ACHTUNG!
"Andai terdapat babak, dialog, ayat atau perkataan kurang sopan, lucah, kesat atau terlampau di bawah ini, harap pembaca berfikiran terbuka. Itu semua perlu untuk menghidupkan karya aku. Namun semuanya aku persembahkan secara terkawal & tak keterlaluan. Harap maaf andai ia mengganggu minda sesetengah pembaca yang berbudi pekerti tinggi lagi mulia akhlaknya serta yang mementingkan adab sopan dalam berkarya"
•••♦◄♥►♦•••
"Kau nak balik dulu ke?" tanya Haris tatkala dia dan Ryan menuruni anak tangga untuk pulang.
"Hmm.. cam biasa arr. Dapat mandi, relaks dan makan dulu, baru ade semangat nak practice petang nanti. Nape, kau tak nak balik rumah? Nak dok kat sekolah sampai jam empat setengah nanti, ke?"
"Eh, tak ade arr. Aku pun nak balik gak. Rasa rimas je badan kalau tak mandi dan berehat sebelum practice."
"Tapi kau jangan melancap plak time mandi, ekk? Nanti tak pasal-pasal lemah lutut dan jatuh terjelepuk* kat tengah padang.. he he," usik Ryan.
"Wey.. kau gila ke ape? Mana ade aku pernah main sabun time nak turun practice? Nak mampus? Boleh hilang stamina dan silap-silap terus koma, kau tau?" pantas Haris membalas.
Ryan tertawa mengekek.
Ketika mereka dan beberapa pelajar lain di garaj sekolah untuk mengambil basikal, Cikgu Hanif memanggil Ryan.
Lelaki itu duduk di dalam keretanya dengan tingkap yang dibuka separuh.
"Ade ape cikgu?" tanya Ryan.
Dia lalu menapak ke arah kereta. Haris juga turut ikut bersama, berdiri penuh teguh di sebelah kawan baiknya itu.
"Begini, petang nanti saya ade hal mustahak. Guru Besar suruh hadir satu meeting kat sekolah di Seberang. So, saya tak dapat le nak turun padang latih team kita tapi Hamdan dan Rafi akan ade untuk pantau awak semua.
"Dan awak Ryan, sebagai kapten team, saya amanahkan untuk tengok-tengok kekawan awak yang lain. Practice le macam biasa dan jangan sesekali nak bersambil lewa je walaupun saya tak ade, okey?"
Terkedu Ryan dan Haris dek penjelasan Cikgu Hanif. Belum pernah lagi coach mereka ini tak hadir sepanjang mereka menjalani latihan.
Mungkin mesyuarat yang dimaksudkannya itu penting dan terpaksa juga dihadiri. Sementelah, itu arahan Guru Besar mereka.
"Baik arr cikgu, saya akan pastikan kekawan lain berlatih cam biasa. Lagi pun, dua pembantu coach tu ade sama. Cikgu jangan bimbang, yakin je kat kami semua," balas Ryan.
"Ha ha, bagus Ryan, tak sia-sia saya pilih awak jadi kapten. Okey, kita jumpa Rabu nanti, ye?"
"Kau tak rasa pelik ke, Ryan? Dia cakap ade meeting, tapi meeting ape di petang-petang hari, kan? Selalunya waktu pagi atau tengah hari, betul tak?
"Lagi pelik sebab meeting tu kat sekolah di seberang sana. Buat menyusahkan orang je nak berkejar ke sana time lepas sekolah, kan?" tukas Haris tatkala kereta Cikgu Hanif kini bergerak keluar di pintu pagar sekolah.
"Ye arr Ris, aku pun rasa pelik gak. Dia tu cikgu PJ je, nape plak nak kena hadir meeting kat sekolah lain? Ape pun, aku akan tanya Kak Linda, kerani kita. Betul ke Cikgu Hanif kena hadir meeting petang ini," balas Ryan.
"So, ape tunggu lagi? Jom kita naik ke pejabat sekarang. Nanti tak dapat plak nak jumpak Kak Linda kau tu," ajak Haris.
Nasib mereka baik. Kak Linda, kerani tersebut baru saja berkira-kira hendak keluar makan tengah hari.
![](https://img.wattpad.com/cover/89605215-288-k400294.jpg)
YOU ARE READING
• kuci𝓃g lorong •
Tienerfictie• 𝓬𝓸𝓶𝓹𝓵𝓮𝓽𝓮𝓭 • Kisah seorang remaja gigih lagi cekal dalam mendepani segala rintangan demi adik tiri juga kekawannya. Dia berusaha untuk menggembirakan si adik biar dengan apa cara pun. Namun ada yang tak memandang & menghargai segala jerih...