ACHTUNG!
"Andai terdapat babak, dialog, ayat atau perkataan kurang sopan, lucah, kesat atau terlampau di bawah ini, harap pembaca berfikiran terbuka. Itu semua perlu untuk menghidupkan karya aku. Namun semuanya aku persembahkan secara terkawal & tak keterlaluan. Harap maaf andai ia mengganggu minda sesetengah pembaca yang berbudi pekerti tinggi lagi mulia akhlaknya serta yang mementingkan adab sopan dalam berkarya "
•••♦◄♥►♦•••
INI HANYA MINI UPDATE
• • Ape plak mini update tu? Hmm.. bila aku rajin, mood plak okey & idea mencurah, aku akan mengarang. Then, terus aku publish, tak nak tunggu lama-lama & tak perlu sampai words mencecah empat atau lima ribu. Mungkin sekadar seribu lebih je kot. Pendek, tapi para pembace akan dapat gak layan ngan cepat. Okey tak? So layan je chapter KL 21 ni.
•••♦◄♥►♦•••
"Dah arr Ryan, kau dok bersedih ni buat aku pun rasa cam nak nangis je. Benda yang dah berlaku, tak payah kita nak kenang lagi.
"Hidup kita masih panjang lagi. Kau dan aku masih muda. Masih jauh perjalanan kita. Jangan plak kau ambik keputusan singkat nak terjun feri ke atau tido kat atas jalan kereta api ke.
"Sabar je, bukan kau sorang yang bernasib malang. Ramai lagi yang sama, malah ade yang lebih teruk dari nasib kita ni."
Ezai mengusap rambut Ryan sambil berhujah menasihat.
Akhirnya reda segala kekusutan Ryan dek kata-kata perangsang kawan baiknya ini.
"Sebab tu aku datang jumpak kau kat sini. Dapat gak aku luahkan perasaan dan ade gak orang yang ambik peduli, bagi perangsang dan nasihat.
"Thanks Ezai, kau arr kawan aku yang paling baik. Bertuah aku ade kau, dan bertuah aku sebab kau janji nak belanja nasi lemak untuk aku bersarapan. Aku memang tengah kebulur ni."
Mereka tertawa mengekek.
"Okey, aku turun dulu tengok ape yang patut. Kau berehat dan tenangkan hati lara kau tu. Tapi, jangan plak kau terjun ikut tingkap ni, ekk?" seloroh Ezai lalu menapak ke bawah.
•••♦◄♥►♦•••
Haris merenung bangku kosong di sebelahnya. Sekarang subjek Matematik dan mereka sekelas sedang menunggu Cikgu Lim untuk memulakan pembelajaran di pagi Isnin ini.
"Eh, mana Ryan? Dia tuang ke? So cam mana plak ngan petang nanti? Kita kan ade practice? " tanya Marzuki.
"Entah arr. Semalam, aku ade jumpak dia. Dia cam tak sihat je, jalan pun senget-senget cam orang sakit kaki. Mungkin tak turun padang petang nanti," jawab Haris.
"La, kesiannya. Baru je dilantik jadi kapten tapi tak dapat join latihan. Hari tu kan dia teruk kena dera ngan coach? Tak serik-serik ke?
"Ape plak yang Cikgu Hanif nak leterkan nanti. Sure kita semua akan teruk kena bambu lagi, kan?" sampuk Elliot Tan, juga teammate mereka.
"Wey.. dia tak sihat arr. Takkan plak Cikgu Hanif zalim dan nak dera dia lagi, nonsense. Kita cakap je yang Haris nampak Ryan tu cedera dan tak boleh nak main, habis cerita," balas Marzuki.
"Yang kau ni, dah okey ke? Dah boleh turun practice petang nanti?" tanya Elliot Tan kepada Haris.
"Hmm.. dah okey. Dua tiga hari ni aku rasa tak sihat dan lemah je. Tapi bila dah pi klinik, terus sembuh. Don't worry, aku akan join korang petang ni," jawab Haris.
ANDA SEDANG MEMBACA
• kuci𝓃g lorong •
Teen Fiction• 𝓬𝓸𝓶𝓹𝓵𝓮𝓽𝓮𝓭 • Kisah seorang remaja gigih lagi cekal dalam mendepani segala rintangan demi adik tiri juga kekawannya. Dia berusaha untuk menggembirakan si adik biar dengan apa cara pun. Namun ada yang tak memandang & menghargai segala jerih...
