Chapter 53 - Tujuh Budak Botak Dipukul Hingga Lembik & Termuntah Dalam Bilik Air

683 31 36
                                    

ACHTUNG

"Andai terdapat babak, dialog, ayat atau perkataan kurang sopan, lucah, kesat atau terlampau di bawah ini, harap pembaca berfikiran terbuka. Itu semua perlu untuk menghidupkan karya aku. Namun semuanya aku persembahkan secara terkawal & tak keterlaluan. Harap maaf andai ia mengganggu minda sesetengah pembaca yang berbudi pekerti tinggi lagi mulia akhlaknya serta yang mementingkan adab sopan dalam berkarya"

•••♦◄♥►♦•••

MINI UPDATE JE.. moga terhibur!

• • Pergh.. tajuk! Sungguh simbolik & bermetafora, kan? Siapa faham, faham. Yang tak faham tu, buat-buat faham je lah, ekk? Tapi sesetengah readers  tentu tersengih faham, kan? Lantak le, aku makin merapu sejak kebelakangan ni.. hee  😜

•••♦◄♥►♦•••

PENGUMUMAN : Teaser  pertama 'Bebudak Bukit' (BbB) aku dah publish  pun. Cer korang pegi jenguk & layan dengan hati yang teruja! 😋

•••♦◄♥►♦•••

"Duty  malam lagi ke, Pak Mail?" tanya Inspektor Halimah tatkala terserempak dengan orang bawahannya itu di pintu keluar.

Sekarang dah jam lapan dua minit malam. Di luar, kegelapan mula menyelubungi. Namun, ia merupakan permulaan bagi aktiviti sesetengah manusia yang pada siang harinya berehat.

"Eh, puan. Tak ade lah, saya dah nak balik ni. Terlewat sikit sebab ade urusan tadi.. he he."

Konstabel Ismail tersengih sambil mencapai topi keledarnya di atas kaunter.

"Macam mana dengan kes budak yang Pak Mail cari tu? Dah tau kat mana sekolahnya?"

"Sekolah tu saya dah tau. Cuma nak cari orangnya yang susah sikit. Nama Iskandar Mustafa yang dia bagi tu bukan nama sebenar dia. Memang betul kata puan hari tu. Dia guna nama palsu.

"Tapi tak ape, saya akan cari dia sampai dapat. Walaupun saya ade komitmen lain, tapi kes budak tu akan tetap saya siasat sampai dia dapat kita tolong. Tak sanggup saya bayangkan nasib dia."

Inspektor Halimah mengangguk-angguk tanda setuju.

"Betul ke dia dari Sekolah Menengah Tanjung, macam Pak Mail cakap hari tu?"

"Hmm.. betul, puan. Saya yakin sebab saya dah siasat berpandukan lencana yang dia pakai tu."

"Oh, kalau sekolah tu memang saya tau sangat. Saya pernah ke sana sebab ade urusan kerja. Saya kenal Guru Besarnya, Encik Hashim Tukiman Hasenon, senegeri dengan saya tu."

"Eh, betul ke ni, Puan? Kalau macam tu, nanti bila ade masa, kita ke sana jumpak dia."

"Hmm.. tengok le nanti. Mungkin lepas selesai semua urusan saya dengan Pejabat Adun di Balik Pulau. Then, kita sama-sama ke sekolah tu, ye?"

Konstabel Ismail mengangguk sambil tersenyum.

"Ape khabar adik Puan, si Suki tu? Masih lagi dok dengan Puan ke?"

"Dia baik je. Ya, masih lagi tinggal dengan saya. Sekarang ni dia dah masuk form six. Mulanya dia malas, tak nak. Katanya, nak cari kerja kat bandar ni.

"Tapi saya paksa dia untuk ambil STPM. Buat ape cari kerja dengan bermodal sijil SPM Gred Dua tu, kan? Untung-untung kalau dia dapat result  cemerlang dalam STPM nanti, boleh jugak dia apply  untuk masuk polis ke?"

• kuci𝓃g lorong •Where stories live. Discover now