ACHTUNG
"Andai terdapat babak, dialog, ayat atau perkataan kurang sopan, lucah, kesat atau terlampau di bawah ini, harap pembaca berfikiran terbuka. Itu semua perlu untuk menghidupkan karya aku. Namun semuanya aku persembahkan secara terkawal & tak keterlaluan. Harap maaf andai ia mengganggu minda sesetengah pembaca yang berbudi pekerti tinggi lagi mulia akhlaknya serta yang mementingkan adab sopan dalam berkarya"
•••♦◄♥►♦•••
• Pergh.. dah lapan bulan citer ni tergantung tak bertali. Ramai yang dok tanya, bila nak update? Sebenarnya mood aku merudum teruk sejak tarikh last tu. KL ni susah nak aku karang, tak cam BB. Citer Faiz lak dah sedia ade, cuma kena edit je. Untuk mengubat rindu para peminat KL, aku publish chapter terbaru dalam bentuk mini update. Okey ke? Harap korang terhibur.. 😔🐘
•••♦◄♥►♦•••
"Tadi abang ade jumpak Adil. Dia cakap Ejon timing ngan dia. Marah-marah dan tak layan dia, nape?" Ryan membuka bicara tatkala dia dan adiknya sedang menghadap hidangan di dapur.
Ejon diam tak menjawab. Malah, wajah Ryan pun tak dipandangnya.
"Takkan ngan abang pun Ejon nak timing gak? Dah kenapa adik abang ni? Ade masalah kat sekolah ke? Gaduh ngan bebudak lain? Sakit? Bagitau arr kat abang."
Masam saja muka Ejon. Nasi berlaukkan ikan talang masak asam dan sayur sawi tumis air dikunyah lambat-lambat. Pertanyaan si abang tak diendahkannya.
Ryan mendengus kehampaan. Dia kenal benar akan perangai adik tirinya ini. Kalau dah tarik muka sebegitu, sah ada sesuatu yang mengganggunya.
Mungkin juga soal wang ringgit atau pun tentang kerja part time nya itu. Ryan tak nak bertanya lanjut. Biarlah Ejon sejuk dan bertenang dulu.
Lepas makan, dia ke ruang tamu membuka buku latihan yang diberi cikgu siang tadi. Ejon pula terus masuk ke bilik, berkurung, tak mahu bertegur sapa langsung dengan si abang.
Jam sebelas dua belas, Ryan mula mengantuk. Matanya kian berat nak dibuka. Mujur semua kerja rumah dah dibereskan. Terus dia membersihkan diri untuk masuk tidur.
Ejon segera memalingkan tubuh menghadap dinding tatkala Ryan melangkah masuk ke bilik mereka.
"Aik, tak lena lagi? Abang ingat Ejon dah mengeruh* dan mimpi sampai ke Disneyland," seloroh Ryan.
Dia merebahkan tubuh di sebelah adiknya lalu menarik selimut.
Lama mereka terdiam. Hanya bunyi putaran kipas saja yang kedengaran.
Ejon menarik dan menghembuskan nafas dalam-dalam. Seolahnya dia sedang berperang dengan diri sendiri. Kegelisahannya dapat dirasai oleh Ryan yang berbaring amat rapat dengan tubuh adiknya itu.
"Ejon hanya ade abang dan mak je. Tapi, tentu Ejon tak akan citerkan ape-ape rahsia dan masalah Ejon kat mak, kan? So, hanya tinggal abang je lagi untuk Ejon curahkan ape yang mengganggu Ejon ni.
"Abang janji akan cuba selesaikan ape je masalah Ejon. Selama ini, siapa yang menyokong Ejon? Pernah ke abang abaikan dan biarkan Ejon tanggung sendiri semua masalah Ejon?
"Tak ape kalau Ejon tak nak bagitau kat abang sekarang. Ambik arr masa, bertenang dan cuba berfikir ngan waras. Jangan plak Ejon buat benda-benda yang tak sepatutnya, ye dik?"
Lambat-lambat Ryan bersuara, mengatur dan menyusun ayat demi memujuk si adik. Tubuh Ejon lalu didakap dan dipeluknya erat, sepenuh kasih sayang.
"Tak ape, esok bila Ejon dah okey, abang akan sedia dengar ape je masalah Ejon tu. I'll be there," bisik Ryan di telinga si adik.
ANDA SEDANG MEMBACA
• kuci𝓃g lorong •
Teen Fiction• 𝓬𝓸𝓶𝓹𝓵𝓮𝓽𝓮𝓭 • Kisah seorang remaja gigih lagi cekal dalam mendepani segala rintangan demi adik tiri juga kekawannya. Dia berusaha untuk menggembirakan si adik biar dengan apa cara pun. Namun ada yang tak memandang & menghargai segala jerih...
