• Capernaum •

684 20 33
                                        


• • Sorry. Ini bukan update  citer, ekk? Tapi satu promosi percuma dari aku untuk sebuah filem Arab (Lubnan) bertajuk 'Capernaum/Capharnaüm' atau chaos  (keliru, kacau, tak tenteram, huru hara) 

Hmm, beberapa hari lepas, aku layan filem ni kat Ria HD. Best  & sungguh melankolik walau tanpa pelakon terkenal. Pelakon utamanya, Zain Al Rafeea (12 tahun) hanya budak biasa je, budak kawasan setinggan. Sekarang dah popular & filem ini pun pernah tercalon dalam lima filem bahasa asing terbaik di Academy Awards 2019. Pernah menang Jury Prize  di Cannes. Kutipan tiketnya melebihi RM 270 juta, tak termasuk jualan DVD, Blu-ray  & tayangan di stesen TV seluruh dunia. Pergh.. hebat kan? 

Aku memang penggemar filem-filem indie  & art movie  dari seluruh dunia. Antaranya dari Iran, Argentina, Sepanyol, Perancis, Denmark, Sweden, Belanda, Norway, Kanada, Australia, New Zealand, Turki & beberapa negara Arab yang lain. Walaupun aku layan gak filem-filem mainstream  dari Hollywood & Hong Kong/Taiwan tapi jarang dapat kepuasan sebab filem-filem tu tak ade jiwa & mudah nak diteka. Banyak sangat action  & CGI. Filem Melayu? Hmm, aku layan filem lama je (filem 50 an hingga 80 an.. hee) Time  Raya baru-baru ni aku ade rakam filem 'Sangkar' kat Astro Citra HD (aku langgan PVR) yang berdurasi dua jam tu.. tapi aku layan cuma dalam masa sebelas minit je sebab aku fast foward.. ending nya memang dah aku duga pun.. boring.. hee. FYI, Raya tahun lepas aku rakam filem 'Polis Evo 2'.. tapi sampai hari ni masih belum tengok lagi.. dah setahun lebih pun. 

Jangan marah, ekk? Hee 🎬


SINOPSIS 'CAPERNAUM' 

Kisah sorang budak yang saman mak bapak dia sendiri sebab abaikan dia & adik-adik dia. Adik perempuan dia dijual (dikawinkan) dengan sorang pekedai runcit yang giler seks. Zain pun selalu kena kacau dengan jantan-jantan miang (ditarik tangan, nak dicium & sebagainya.. hee). Lepas bergaduh dengan bapak dia, Zain lari dari rumah & merempat di jalanan. Dia jumpa sorang perempuan Ethiopia yang ade sorang anak kecik bernama Yonas. Bila perempuan tu kena tahan sebab masuk cara haram, Zain terpaksa jaga Yonas (hmm, sedih babak ni) 


BABAK YANG AKU SUKA DALAM FILEM NI? 😁

1 - Babak Zain bagi singlet dia kat adik perempuan dia untuk dijadikan tuala wanita.

2 - Babak dia curi tuala wanita di kedai runcit yang dia kerja tu.. hee.

3 - Babak dia bergaduh ngan jiran (perempuan tua & gemuk).. nampak real  je.


BABAK PALING SEDIH? 😭

1 - Bila dia kena pukul ngan bapak dia & lari dari rumah.

2 - Babak dia kerja kat kedai runcit tu.. bayangkan, badan kecik je tapi kena buat macam-macam kerja (hantar tong gas ke rumah pelanggan, angkat barang-barang berat & lelain)

3 - Babak di mahkamah bila dia cakap kat hakim nak dakwa mak bapak dia & jangan bagi mak dia beranak lagi. Sebab dia tak mau adik-adik dia menderita macam dia nanti.

4 - Babak dia bawak Yonas sekitar bandar nak cari perempuan Ethiopia (mak Yonas tu)

5 - Babak dia menangis bila adik dia mati sebab komplikasi masa bersalin.. budak kecik memang bahaya kalau mengandung, kan?

6 - Bila je tiap kali kamera fokus wajah Zain yang muram & sedih (sentiasa masam mencuka je).. oh, sedih giler.

Eh, banyak lagi babak yang sedih & boleh meruntun jiwa. Korang kena layan sendiri filem ni untuk lebih menghayati (banyak kali gak ayer mata aku gugur.. hee)😢



• • Kepada yang suka citer Kucing Lorong tentu korang akan layan habis filem ni. Sebab jalan citer KL pun cam 'Capernaum' gak. Tentang pengorbanan sorang abang untuk adiknya. Hingga sanggup menikam jantan miang tu & kena hukuman penjara. Bayangkan budak dua belas tahun dok dalam lokap dengan pesalah-pesalah lain. Dah arr badan dia kecik je. Hmm, watak Ryan dalam KL pun akan masuk penjara gak ke? Itu korang kena tunggu, kay?


Ini babak terakhir dalam filem tu

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

Ini babak terakhir dalam filem tu. Seminit je Zain tersenyum ikhlas setelah dua jam lebih mukanya masam & penuh kesedihan sepanjang 'Capernaum'


• • Kucing Lorong chapter  66 akan dapat korang layan esok atau lusa. Kalau tak ade aral melintang (umpamanya; iklim politik negara, covid 19, akses internet, mood  merudum, kesihatan tak mengizinkan & lelain) Sekarang dalam proses mengarang & edit. Harap bersabar, ekk?



| THUmis • 11062020 • 704 words |


• kuci𝓃g lorong •Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang