ACHTUNG
"Andai terdapat babak, dialog, ayat atau perkataan kurang sopan, lucah, kesat atau terlampau di bawah ini, harap pembaca berfikiran terbuka. Itu semua perlu untuk menghidupkan karya aku. Namun semuanya aku persembahkan secara terkawal & tak keterlaluan. Harap maaf andai ia mengganggu minda sesetengah pembaca yang berbudi pekerti tinggi lagi mulia akhlaknya serta yang mementingkan adab sopan dalam berkarya"
•••♦◄♥►♦•••
Terbeliak mata kedua-dua remaja tersebut dek terpandang akan adegan tak senonoh yang sedang berlangsung di dalam. Ternyata, segala andaian mereka benar belaka.
Dari celahan jerejak besi di antara siling dan dinding stor, mereka nampak dengan agak jelas perlakuan Abang Hamdan dan salah seorang teammate mereka, Waled.
Budak form two itu seakan rela dan tak menolak segala permintaan juga kemahuan pembantu coach tersebut. Tiada langsung gerak tubuhnya menggambarkan yang dia tak suka diperlakukan sedemikian.
Tanpa disedari, pijakan kedua remaja itu pada susunan meja dan kabinet lama sedikit goyah. Kerana gabungan berat mereka yang hampir seratus kilogram, maka perabot lama lagi usang itu tak mampu menampungnya.
Patah berderai kaki meja lalu mereka berdua terhumban ke lantai simen bangunan stor tersebut. Mujur tiada kecederaan serius kerana kedua mereka sempat memegang pada tiang besi di koridor.
Namun bunyi berdentum akibat nahas itu membuatkan dua manusia di dalam terkejut dan cemas. Cepat-cepat mereka mengenakan semula pakaian dan duduk diam menanti penuh debaran.
Haris dan Elliot Tan juga pantas bangun lalu berlari bersembunyi di sebalik rimbunan pokok bunga di tepi pagar.
"Wey, ape arr malangnya nasib kita, ekk? Tengah syok dok skodeng, boleh plak jatuh terpelanting," rungut Haris sambil mengusap lututnya yang nampak kemerahan.
"Ye arr. Tapi mujur gak kita tak cedera parah, kan? Nasib baik tak le tinggi sangat kita jatuh tadi."
"Elliot, kau rasa dia orang sedar dan dengar tak time kita jatuh tu?"
"Mana plak tak tau? Kuat bunyinya dan kalau dia orang keluar periksa, sure akan nampak almari dan meja tu patah berselerak."
"Celaka punya Abang Hamdan. Rupanya selama ini dia pun sama je ngan Cikgu Hanif tu. Cam pepatah ade mengatakan, harapkan pagar, pagar makan padi. Serupa musang berbulu ayam."
"Ris, kau rasa ape reaksi Ryan kalau dia tau pasal Abang Hamdan dan Waled?"
"Dah tentu arr dia marah dan sure akan buat plan nak kenakan Abang Hamdan plak nanti."
"Nampaknya dia orang berdua tak keluar pun dari stor tu. Mungkin takut dan sama dok sembunyi cam kita, kot? Jom kita belah sebelum dia orang sedar dan check kat luar ni," ajak Elliot Tan.
Mereka meninggalkan kawasan tersebut penuh berhati-hati. Budak Cina itu tak henti-henti mengomel dan mengutuk akan gelagat memualkan Abang Hamdan sebentar tadi.
.•••♦◄♥►♦•••
Ryan merenung tajam wajah Reza, menunggu penjelasan.
"Kau tau, Ryan? Dulu, aku pun belajar kat sekolah kau gak tapi cuma setakat form three je. Aku tak sempat pun nak ambik SRP kat sekolah tu sebab di awal tahun, aku mintak tukar sekolah.
"Kau nak tau kenapa? Aku boleh citerkan tapi ngan syarat, kau jangan menafikan atau cuba nak menyebelahi sesiapa, okey? Aku nak kau dengar ape yang nak aku cakapkan ni ngan hati yang terbuka.
ANDA SEDANG MEMBACA
• kuci𝓃g lorong •
Teen Fiction• 𝓬𝓸𝓶𝓹𝓵𝓮𝓽𝓮𝓭 • Kisah seorang remaja gigih lagi cekal dalam mendepani segala rintangan demi adik tiri juga kekawannya. Dia berusaha untuk menggembirakan si adik biar dengan apa cara pun. Namun ada yang tak memandang & menghargai segala jerih...
