Chapter 11 - Hari Pertama Di Studio

1.1K 41 5
                                        

ACHTUNG!

"Andai terdapat babak, dialog, ayat atau perkataan kurang sopan, lucah, kesat atau terlampau di bawah ini, harap pembaca berfikiran terbuka. Itu semua perlu untuk menghidupkan karya aku. Namun semuanya aku persembahkan secara terkawal & tak keterlaluan. Harap maaf andai ia mengganggu minda sesetengah pembaca yang berbudi pekerti tinggi lagi mulia akhlaknya serta yang mementingkan adab sopan dalam berkarya "

•••♦◄♥►♦•••

Pukul tujuh lapan belas malam mereka sampai di rumah. 

"Mak tak ade malam ni, dia keje overtime. Kita buat mi segera je, okey?" tutur Ryan lembut tatkala dia dan Ejon melabuhkan punggung pejal masing-masing di bangku ruang tamu. 

"Okey arr, tapi abang buat sedap-sedap sikit," Ejon mengarahkan. 

"Nak sedap cam mane?" soal abangnya. 

"Bubuh arr udang ke telur ke. Campur gak sayur-sayur yang Ejon suka tu," jawab Ejon manja. 

"Okey, kalau cam tu, Ejon pegi mandi dulu, baru kita makan nanti," balas Ryan.

•••♦◄♥►♦•••

"Ejon telefon siapa kat bandar tadi?" tanya Ryan mendesak. 

Tak sabar dia nak mendengar penjelasan adiknya. Setahunya, Ejon tak pernah pun berhubung dengan kekawannya melalui telefon. 

Mereka kini sedang menghadap rezeki selepas siap mandi dan berpakaian.

"Ini pasal keje yang Ejon cakapkan tu arr. Ejon telefon tauke kedai tu, dia suruh Ejon datang keje esok pagi," jawab Ejon sambil menyuap mi segera. 

"Keje ape lak? Esok kan Ahad? Orang dok relaks kat rumah tapi kedai tu plak buat bisnes," tanya Ryan curious

"Entah arr tapi dia cakap, cuti pun dia orang jalankan bisnes gak, baru banyak dapat untung," balas Ejon selamba.

"Ejon dah fikir habis-habis ke nak keje ni?" soal Ryan lagi. 

"Dah, abang jangan risau. Esok Ejon akan pi dan kalau tak sesuai, Ejon berhenti dan letak jawatan.. he he," balas Ejon berbaur selorohan.

Namun, ia membuatkan Ryan rasa lega. 

"Ejon janji ngan abang, ekk? Kalau Ejon tak suka keje tu, Ejon terus berhenti hari tu gak," Ryan nakkan kepastian. 

"Okey, Ejon janji," jawab adiknya.

"Kat mana kedai yang Ejon nak pi keje tu? Bagitau abang, kalau ade ape-ape, senang abang nak cari Ejon," tanya Ryan. 

"Kad alamat dia ade dalam beg sekolah Ejon. Thanks  abang sebab caya kat Ejon dan bagi chance  Ejon nak keje," ucap Ejon sambil menggenggam kemas tangan abangnya. 

"Hmm.. abang harap Ejon tak akan dapat ape-ape masalah time  keje nanti. Jangan segan-segan nak citer kat abang kalau Ejon ade problem  pasal keje tu, okey?" pesan Ryan lantas mengusap rambut serabai Ejon penuh kasih-sayang. 

"Okey, Ejon janji. Hmm.. sedapnya mi yang abang masak ni," puji Ejon tersengih. 

"Ala, jangan nak bodek* abang lak," balas Ryan mesra. 

Dia kenal benar akan adiknya ini. Bila dah dapat sesuatu, akan memuji dan bercakap penuh berbunga-bunga.

•••♦◄♥►♦•••

• kuci𝓃g lorong •Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang