Chapter 61 - Cerita Dari Dalam Kelambu

828 30 30
                                        

ACHTUNG

"Andai terdapat babak, dialog, ayat atau perkataan kurang sopan, lucah, kesat atau terlampau di bawah ini, harap pembaca berfikiran terbuka. Itu semua perlu untuk menghidupkan karya aku. Namun semuanya aku persembahkan secara terkawal & tak keterlaluan. Harap maaf andai ia mengganggu minda sesetengah pembaca yang berbudi pekerti tinggi lagi mulia akhlaknya serta yang mementingkan adab sopan dalam berkarya"

•••♦◄♥►♦•••

"Zuki, malam ni tido di dorm  aku, ekk? Boleh aku tolong urut. Petang tadi korang dah berhempas-pulas main, kan? Tentu penat dan sakit-sakit badan, betul tak?" pinta Hazmi tatkala dia dan Marzuki keluar dari bilik air.

Kini, mereka berdua menapak untuk balik ke dorm  masing-masing. Ada beberapa penghuni lain yang sibuk ke sana ke mari sebelum lampu kena dipadamkan tepat jam sebelas setengah.

Namun, walaupun lampu padam, ada juga yang masih membuat pelbagai aktiviti dengan menggunakan lampu picit bateri tiga atau empat. Itulah ragam dan karenah bebudak asrama. Ada saja daya kreativiti mereka.

"Hmm, boleh je. Kejap lagi saya datang, lepas simpan sabun dan berus gigi ni dan siapkan beg sekolah."

Ajakan abang angkatnya itu umpama orang mengantuk disorongkan bantal. Marzuki memang ingin berjumpa Hazmi untuk bertanya tentang persoalan yang bermain di benaknya sejak dia berbual dengan Fadzil sebentar tadi.

"Kau buat ape ngan Fadzil kat belakang dewan makan tu?" tanya Hazmi.

Terkejut juga Marzuki dek pertanyaan tersebut. Takut dia andai Hazmi tersalah anggap dan berfikir yang bukan-bukan.

"Eh, cam mana abang tau?"

"Ala, hostel  kita ni kecik je. Lagipun, aku banyak spy  yang sentiasa melilau sana sini cari bahan untuk buat gosip."

"Fuh, abang ni cam tak percaya kat saya je."

"Bukan tak percaya. Cuma nak tau je. Si Fadzil tu kan hensem dan sendo* je body  dia? Mana tau, kot aku ade pesaing ke?" seloroh Hazmi.

"Tak ade arr, bang. Kami tak ade ape hubungan pun. Cuma borak-borak biasa je. Tapi, kalau abang nak tau gak ape yang kami borakkan tu, tunggu je kejap lagi time  kita tido. Saya akan bagitau semuanya, okey?"

"Hmm, okey. Aku percaya dan akan tunggu kau."

Memang kerap juga Hazmi dan Marzuki tidur bersama di dorm  khas yang cuma dihuni oleh empat pelajar yang kesemuanya tingkatan lima itu. 

Selain Hazmi, ada tiga pelajar lain, iaitu Saiful yang merupakan pembantunya serta dua pengawas asrama, Murshid serta Huslah.

Mereka berempat sekepala dan tak kisah andai ada rakan yang membawa adik angkat tidur bersama. Mereka dah membuat perjanjian, apa yang berlaku di dalam dorm  akan kekal di dalam dorm  saja. 

Masing-masing ada rahsia yang harus dijaga dan disimpan rapi. Begitulah lumrah dan kerenah penghuni asrama di sekolah yang kesemua pelajarnya sejantina. Hal adik dan abang angkat ini perkara biasa bagi mereka. Malah, ada yang berbangga pula. 

•••♦◄♥►♦•••

"Ape yang kau dan Fadzil borak tadi?" tanya Hazmi. Perlahan nadanya, tak mahu didengari rakan lain.

Dia dan Marzuki sedang berbaring sekatil. Lampu dah dipadamkan. Namun, ada cahaya dari luar yang masuk, membuatkan keadaan dalam dorm  tersebut samar-samar.

• kuci𝓃g lorong •Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang