Chapter 42 - Ryan Dalam Dua Misi, Menolong Waled & Adil

796 31 27
                                    

ACHTUNG

"Andai terdapat babak, dialog, ayat atau perkataan kurang sopan, lucah, kesat atau terlampau di bawah ini, harap pembaca berfikiran terbuka. Itu semua perlu untuk menghidupkan karya aku. Namun semuanya aku persembahkan secara terkawal & tak keterlaluan. Harap maaf andai ia mengganggu minda sesetengah pembaca yang berbudi pekerti tinggi lagi mulia akhlaknya serta yang mementingkan adab sopan dalam berkarya"

•••♦◄♥►♦•••

• Sebelum layan chapter  ni, nak tanya korang. Dah jenguk ke collage  watak-watak dalam citer KL? Ala, klik je next part  kat bawah tu. Penat aku buat, khas untuk korang bace sesambil berimaginasi wajah-wajah yang mewakili semua watak tu. Korang rasa, sesuai tak foto-foto yang aku tempelkan tu dengan karakter Ryan, Ejon, Haris, Elliot Tan & lelain?

•••♦◄♥►♦•••

Sesampai saja di rumah, Ryan terkejut tatkala melihat Ezai duduk di anak tangga menunggunya.

"Eh, Ezai. Ape kau buat kat rumah aku senja-senja ni? Kau dah tutup restoran ke?"

"Dah, aku tergesa-gesa tutup sebab nak jumpak kau. Ade hal mustahak nak aku cakap kat kau."

"Hal mustahak? Ape dia? Kau ni buat aku saspens arr."

Ryan menyandarkan basikal di tiang rumah. Langsung dia melabuhkan punggung pejalnya di sebelah kawan baiknya itu.

"Pasal Ejon. Tentu kau risau sebab dia tuang sekolah dan menghilangkan diri, kan?"

Berdebar dada Ryan mendengar penjelasan Ezai itu. 

"Eh, cam mana plak kau tau pasal ni? Dah cam ahli nujum je."

"Tengah hari tadi dia datang ke restoran. Dia cakap, dia tuang sekolah dan nak lepak kat bilik atas. Cepat-cepat aku seludup dia naik. Mujur Pak Murtaza tak nampak.

"Aku tanya dia pasal ape tuang. Dia cakap, ade problem  dan malas nak ke sekolah. Lepas tu dia terus diam dan cam nak nangis je. Aku plak sibuk time  tu, tak nak kacau dia.

"Aku tinggalkan dia kat atas sorang-sorang. Aku bagi air dan nasi tomato untuk tenangkan dia. Langsung dia terlena sampai arr pukul lima tadi. Aku tak ade chance  nak tanya lanjut.

"Tutup je restoran kejap tadi, aku terus temankan dia balik. Kesian plak aku tengok dia tu. Muka sayu dan sedih je. Bila aku tanya, dia diam tak nak citer ape-ape pun."

Panjang lebar Ezai menceritakan kejadian kehilangan Ejon. Ryan baru perasan yang basikal adiknya itu ada terbaring di bawah rumah.

Lega hatinya kerana dah tentu Ejon selamat. Tentang ponteng sekolah, dia tak akan marah kerana itu akan menambahkan lagi masalah adiknya.

"Nanti kau slow talk  arr ngan dia. Jangan plak marah dan pukul dia, ekk?" pinta Ezai.

"Tak, aku tak akan marah dia. Aku tak pernah pun pukul dia. Aku bukannya baik sangat nak mengajar dia. Aku sendiri pun banyak gak benda tak elok yang dah aku buat," balas Ryan penuh insaf.    

"Hmm.. bagus arr kalau cam tu. Aku pun dah lewat ni, nak balik berehat. Nanti cuti, kau nak datang tolong ke kat restoran tu?" soal Ezai sambil mencapai basikalnya.

"Okey, aku akan pi kalau kami tak practice  sampai lewat petang," jawab Ryan.

"Ezai, thanks  sebab kau tolong jaga Ejon dan bawak balik dia ngan selamat. Tadi aku risau sesangat bila fikir ke mana arr dia dah menghilang."

• kuci𝓃g lorong •Where stories live. Discover now