Chapter 69 - All's Well That Ends Well*

718 35 81
                                    

ACHTUNG

Andai terdapat babak, dialog, ayat atau perkataan kurang sopan, lucah, kesat atau terlampau di bawah ini, harap pembaca berfikiran terbuka. Itu semua perlu untuk menghidupkan karya aku. Namun semuanya aku persembahkan secara terkawal & tak keterlaluan. Harap maaf andai ia mengganggu minda sesetengah pembaca yang berbudi pekerti tinggi lagi mulia akhlaknya serta yang mementingkan adab sopan dalam berkarya

•••♦◄♥►♦•••

• • Pendek, padat & padu je chapter  kali ni. Semoga korang terhibur, ekk? Thanks  para reader  yang aku sayang.. hee 🤗👋

•••♦◄♥►♦•••

Kemenangan pertama pasukan hoki Ryan bukan yang terakhir. Sepanjang kejohanan tersebut, mereka cuma mengalami sekali saja kekalahan dan berjaya masuk hingga ke peringkat akhir yang berlangsung di padang USM, Gelugor.

Berkat tunjuk ajar jurulatih baru, mereka merangkul kejuaraan dengan penuh bergaya. Ryan dan Marzuki menjaringkan gol kemenangan, mengalahkan sekolah yang lebih berprestij dan terkenal berbanding sekolah mereka.

Namun, kegembiraan Ryan itu tak langsung diambil kisah oleh emaknya yang masih berterusan menganggap Ryan sebagai anak pembawa nasib malang.

•••♦◄♥►♦•••

"Ade ape puan panggil saya?" tanya Konstabel Ismail sambil melabuhkan punggung tuanya di kerusi di hadapan pegawainya.

"Hmm, ini tentang kes yang kita sedang siasat tu."

"Maksud puan, kes Rayyan dan Cikgu Hanif ke?"

Inspektor Halimah mengangguk.

"Begini. Saya rasa, kita tak perlu le panjangkan kes tu sebab saya tak sanggup nak tekan Rayyan untuk bagi maklumat pasal cikgu dia tu. Kalau betul Cikgu Hanif dera Rayyan secara seksual, saya rasa, dia dah pun dapat balasannya, kan?"

"Kita nak biarkan je ke cikgu durjana tu terlepas dari hukuman? Macam mana pulak dengan bebudak lain yang jadi mangsa dia tu, puan?"

"Susah kalau kita nak bawak hal ni hingga ke mahkamah kalau mangsa-mangsa tu sendiri tak nak buat report  atau bagi kerjasama. Jadi, ini je yang boleh kita lakukan. Lagipun, Cikgu Hanif dah diberi amaran dan surat tunjuk sebab oleh Jabatan Pendidikan. Dan akan ditukarkan ke sekolah di pedalaman."

Mendengar itu, Konstabel Ismail mengeluh dalam-dalam.

"Tapi, macam mana dengan kes budak Iskandar tu? Kita nak biarkan je ke?"

"Hmm, saya rasa itu yang sebaik-baiknya. Budak tu pun entah wujud atau tidak. Tapi, saya tak akan anggap kes tu selesai. Kita masih boleh lagi nak siasat kalau ade maklumat terbaru. Atau si Iskandar tu muncul satu hari nanti untuk buat report."

"Baik le, puan. Kalau itu keputusan pihak kita, saya akur je."

Konstabel Ismail bangun lalu meminta diri.

"Tunggu kejap, Pak Mail."

Lelaki lebih separuh abad itu tak jadi menapak keluar. Dia berpaling menghadap ketuanya.

"Tadi, Inspektor Salam ade maklumkan kat saya yang dia orang dah berjaya selesaikan kes mayat budak tak berpakaian dalam tong sampah dulu tu. Rupanya, budak tu asal dari Burma. Jadi pelacur untuk puaskan nafsu songsang pelanggan kat hotel tu.

"Ramai jugak yang ditangkap berkaitan kes tu. Bapak ayam dan konco-konco dia pun dah kena cekup dan di masukkan ke lokap. Mungkin akan ade dakwaan nanti. Bebudak lain yang turut dijadikan pelacur tu akan kita hantar pulang ke negara masing-masing."

• kuci𝓃g lorong •Where stories live. Discover now