ACHTUNG
"Andai terdapat babak, dialog, ayat atau perkataan kurang sopan, lucah, kesat atau terlampau di bawah ini, harap pembaca berfikiran terbuka. Itu semua perlu untuk menghidupkan karya aku. Namun semuanya aku persembahkan secara terkawal & tak keterlaluan. Harap maaf andai ia mengganggu minda sesetengah pembaca yang berbudi pekerti tinggi lagi mulia akhlaknya serta yang mementingkan adab sopan dalam berkarya"
•••♦◄♥►♦•••
• • Pergh.. chapter kali ni buat aku sebak & terbit air mata plak.. he he. Aku ni sensitif kalau membicarakan perihal kemiskinan & kesusahan bebudak yang malang. Sebab itu, banyak citer aku berkisar pada golongan sebegitu 😭
Ape pun, layan je chapter yang pendek, padat & tak seberapa ni.
༼ಢ_ಢ༽
•••♦◄♥►♦•••
Lega dan senang hati Pak Murtaza melihat akan perubahan Ezai yang sudah kembali bersikap seperti dahulu. Mendengar kata dan hormat pada orang tua serta pelanggan.
Hari ini, Ezai datang ke restoran lebih awal daripada biasa. Pak Murtaza mengandaikan yang segala perubahan itu disebabkan oleh Ryan yang berjaya menasihati kawan baiknya itu.
Nampaknya, Ezai begitu bersungguh-sungguh dalam pekerjaannya di restoran. Lapang rasa dada orang tua itu bila segala urusan berjalan lancar.
Waktu ini, pelanggan dah makin berkurangan. Tak seperti awal pagi tadi di mana berpusu-pusu mereka memenuhi meja. Tak menang tangan Pak Murtaza serta pekerja lain melayan serta memenuhi kerenah yang pelbagai itu.
Jam sepuluh nanti, pelanggan akan kembali memenuhi segenap ruang restoran.
"Macam ni le yang pakcik nak. Ezai dah nampak banyak berubah berbanding dua tiga hari lepas," puji orang tua itu tatkala Ezai selesai mengelap beberapa meja.
"Syukur arr, pakcik. Semuanya berkat budi baik pakcik gak yang sanggup terima saya keje lagi kat restoran ni. Dan, kelmarin, Ryan pun banyak bagi perangsang kat saya untuk berubah," jelas Ezai.
"Hmm.. bagus le tu. Pakcik tengok, si Rayyan tu pun macam budak yang ade ilmu je. Kau terus le berkawan dengan dia. Orang cakap, kawan yang baik ni umpama saudara kita sendiri, malah, lebih rapat lagi dengan kita, kan?"
Ezai mengangguk mendengar nasihat dan pesanan majikannya.
"Pakcik nak bagi satu lagi nasihat kat Ezai."
"Ape dia, pakcik?"
"Begini, Ezai masih muda, baru enam belas. Kalau masih bersekolah, tentu dalam tingkatan empat, kan?"
"Maksud pakcik?"
Lelaki itu tersenyum manis sambil melabuhkan punggung tuanya pada kerusi di kaunter.
Ezai menunggu penuh debaran.
"Hmm.. rugi kalau dalam usia muda ni Ezai tinggalkan pelajaran. Sekurang-kurangnya, ambik le SPM atau STPM terlebih dulu sebelum nak mula hidup berkerjaya ni. Ilmu pendidikan tu penting untuk jamin masa depan Ezai.
"Pakcik dulu, walaupun hidup serba payah, boleh jugak tamatkan sekolah hingga dapat sijil LCE. Memang ade kerja yang sesuai dengan sijil tu, tapi pakcik lebih minat berniaga. Tapi Ezai, lepas je tingkatan tiga terus tak nak sambung belajar."
Remaja itu termangu dek kata-kata Pak Murtaza. Dia yakin dan tahu apa yang cuba nak dijelaskan oleh orang tua itu.
"Pakcik dah tak nak saya keje kat sini lagi ke? Pakcik nak suruh saya sambung sekolah?"
ANDA SEDANG MEMBACA
• kuci𝓃g lorong •
Ficção Adolescente• 𝓬𝓸𝓶𝓹𝓵𝓮𝓽𝓮𝓭 • Kisah seorang remaja gigih lagi cekal dalam mendepani segala rintangan demi adik tiri juga kekawannya. Dia berusaha untuk menggembirakan si adik biar dengan apa cara pun. Namun ada yang tak memandang & menghargai segala jerih...
