Chapter 4 - Di Mana Nak Cari Duit?

1.1K 43 16
                                    

ACHTUNG!

Andai terdapat babak, dialog, ayat atau perkataan kurang sopan, lucah, kesat atau terlampau di bawah ini, harap pembaca berfikiran terbuka. Itu semua perlu untuk menghidupkan karya aku. Namun semuanya aku persembahkan secara terkawal & tak keterlaluan. Harap maaf andai ia mengganggu minda sesetengah pembaca yang berbudi pekerti tinggi lagi mulia akhlaknya serta yang mementingkan adab sopan dalam berkarya"

•••♦◄♥►♦•••

Habis menonton, Ryan membelek-belek buku sekolahnya dan mula membuat homework  serta sedikit ulang kaji. 

Ejon masih di depan TV terlentang sambil sesekali dia memerhatikan ke arah Ryan dan tersengih manja. 

"Nape ni? Abang tengok Ejon cam ade sesuatu nak cakapkan je." 

Ryan dah masak sesangat dengan perangai adik tirinya itu.

"Kelas kami nak buat lawatan ke Taiping dan Pulau Pangkor. Lawat tempat-tempat bersejarah dan muzium, pi zoo dan akan bermalam di Pulau Pangkor sebelum balik esoknya. Tapi Ejon tak ade duit arr nak join.

Ada nada kecewa dalam jawapan Ejon itu.

"Berapa bayaran sorang?" 

"Semua lima puluh lima ringgit termasuk makan dan minum."

"Hmm.. itu tak termasuk lagi duit untuk Ejon nak belanja beli ape-ape buat souvenir, kan? Dah tentu mau seratus, baru cukup."

Ryan, mencongak* perbelanjaan Ejon kalau dia nak ikut lawatan tersebut.

"Abang ade duit tak? Ejon ade lapan ringgit je ni," tanya Ejon dengan wajah penuh pengharapan.

"Abang pun tak ade. Yang dalam simpanan abang tu ade arr sikit. Abang nak kumpul untuk beli hockey stick  dan kasut baru," jawab Ryan jujur.

"Bila lawatan korang tu?"

Ryan menyoal sambil menimbang-nimbang ballpen  di tangannya.

"Dua minggu lagi. Kalau Ejon jadi pi, kami akan bertolak petang hari Jumaat dan balik Ahad malam," jawab Ejon teruja.

Kasihan juga Ryan pada Ejon yang benar-benar berharap untuk mengikuti lawatan kelasnya itu. Namun dek kerana kesempitan hidup, harapan adik tirinya ini mungkin tak kesampaian.

Dia yang nak menolong pun dah tak terdaya lagi, memandangkan dia juga ada keinginan sendiri.

"Dah mintak kat mak?" 

Ryan merenung tajam wajah cute  Ejon.

"Dah, mak cakap kalau tak ade duit tak payah dok fikir nak join  lawatan tu. Duit mak yang tak seberapa tu kena jimat untuk hal yang lebih penting lagi," balas Ejon sugul.

"Abang memang simpati ngan Ejon tapi ape boleh buat, kita tak mampu." 

Sayu hati Ryan melihat raut wajah kecewa Ejon yang amat berharap untuk menyertai kekawan sekelasnya yang lain.

Adiknya memang tak pernah pun menyertai pelajar-pelajar lain kalau ada lawatan ke mana-mana. Dia sering menyuarakan betapa teringinnya dia nak berjalan-jalan ke tempat yang belum pernah dia kunjungi.

Peluang itu bukannya datang selalu dan Ryan faham benar perasaan Ejon. Dalam hatinya, dia bertekad akan berusaha bagi membolehkan adik kesayangannya ini menyertai lawatan itu.

• kuci𝓃g lorong •Where stories live. Discover now