Chapter 46 - Bunga Telur, Tanda Kasih Seorang Abang

663 27 21
                                    

ACHTUNG

"Andai terdapat babak, dialog, ayat atau perkataan kurang sopan, lucah, kesat atau terlampau di bawah ini, harap pembaca berfikiran terbuka. Itu semua perlu untuk menghidupkan karya aku. Namun semuanya aku persembahkan secara terkawal & tak keterlaluan. Harap maaf andai ia mengganggu minda sesetengah pembaca yang berbudi pekerti tinggi lagi mulia akhlaknya serta yang mementingkan adab sopan dalam berkarya"

•••♦◄♥►♦•••

"Pukul berapa kita nak ke bandar esok?" tanya Ezai.

"Hmm, petang sikit, dalam pukul dua ke?" jawab Ryan.

Esok juga dia ada 'hal' penting dengan Cikgu Hanif seperti yang dijanjinya tempoh hari. Namun, ianya di sebelah pagi.

Pada jangkaan Ryan, sekitar tengah hari akan selesai urusannya bersama cikgu miang itu.

"Kau tunggu kami kat bus stop  depan sana tu, ekk?" pesan Ryan sebelum dia meninggalkan rumah kawan baiknya itu.

Hari ini benar-benar menguji Ryan. Sudahlah paginya penat kerana latihan hoki. Keadaan diri Ezai juga merisaukannya. Dan, Pak Murtaza kini dah memandang serong terhadap kawan baiknya itu.

Dia tak ingin menambahkan lagi kemarahan orang tua tersebut yang diakui baik budinya. Hidup mereka kini pun banyak bergantung pada ihsan serta simpatinya.  

Ryan ingin segera pulang. Mandi dan berehat untuk menyegarkan diri kerana esok dia harus berhadapan dengan Cikgu Hanif pula.

Mahu saja dia menjalankan misi membalas dendamnya dengan seberapa segera, namun dia tak ingin apa yang dirancangkannya itu terbantut atau gagal dek kesilapan diri.

Dia harus bersabar. Perancangannya hanya akan berjaya andai dia tak tersilap langkah dan tak terburu-buru.

Kerja yang dilakukan dengan sabar dan terancang akan membuahkan hasil seperti yang diingininya. Biarlah Haris dan Elliot Tan kerap mendesak, dia tahu apa yang dilakukannya.

"Sabar arr korang," gumamnya tatkala mengayuh pulang. 

•••♦◄♥►♦••• 

"Mak pi mana, ekk? Tak nampak pun?" tanya Ryan kepada Ejon tatkala dia masuk ke rumah.

"Entah, sejak Ejon balik tadi mak dah tak ade. Dia keje kot?" jawab adiknya yang sedang berbaring depan televisyen.

"Nape abang tanya?"

"Hmm, kalau mak keje, lagi best. Tak ade arr kita kena leter sebab keluar rumah sampai petang baru balik."

Ryan terus mencapai tuala, menanggalkan pakaian yang dah berbau dek latihan hoki pagi tadi.

Dia menapak ke bilik air. Mandi untuk menyegarkan tubuhnya yang keletihan teramat.

Lepas mandi, dia cuma berkain pelikat. Ryan ingin menyertai adiknya di menonton televisyen. Namun Ejon dah pun terlelap.

Dia tersenyum melihat gelagat adik kesayangannya itu. Langsung dia merebahkan tubuh di sebelah Ejon. Seketika kemudian, dia pun turut sama terlelap.

Hembusan angin dari kipas meja menyamankan kedua mereka. Kini, segala permasalahan lenyap dibuai mimpi.  

•••♦◄♥►♦•••

Ryan terjaga sekitar jam lima setengah. 

Hidungnya pantas menangkap bau enak kari daging, juga masakan seolahnya beriani yang dijual di restoran Pak Murtaza.

• kuci𝓃g lorong •Where stories live. Discover now