Chapter 18 - Lunch Dengan Coach Garang

1.1K 45 45
                                        

ACHTUNG!

"Andai terdapat babak, dialog, ayat atau perkataan kurang sopan, lucah, kesat atau terlampau di bawah ini, harap pembaca berfikiran terbuka. Itu semua perlu untuk menghidupkan karya aku. Namun semuanya aku persembahkan secara terkawal & tak keterlaluan. Harap maaf andai ia mengganggu minda sesetengah pembaca yang berbudi pekerti tinggi lagi mulia akhlaknya serta yang mementingkan adab sopan dalam berkarya "

•••♦◄♥►♦•••

"Adoi la, penatnya aku rasa. Cam tak boleh nak bangun je ni," keluh Shamsuri sambil kedua tangannya mencekak pinggang.

Dia, Ryan, Marzuki, Khairul serta Haris terbaring menelentang di atas rerumput di bawah pokok sena di pinggir padang.

Mereka baru saja selesai sesi latihan hoki untuk pagi Sabtu ini yang berlanjutan sehingga jam dua belas empat puluh lima tengah hari.

Bebudak yang lain dah pun beransur-ansur beredar pulang. Semuanya berwajah masam dengan tubuh letih lesu dek deraan Cikgu Hanif juga dua coach  lain.

Para coach  bertiga itu tak menipu bila menggertak akan mendera mereka di atas kesalahan yang dilakukan oleh Haris dan Ryan, selaku kapten pasukan.

Ini menyebabkan teammate  lain, rata-rata menunjukkan kemarahan terhadap mereka berdua, terutama sekali kepada Ryan yang walaupun sebagai ketua tapi awal-awal lagi dah memberikan masalah.

"Ryan, lain kali jangan arr kau turun padang lambat. Kami dah tak sanggup lagi kena dera dan denda disebabkan kesalahan kau," ingat Khairul, salah seorang pemain yang turut sama berasa peritnya latihan hari ini.

"Sorry  arr Erul, aku bukannya sengaja nak datang lewat tapi memang ade hal serius pagi tadi. Basikal aku tu, tayar pecah. Ape pun, aku janji tak akan ulangi dah kesalahan aku," janji Ryan.

"Ris, ape yang kau buat malam tadi sampaikan terlewat bangun. Kau ade projek ngan marka ke? Dari ape yang aku nampak kat leher kau tu, aku rasa betul arr tekaan aku ni, kan? Itu kesan love bite," tukas Shamsuri.

Budak putih gebu yang sedikit manja itu sering menjadi sasaran kemarahan Cikgu Hanif di padang sebentar tadi.

Merah padam mukanya tatkala didera coach  kerana sering tersilap mendengar arahan. Tak hairanlah dia cuba melepaskan kemarahannya terhadap Haris dan juga Ryan.

"Ala, itu aku punya hal arr. Kau jangan nak berleter plak sebab aku tak ganggu marka kau pun. Ape yang aku buat malam tadi, urusan aku," balas Haris geram.

Dia lantas bangun, mengibas dedaun kering di punggungnya dan menapak meninggalkan keempat-empat teammate nya. Langsung tak berpaling.

"Kau memang kaki romen dan lucah. Tak serik-serik nak layan main ngan bebudak pompuan. Tunggu arr bila budak tu termengandung nanti. Sure  teruk kau kena bambu ngan mak bapak kau," jerit Shamsuri.

"Ye arr, silap hari bulan kena dakwa merogol plak.. he he," Marzuki pula menambah.

Dia dan Shamsuri lantas ketawa mengekek tanpa tahu duduk perkara yang sebenarnya.

Ryan terdiam. Tersentak hatinya dek gurauan dua kawannya itu.

Terasa segala selorohan juga tuduhan tersebut ditujukan kepadanya juga. Dia dapat memahami perasaan Haris yang sering menjadi mangsa kutukan sepanjang latihan mereka pagi ini.

"Ryan, nape ngan Haris tu? Nampak cam korang ade clash  je. Sepanjang practice  tadi, aku perasan korang tak bertegur sapa pun," Khairul bertanya.

• kuci𝓃g lorong •Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang