andai ia mengganggu minda sesetengah pembaca yang berbudi pekerti tinggi lagi mulia akhlaknya serta yang mementingkan adab sopan dalam berkarya"
•••♦◄♥►♦•••
• • Pergh.. nampaknya tak kesampaian gak nak buat mini update untuk chapter kali ni. Dewasa ini, aku lebih seronok & selesa mengarang KL berbanding BB. Banyak idea menerpa, lagi pula, citer ni mudah nak diolah, BB terlalu complicated. Bila mengarang KL, selalu je aku terbabas hingga beribu-ribu words.. hee. Ape pun layan je, kay?
•••♦◄♥►♦•••
"Dil, kau masuk dulu. Aku nak ke public phone tu kejap," arah Ejon tatkala dia dan Adil sampai di depan pintu pagar sekolah.
Pelajar lain berpusu masuk kerana sesi petang akan bermula dalam dua puluh minit lagi.
"Wey.. dah lewat ni. Nanti kau kena marah ngan cikgu atau ditangkap pengawas plak," ujar Adil.
"Nah, kau bawak beg aku masuk kelas, nanti tau arr aku nak bagi alasan kat cikgu ke pengawas ke."
Ejon melontarkan beg sandangnya ke arah Adil. Tak sempat disambut oleh kawannya itu, beg tersebut jatuh di pinggit jalan berumput.
Pantas Ejon mengayuh ke arah pondok telefon di seberang jalan. Mengeluarkan beberapa keping syiling dari poket seluar hijaunya. Dia mendail nombor yang diberikan Abang Remo tempoh hari.
Malam tadi, tatkala Ryan dah lena, dia masih memikirkan tentang tawaran juga habuan lumayan yang dijanjikan lelaki tersebut.
Setelah menimbang akan segala natijah yang mungkin dia hadapi andai menerima tawaran itu, Ejon mengambil keputusan untuk menolak.
Dia takut gambar tak senonohnya akan tersebar di kalangan kekawan sekolah, jiran-jiran juga seluruh negara. Walaupun Abang Remo dah berjanji yang gambar tersebut hanya akan diedarkan di kalangan pelanggan luar negara saja, namun Ejon tak sedap hati.
Mana tahu, kalau secara tak sengaja, ada para pelanggan company Abang Remo yang mendedahkan bahan terlarang itu di sini. Akan malu besar dia, abang juga emaknya.
Dia tak dapat nak membayangkan betapa marah dan menggila emaknya nanti. Waktu itu, di mana nak sorok muka mereka sekeluarga?
Memikirkan itu, dia nekad untuk menolak peluang keemasan yang dijanjikan oleh Abang Remo. Biarlah dia tak mendapat habuan lumayan tersebut, asalkan dia tak di timpa masalah lain.
Duit yang dikumpulkan sekarang ini memang tak cukup untuk membeli BMX idamannya itu. Dia akan berusaha untuk mencari duit dengan membuat apa-apa kerja nanti.
Atau, kalau keadaan mendesak, dia terpaksa melupakan tentang basikal tersebut. Dia harus berkorban demi mengelakkan dirinya mendapat bala.
Tiada sesiapa pun mengangkat telefon di pejabat studio.
"Ish, nape ni? Takkan tak ade orang kat opis tu kot? Sekarang masih awal, opis tu tutup jam empat setengah," rungut Ejon.
Hampir lima minit mendail dan menunggu. Ditambah pula ada dua tiga orang lain yang hendak menggunakan telefon tersebut, akhirnya Ejon pasrah.
ANDA SEDANG MEMBACA
• kuci𝓃g lorong •
Teen Fiction• 𝓬𝓸𝓶𝓹𝓵𝓮𝓽𝓮𝓭 • Kisah seorang remaja gigih lagi cekal dalam mendepani segala rintangan demi adik tiri juga kekawannya. Dia berusaha untuk menggembirakan si adik biar dengan apa cara pun. Namun ada yang tak memandang & menghargai segala jerih...
