Sepanjang minggu, Ryan asyik memikirkan cara mana dia nak kumpulkan duit untuk membeli peralatan hokinya.
Lagi dua minggu sesi pemilihan team hoki bawah lima belas tahun akan diadakan. Takkan pula dia nak meminjam kasut dari kekawan satu team dengannya?
Kalau kayu hoki, bolehlah dia pinjam sebab Haris dah berjanji akan berikan kayu hoki lamanya itu.
Nampaknya sekali lagi Ryan terpaksa melupakan hasratnya untuk mewakili sekolah. Walau sedikit terkilan namun dia harus pasrah menerimanya.
Sudah ketentuan takdir yang budak miskin sepertinya sering tak dapat merealisasikan impian dan harapan.
Upah yang dia dapat tatkala bekerja di restoran Pak Murtaza, dua kali seminggu itu tak seberapa. Semuanya habis digunakan untuk perbelanjaan sekolahnya.
Dalam simpanannya pula hanya berbaki dua puluh tiga ringgit. Mana cukup untuk membeli kasut dan kayu hoki? Itu belum dikira peralatan lain, shin guard *, supporter *, stoking dan macam-macam lagi.
•••♦◄♥►♦•••
Petangnya, sekitar jam enam empat puluh lima, selepas emaknya keluar bekerja, Ryan bergegas ke restoran untuk berjumpa Ezai.
Seperti biasa, tujuannya untuk berborak-borak kerana selepas balik sekolah tadi dia langsung tak berpeluang untuk keluar rumah.
Emaknya tak benarkan dia keluar selepas dia makan tengah hari tadi. Terpaksalah dia duduk di rumah mengulang kaji dan buat homework.
Dia sempat juga menonton TV sambil berbaring menyiapkan lakaran kerja logam yang disuruh cikgu.
"Aku tak nak kau keluar melilau ke sana sini. Dok je kat rumah, baca buku dan buat kerja sekolah. Kalau aku dapat tau kau keluar, nahas kau aku kerjakan. Badan je besar tapi tak ade otak."
Kak Mizah membebel sambil menggosok uniform kilangnya dengan seterika arang*.
Ryan akur tak menjawab. Dia dah mangli akan leteran juga bebelan wanita itu.
Sedang bebudak lain sibuk bertuisyen sana sini, Ryan hanya mampu belajar sendirian saja di rumah. Semuanya dek kekangan kewangan.
Cuma sesekali dia akan ke rumah Haris untuk sama-sama mengulang kaji pelajaran yang diajar cikgu di sekolah pada paginya. Itu pun dalam seminggu, mungkin hanya sekali.
Tiba di satu lorong berhampiran dengan sekolahnya, matanya terarah pada sekumpulan tiga orang budak lelaki berpakaian biasa sedang mengelilingi seorang budak beruniform sekolah yang lebih kecil tubuhnya berbanding mereka.
Ryan syak ada sesuatu yang tak kena dengan bebudak itu lantas dia pun membelok basikalnya ke arah mereka.
"Wey, ape yang korang buat ni? Nak menyakat dan buli orang ke? Dah tak ade keje lain?"
Ryan memberanikan diri menegur.
Ketiga-tiga budak itu segera berpaling memandang ke arah Ryan.
Dia tak kenal langsung mereka bertiga, mungkin bebudak dari kawasan lain.
Bertubuh agak besar, tentu dalam form four atau form five, atau mungkin dah tak bersekolah.. fikir Ryan.
Namun saiz fizikal mereka tak langsung menimbulkan rasa getar Ryan. Dari lencana sekolah yang tertera pada uniform budak yang menjadi mangsa itu, Ryan tahu yang dia belajar di sekolah yang sama dengannya.
![](https://img.wattpad.com/cover/89605215-288-k400294.jpg)
YOU ARE READING
• kuci𝓃g lorong •
Novela Juvenil• 𝓬𝓸𝓶𝓹𝓵𝓮𝓽𝓮𝓭 • Kisah seorang remaja gigih lagi cekal dalam mendepani segala rintangan demi adik tiri juga kekawannya. Dia berusaha untuk menggembirakan si adik biar dengan apa cara pun. Namun ada yang tak memandang & menghargai segala jerih...