Chapter 25 - Mangsa Kedua (Mini Update)

902 46 40
                                    

ACHTUNG!

"Andai terdapat babak, dialog, ayat atau perkataan kurang sopan, lucah, kesat atau terlampau di bawah ini, harap pembaca berfikiran terbuka. Itu semua perlu untuk menghidupkan karya aku. Namun semuanya aku persembahkan secara terkawal & tak keterlaluan. Harap maaf andai ia mengganggu minda sesetengah pembaca yang berbudi pekerti tinggi lagi mulia akhlaknya serta yang mementingkan adab sopan dalam berkarya "

•••♦◄♥►♦•••

Haris dah bersedia untuk mendengar penjelasan Ryan, malahan dia dah tak sabar-sabar. Akan terjawabkah segala jangkaan dan rasa syak wasangkanya sejak dua hari lepas?

"Kau ni memang terrer arr Ris. Kau dapat baca ape dalam kepala aku ni, ekk? Mungkin betul kot yang kita ni kembar, cuma berlainan mak bapak je, kan?"

Haris tersengih dek pujian tersebut, namun dia makin tak sabar nak mendengar penjelasan Ryan. Mahu saja dia desak dan paksa agar kawan baiknya ini segera bersuara.

"Hmm.. sebenarnya, aku..."

Belum sempat Ryan menghabiskan ayatnya, terdengar laungan dari arah belakang mereka.

"Wey, kat sini rupanya korang, ekk? Berdua-duaan, jauh dari orang. Tengah dok merendek* ape? Siap pegang-pegang tangan lagi."

Jerkahan Khairul itu membuatkan Haris spontan melepaskan genggaman tangannya. Terkejut dia akan kemunculan yang tak disangka. Apatah lagi dengan suara teguran lantang remaja tersebut.

Di sebelahnya tersengih Ramzi, juga salah seorang teammate  mereka.

"Ee, korang ni muncul tak kena masa arr. Cer datang sepuluh minit lagi, boleh tak?" marah Haris namun dalam nada berseloroh.

Hampa dirasakannya kerana tak sempat mendengar jawapan Ryan. Mungkin selepas ini, Ryan dah tak akan terbuka hatinya untuk menjelaskan segala persoalan.

"Sorry  arr kalau kami mengganggu korang bercouple. Kami tak tau nak buat ape, so  Ramzi ni ajak aku tengok bebudak practice  bola. Nampak plak korang berdua kat sini," ujar Khairul.

Dia menyuakan air sirap dalam plastik dan kacang rebus yang dibeli dari lelaki India di pintu pagar sana kepada Haris dan Ryan.

"Ape korang dok bincangkan ni sampai nampak khusyuk semacam je?" soal Ramzi.

"Ala, hal peribadi arr. Toksah nak sibuk pasal orang," balas Haris seraya menyedut straw  menikmati air manis yang mendinginkan.

Dia lalu mengunjukkan pula minuman itu kepada Ryan yang menyambut tak bertangguh. Haba petang membuatkan mereka dahaga, langsung tak menolak rezeki yang datang tanpa diduga ini.

"Borak biasa-biasa je. Pasal hoki, marka, Cikgu Mariam yang tembam dan tentang kekawan kita bertiga yang sekarang ni ade kat hotel tu. Ape yang dia orang tengah buat, ekk?" ujar Ryan berbohong.

"Ye arr, hampir terlupa aku pasal si Marzuki, Faizal dan Elliot tu. Sure  dia orang tengah dok berenang kat swimming pool  sambil jamu mata tengok mat salih, kan?" balas Khairul teruja.

"Don't be jealous  arr. Giliran kita pun akan sampai gak nanti. Cikgu Hanif akan bawak ke restoran dan hotel lain plak. Best  kan dapat coach  yang baik dan prihatin cam dia tu?

"Kat sekolah lama aku dulu, tak ade coach  yang baik dan rapat ngan player  dia. Muka masam mengalahkan asam boi dan garang je kat dalam atau luar padang. Cam mana player  nak mesra, kan? 

• kuci𝓃g lorong •Where stories live. Discover now