• 𝓬𝓸𝓶𝓹𝓵𝓮𝓽𝓮𝓭 • Kisah seorang remaja gigih lagi cekal dalam mendepani segala rintangan demi adik tiri juga kekawannya. Dia berusaha untuk menggembirakan si adik biar dengan apa cara pun. Namun ada yang tak memandang & menghargai segala jerih...
"Andai terdapat babak, dialog, ayat atau perkataan kurang sopan, lucah, kesat atau terlampau di bawah ini, harap pembaca berfikiran terbuka. Itu semua perlu untuk menghidupkan karya aku. Namun semuanya aku persembahkan secara terkawal & tak keterlaluan. Harap maaf andai ia mengganggu minda sesetengah pembaca yang berbudi pekerti tinggi lagi mulia akhlaknya serta yang mementingkan adab sopan dalam berkarya"
•••♦◄♥►♦•••
• • Sorry sebab mood malas aku dah kembali menyerang. Terpaksa karang sedikit demi sedikit berhari-hari. Walau idea & masa banyak berlambak-lambak, tapi mood tetap tak mengizinkan.. hmm 😭
•••♦◄♥►♦•••
Waktu rehat, di tepi kolam, di taman belakang sekolah.
Ryan, Haris dan Elliot Tan duduk di bangku batu sambil menikmati kuih karipap, cream puff serta air sirap ros penuh selera setelah tadi penat mendengar celoteh cikgu-cikgu dalam kelas.
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Kedapatan beberapa pelajar lain di situ dengan gelagat dan karenah tersendiri. Ada yang makan, bersembang, bergurau senda juga termenung tak buat apa-apa.
"Tak pernah aku rasa seronok cam semalam tu. Best sesangat dapat bermalam kat rumah kau, Ryan. Dapat plak buat barbeque, makan, mandi dan tido bersama korang," puji Elliot Tan sambil mengunyah cream puff perasa vanila.
"Yea arr, Ryan. Kalau aku tau betapa syoknya pengalaman malam tadi, dah tentu sebelum ini pun aku nak bermalam kat rumah kau. Si Ezai tu pun nampaknya cam sekepala ngan kita je, best," sampuk Haris.
"Kebetulan je tu sebab mak aku tak ade. Dan Ejon plak dapat gaji lumayan untuk dia belanja kita. Kalau tak disebabkan tu, sure kita tak akan dapat buat perkara cam semalam, kan?" balas Ryan, humble.
"Tak sabar nak tunggu malam nanti. Seronok sesangat aku hari ni. Sejak bangun tido tadi, hati aku rasa riang dan gembira je," getus si budak Cina.
"Tapi korang kena mintak izin kat mak bapak dulu, ekk? Jangan nanti kena pelangkung sebab dua hari berturut-turut tido kat rumah aku," ingat Ryan.
"No problem. Mak aku tentu kasi punya. Lagipun, bukan selalu aku tido kat rumah kawan. Nanti aku cong* arr, kata nak buat projek sekolah ke, atau ape-ape je lah," balas Haris.
"Wey, takkan plak kau nak kelentong mak kau, Ris? Tak baik arr cam tu, berdosa, tau?" ingat Ryan.
"Okey arr, aku tak akan tipu mak aku. Aku cakap jujur je ngan dia nanti," Haris menjawab.
"Best tu, memang best. Tapi, bila kenang yang petang nanti ade practice, aku jadi malas plak. Semangat pun down je ni," keluh Elliot Tan.