Chapter 15 - Itulah Gunanya Kawan

1.1K 46 12
                                        

ACHTUNG!

"Andaiterdapat babak, dialog, ayat atau perkataan kurang sopan, lucah, kesat atau terlampau di bawah ini, harap pembaca berfikiran terbuka. Itu semua perlu untuk menghidupkan karya aku. Namun semuanya aku persembahkan secara terkawal & tak keterlaluan. Harap maaf andai ia mengganggu minda sesetengah pembaca yang berbudi pekerti tinggi lagi mulia akhlaknya serta yang mementingkan adab sopan dalam berkarya "

•••♦◄♥►♦•••

"Ape yang paling buat aku merana dan rasa teruk sesangat, bila aku mengingatkan yang lepas ni, aku tak akan berpeluang lagi nak rasa keseronokan main ngan dia. 

"Selama ni, aku mengaku yang hidup aku seronok sebab bila-bila masa je kalau aku rasa gersang dan ketagih nak main, dia selalu je layan aku tanpa banyak soal. 

"Tapi bila dia dah tinggalkan aku, aku dah tak dapat nak merasai semua tu. Aku boleh jadi gila kalau seminggu tak jumpak dan ringan-ringan ngan dia. 

"Cam orang yang ketagih rokok atau ganja je aku rasa. Badan aku jadi lemah dan semangat aku hilang kalau tak dapat layanan dia. 

"Cam mane aku nak hidup, kalau tiap hari jiwa aku memberontak inginkan layanan cam yang selalu aku dapat daripada dia tu? 

"Itu arr sebabnya kau tengok aku dah tak bersemangat time training  hoki setiap petang. Aku dah ambik keputusan nak keluar dari team  sekolah sebab kalau aku masih lagi bersama korang, aku tak akan dapat bagi komitmen seratus peratus. 

"Aku harap kau faham, Ryan. Bukan je tentang hoki tapi semua benda yang aku buat selama ni. Aku rasa cam tak bersemangat dah untuk teruskan hidup. 

"Please  Ryan, kalau kau dapat fahami dan selesaikan problem  aku. Aku mintak sesangat kau tolong aku walaupun aku tak tau cam mane caranya," ujar Haris.

Panjang lebar diluahkannya tatkala dia dan Ryan duduk di tepi kolam di taman sekolah. 

Ryan terkedu mendengarnya. Memang dah teruk sangat masalah kawan baiknya ini. Mungkin ia akan mengakibatkan jiwa remaja Haris bercelaru dan berkecamuk. 

Apa yang lebih membimbangkan ialah, hidup Haris akan rosak dan berkemungkinan masa depannya musnah sama sekali.

"Kau dah pun dengar problem  aku, kan? So  ape yang kau boleh buat untuk tolong aku? Sebenarnya aku pun tak yakin kau akan dapat selesaikan tapi sebagai kawan aku citerkan gak kat kau sebab aku dah tak tau nak buat ape lagi. 

"Aku tak tau ke mana nak aku luahkannya. Aku segan dan takut nak bagitau kat mak bapak aku. Dia orang sure  akan marah kalau tau ape yang aku dan Shidah buat selama ni. 

"Ataupun, dia orang mungkin ingat perkara ni cam biasa je sebab dia orang tak tau isi hati aku. Tapi kau sebagai kawan baik yang dah lama aku kenal, mungkin ada pandangan lain, kan?" tambah Haris memandang tepat ke wajah Ryan. 

"Aku boleh rasa ape yang kau rasakan ni. Aku pun dah pernah dikecewakan oleh seseorang tapi aku tak arr sampai ke tahap teruk cam kau. 

"Aku janji akan cari jalan untuk selesaikan problem  kau. Cuma aku harap, kau percaya kat aku, okey?" ujar Ryan seakan dia dah dapat jalan penyelesaian kepada masalah Haris. 

"Tentang ape yang kau buat ngan Shidah tu, aku nak tau setakat mana seriusnya hubungan korang selama ni? Maksud aku, aku tau yang korang selalu berjumpa dan ambik kesempatan melayan gersang tapi ape yang korang buat sampaikan kau jadi teruk cam ni?" soal Ryan. 

• kuci𝓃g lorong •Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang