• 𝓬𝓸𝓶𝓹𝓵𝓮𝓽𝓮𝓭 • Kisah seorang remaja gigih lagi cekal dalam mendepani segala rintangan demi adik tiri juga kekawannya. Dia berusaha untuk menggembirakan si adik biar dengan apa cara pun. Namun ada yang tak memandang & menghargai segala jerih...
"Andai terdapat babak, dialog, ayat atau perkataan kurang sopan, lucah, kesat atau terlampau di bawah ini, harap pembaca berfikiran terbuka. Itu semua perlu untuk menghidupkan karya aku. Namun semuanya aku persembahkan secara terkawal & tak keterlaluan. Harap maaf andai ia mengganggu minda sesetengah pembaca yang berbudi pekerti tinggi lagi mulia akhlaknya serta yang mementingkan adab sopan dalam berkarya"
•••♦◄♥►♦•••
Abang Remo dan Suchart bergegas menuju ke rumah kedai dua tingkat di Jalan Serawa, di mana mereka menempatkan beberapa orang budak suruhan warga asing, termasuklah Emjaroen dan Chalerm.
"Tiar, mana bebudak kita? Takkan tak ade sorang pun yang dah balik? Dah dekat pukul sembilan ni."
Abang Remo bertanya cemas sambil merenung tajam wajah Bakhtiar Naga, orang suruhannya yang ditugaskan menjaga dan menyelia tempat tersebut.
Dia memerhati sekeliling. Tiada langsung kelihatan bebudak suruhan mereka yang seramai sebelas orang itu.
"Belum balik lagi. Biasa le, dekat tengah malam nanti baru client hantar dia orang. Kenapa kau ni? Nampak cemas dan kalut je?" balas Bakhtiar Naga, hampir terpelanting rokok yang dihisapnya dek terkejut.
Suchart tak bertangguh menceritakan duduk perkara sebenarnya tentang kejadian malang yang menimpa salah seorang budak mereka petang tadi.
Pucat pasi wajah Bakhtiar Naga kerana tak menyangka perkara itu boleh berlaku. Sudah lama mereka menjalankan aktiviti haram ini tanpa ditimpa sebarang kejadian tak diingini.
"Habis, ape kita nak buat, Remo?" dia bertanya, cemas dan terketar-ketar.
"Begini, aku nak kau batalkan semua booking untuk dua tiga hari ni. Sementara itu, kau kurung dia orang semua sampai kes ni tenang. Jangan bagi bebudak kita keluar macam selalu, faham?" ingat Abang Remo.
Bakhtiar Naga terangguk-angguk.
"Satu lagi, aku nak kau kira dan check siapa yang tak ade dan budak mana yang dibooking oleh client mat salih hari ni," sampuk Suchart.
"Hmm.. pasal kira tu boleh, tapi pasal client mat salih tu susah sikit. Hari ni je ade lebih kurang lima orang mat salih yang bawak budak kita keluar, jalan-jalan dan shopping," balas Bakhtiar Naga, sugul.
"Em dan Chalerm siapa yang booking hari ni?" keras Abang Remo bertanya.
"Kalau tak silap aku, dia orang berdua pun keluar dengan client mat salih."
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Jawapan tersebut membuatkan Abang Remo makin risau. Wajahnya pucat. Dia tak sanggup kehilangan kedua budak Siam yang dianggap lubuk emas bagi kegiatan haram mereka.