ACHTUNG
"Andai terdapat babak, dialog, ayat atau perkataan kurang sopan, lucah, kesat atau terlampau di bawah ini, harap pembaca berfikiran terbuka. Itu semua perlu untuk menghidupkan karya aku. Namun semuanya aku persembahkan secara terkawal & tak keterlaluan. Harap maaf andai ia mengganggu minda sesetengah pembaca yang berbudi pekerti tinggi lagi mulia akhlaknya serta yang mementingkan adab sopan dalam berkarya"
•••♦◄♥►♦•••
• • Hmm, akhirnya siap gak chapter 66 ni. Sebenarnya mood aku agak merudum. Dapat mengarang sikit je tiap hari walaupun idea tu sentiasa ade dalam minda ni. Sorry kepada para pengikut setia KL ni. Harap korang faham, ekk? So, jangan buang masa, layan je dengan hati yang gumbira, kay? 😉
•••♦◄♥►♦•••
Ryan sampai di rumah sekitar jam sepuluh dua belas dengan bas. Hujan sudah berhenti, namun kedinginan masih terasa.
Terus saja dia masuk ke rumah. Ejon tiada di mana-mana. Mungkin sedang berada di taman permainan menunggang BMX idamannya itu.
Ryan menanggalkan pakaiannya untuk mandi membersihkan diri. Baru dia sedar yang ada kedapatan percikan darah pada tubuh serta pakaiannya, terutama seluar jeans nya.
Tak hairanlah, di dalam bas tadi, sang konduktor sempat menjeling akan dirinya yang nampak tak terurus, keliru serta moyok. Mungkin lelaki itu perasan ada sesuatu yang tak kena tatkala melihat kesan darah kering tersebut.
"Adik ni mai dari mana? Ade darah terpercik di lengan dan kat leher ni, adik sembelih ayam ke tadi?" tanya konduktor tersebut.
"Eh, tak. Saya jatuh basikal," pendek jawapan Ryan, berbohong. Mujur dia cepat mendapat idea.
Dia bernasib baik kerana waktu ini tak ramai penumpang. Tambahan pula, tadi hujan lebat menyirami seluruh pulau. Orang ramai masih lagi enak beradu serta bermalasan di rumah masing-masing.
Selesai mandi, Ryan merebahkan tubuh di katil dengan hanya tuala putih membalut tubuh kekarnya.
Selepas apa yang berlaku pagi ini, dia cuba mengenang semula dan menilai akan akibat terhadap dirinya, juga kekawannya.
Biarpun di awal tindakannya itu dia merasa puas dan lega kerana berjaya melunasi dendam, namun, hakikatnya dia gementar kini.
Apa yang bakal dia hadapi dek tindakan tersebut? Apa pula kesannya terhadap orang-orang di sekelilingnya? Terutama kekawan baiknya? Juga, nama sekolah mereka akan 'terkenal' seantero* negara kerana kes ini bakal menarik minat pihak akhbar serta stesen televisyen tempatan.
Pihak berwajib juga pasti akan melakukan sasatan kerana yang terlibat itu seorang kakitangan awam yang berkerjaya dalam bidang yang dihormati.
Akan heboh satu negara dek perangai jahatnya yang berani melanggan pelacur hingga dibawa balik ke rumah. Itupun jika Cikgu Hanif melaporkan seperti apa yang disuruhnya.
Tapi kalau coach miang itu menceritakan hal sebenar? Sudah tentu dia pun akan diheret sama dalam situasi gawat ini.
"Arghh."
Ryan menjerit sambil mengepal penumbuk. Itu cara dia meluahkan segala apa yang terbuku di hati.
"Biar arr ape nak jadi pun. Aku dah nekad dan sanggup hadapi, asalkan cikgu sial tu dapat balasan. Aku akan terima semua dugaan yang mendatang ni. Alang-alang seluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan," jeritnya.
YOU ARE READING
• kuci𝓃g lorong •
Novela Juvenil• 𝓬𝓸𝓶𝓹𝓵𝓮𝓽𝓮𝓭 • Kisah seorang remaja gigih lagi cekal dalam mendepani segala rintangan demi adik tiri juga kekawannya. Dia berusaha untuk menggembirakan si adik biar dengan apa cara pun. Namun ada yang tak memandang & menghargai segala jerih...