Chapter 37 - Kerisauan Terbaru Mereka

923 37 31
                                        

ACHTUNG!

"Andai terdapat babak, dialog, ayat atau perkataan kurang sopan, lucah, kesat atau terlampau di bawah ini, harap pembaca berfikiran terbuka. Itu semua perlu untuk menghidupkan karya aku. Namun semuanya aku persembahkan secara terkawal & tak keterlaluan. Harap maaf andai ia mengganggu minda sesetengah pembaca yang berbudi pekerti tinggi lagi mulia akhlaknya serta yang mementingkan adab sopan dalam berkarya "

•••♦◄♥►♦•••

• • Opss, terlewat lagi publish chapter  terbaru KL ni, kan? Cam biasa arr, sibuk & kekadang tu mood  merudum. Tapi aku usahakan gak buat lebih 3,000 words. Enjoy, kay?

•••♦◄♥►♦•••

"Wah, cute  jugak budak ni ye, Pak Mail? Patut pun dia datang buat report  pasal lelaki yang pergunakan dia tu. Rasa-rasanya, aduan dia tu berasas jugak, kalau nak diambil kira dari lakaran gambar ni," ujar Inspektor Halimah.

Konstabel Ismail baru saja menunjukkan hasil kerja sketch artist  mereka kepadanya tatkala pegawai wanita itu sampai di pejabat.

"Memang cantik dan comel budak tu, puan. Muka ala Pakistan atau Hindustan je, mungkin anak mami kot? Patut le ade orang nak buat tak elok kat dia, kan? Kesian dia.

"Saya pun patut bagi pujian kat Abidin sebab dia draw  muka budak tu sebijik macam yang saya gambarkan kat dia. Cuma black and white  je, kalau color  lagi cantik. Nanti, kita boleh le tampal salinan gambar ni kat soft board  depan pondok pengawal tu, ye puan?"

"Eh, jangan lagi Pak Mail, kita je yang siasat dulu. Saya dah kenal pasti dua lagi pegawai untuk tolong kita kesan budak tu dari sketch  ni. Kan saya bagitau semalam, benda ni tak boleh kita hebahkan? Nanti rosak semua racangan kita. 

"Hari ni Pak Mail boleh keluar meronda dan cuba kesan siapa budak tu. Nanti saya akan bagi taklimat kat Konstabel Syukri dan Sarjan Melan untuk bantu kita, ye? 

"Ingat, jangan cakap langsung pasal kes aduan budak tu. Kalau ade sesiapa yang tanya, cakap je ini kes budak hilang, lari dari rumah ke atau ape-ape je yang Pak Mail boleh fikirkan."

Konstabel Ismail mengangguk bersetuju.

"Maaf puan, saya terlupa pasal perbincangan kita semalam. Mungkin disebabkan rasa teruja nak keluar meronda dan tak sabar nak tolong budak tu."

"Tak ape lah Pak Mail, saya faham. Nanti kalau ade ape-ape maklumat, cepat inform  saya, okey? Kejap lagi saya ade meeting  dengan Tuan OCPD  Balik Pulau kat Pejabat Rela Batu Ferringhi. Petang nanti kita bincang semula, okey?"

•••♦◄♥►♦•••

"Dari ape yang dah aku alami ngan coach  miang tu, buat aku rasa seram sejuk je kalau dia ajak aku ke Hotel Huanlee sekali lagi. Rasa fobia plak nak ikut kemahuan dia tu," getus Haris.

Mereka di dalam kelas sementara menunggu subjek Matematik dimulakan selepas perhimpunan sekejap tadi.

"Kan, siapa suruh kau gatal nak volunteer  korbankan diri? Aku dah pun bagi warning. Keje ni bukan senang dan ade risiko plak tu. Kau je sesaja gatal nak libatkan diri," balas Ryan, berleter.

"Wey, kau ni dah mula nak buat perangai arr. Sebelum ambik keputusan kelmarin, nape tak fikir habis-habis? Sekarang, kalau kau tak teruskan ape yang dah kau buat, sure  dia akan syak dan fikir yang bukan-bukan.

• kuci𝓃g lorong •Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang