Chapter 52 - Antara HOM Coach & Sony Si Ezai

636 29 9
                                    

ACHTUNG

"Andai terdapat babak, dialog, ayat atau perkataan kurang sopan, lucah, kesat atau terlampau di bawah ini, harap pembaca berfikiran terbuka. Itu semua perlu untuk menghidupkan karya aku. Namun semuanya aku persembahkan secara terkawal & tak keterlaluan. Harap maaf andai ia mengganggu minda sesetengah pembaca yang berbudi pekerti tinggi lagi mulia akhlaknya serta yang mementingkan adab sopan dalam berkarya"

•••♦◄♥►♦•••

Pendek, padat & pantas. Tapi isinya cam biasa, amat mengujakan.. hee. Layan je chapter  kali ini yang aku karang dalam masa sehari je (mood  tengah baek!)

PENGUMUMAN PENTING

 Mulai sekarang, semua announcement  aku tak sebarkan kepada follower. Kalau korang nak tau ape-ape perkembangan, korang kena lawat akaun (wall / message board) aku je. Kat situ ade aku inform  segalanya & terkini (up to date). Kenapa? Sebab, bukan semua follower  aku minat bace karya aku. Ade yang follow, then  terus lenyap dari pandangan & hilang menyepi.

¯\_(ツ)_/¯.. hmpp!

•••♦◄♥►♦•••

"Zuki, malam nanti kau datang tido kat rumah aku, ekk? Mak aku tak ade, esok baru balik," pelawa Ryan.

Dia, Marzuki, Haris dan Elliot Tan sedang mandi bersama di bilik air selepas mereka tidur sekejap dan berehat sebentar tadi.

Jam dah menghampiri ke pukul empat tiga puluh lapan. Hari ini latihan hoki bermula jam lima petang, sedikit lewat berbanding sebelum ini.

"Yea arr, Zuki. Aku dan Haris pun dah bermalam kat sini kelmarin. Jom join  kami, boleh kita enjoy  dan buat ape je tanpa leteran orang tua," sokong Elliot Tan sambil dia menggosok belakang Ryan.

"Ezai pun akan datang sama," sampuk Haris.

Dia penuh asyik menyental dan menggosok tengkuk Marzuki.

"Siapa Ezai tu? Budak kat sini gak ke?" soal Marzuki.

Ryan pun menceritakan tentang diri Ezai. Bagaimana mereka berkenalan dan berkawan baik serta sama-sama bekerja di restoran Pak Murtaza.

"Dari citer kau ni, sure  dia budak baik, kan? Walaupun dah tak bersekolah tapi dia cekal dan gigih," puji Marzuki.

"So, kau nak tak bermalam kat sini?" sekali lagi Ryan menyoal.

"Hmm, tengok arr dulu. Aku kena mintak izin warden."

"Wey, kau ade abang angkat ketua asrama, kan? Pujuk dan pelemah arr dia. Tentu dia akan bagi sebab kau kan adik kesayangan dia? He he," sindir Haris.

"Okey arr, aku akan join  korang malam nanti. Tapi, kita nak makan ape? Kalau kat hostel, malam nanti ade lauk kari ayam dan sayur kubis goreng kunyit."

"Yea arr, Ryan. Kita belum bincang lagi pasal tu. Mana nak cekau* duit untuk makan-makan malam nanti? Takkan nak suruh adik kau belanja kita lagi kot?" Haris menyoal.

"Don't worry. Nanti aku telefon Ezai suruh bawak balik nasi dan lauk. Pak Murtaza tentu tak kisah kalau Ezai ambik jualan yang tak habis tu. Walaupun lauk saki-baki je, tapi lebih sedap dari kari ayam kat hostel," jawab Ryan.

• kuci𝓃g lorong •Where stories live. Discover now