Chapter 27 - Melawat Elliot Tan & Melakar Pelan Penuh Sinister

986 43 55
                                        

ACHTUNG!

" Andai terdapat babak, dialog, ayat atau perkataan kurang sopan, lucah, kesat atau terlampau di bawah ini, harap pembaca berfikiran terbuka. Itu semua perlu untuk menghidupkan karya aku. Namun semuanya aku persembahkan secara terkawal & tak keterlaluan. Harap maaf andai ia mengganggu minda sesetengah pembaca yang berbudi pekerti tinggi lagi mulia akhlaknya serta yang mementingkan adab sopan dalam berkarya "

•••♦◄♥►♦•••

• • Hmm.. sekali lagi tak kesampaian nak buat Mini Update. Asyik sangat dok mengarang terus terbabas hingga lebih 3,400 words. Layan je arr.. hee

•••♦◄♥►♦•••

Ryan selesai mandi tatkala azan subuh berkumandang dari surau di pinggir kawasan setinggan mereka.

Emaknya belum bangun kerana itulah rutinnya sejak lama. Seingat Ryan, saban hari sebelum ke sekolah, dia tak pernah merasa bersarapan hasil air tangan emaknya.

Namun dia pasrah, kehidupannya tidak seperti remaja normal atau anak-anak orang lain yang menjadi kesayangan ibu bapa.

Selesai solat, dia termenung mengenangkan untung nasib diri. Tentang apa yang berlaku ke atasnya sejak kebelakangan ini. Sempat juga tadi dia memanjatkan doa, agar kehidupannya berubah nanti.

Tak lupa, dia meminta agar dirinya kuat menghadapi apa saja dugaan yang mendatang. Dan tabah menjalani liku-liku kehidupan yang seakan tak pernah berpihak kepadanya ini.

Dia juga berharap agar dirinya yang kerdil ini mampu menepis dan terhindar dari melakukan perkara-perkara keji dan terlarang. Namun, dia mengaku yang itu amat sukar untuk direalisasikan. 

Apatah lagi dengan segala macam dugaan yang menghentamnya bertali arus tak henti. Wajah Haris, Ezai, Elliot Tan, Faris, Adil juga Ejon silih berganti, muncul menerpa masuk ke kotak fikirannya.

Bila terbayang akan mereka yang disayanginya itu, sayu dan hampir menitis air matanya. Dugaan tak memilih usia, juga latar belakang mereka. Ia datang tanpa dipinta dan tak mudah nak dielak. 

Dia berpaling memandang adik tersayang yang masih terlentang lena. Budak naif itu hanya berboxer  nipis, seakan tersenyum, mungkin sedang diulit* mimpi indah di pagi dingin ini.

Ryan menyelimutkan adik tirinya penuh kasih sayang. Dahi dan pipi mulus budak itu diusap dan dikucup ikhlas. Dia langsung merenung wajah innocent  adiknya dengan pandangan sayu.

"Ejon, abang tak akan biarkan Ejon hidup susah. Abang sanggup berkorban ape je untuk Ejon, ye dik? Walaupun bermacam dugaan yang kita hadapi, abang tetap akan bersama Ejon," gumamnya seraya mengesat air mata.

•••♦◄♥►♦•••

Ryan merenung kerusi Elliot Tan yang masih kosong. Loceng baru saja berbunyi menandakan period  pertama untuk pagi ini.

Haris, Marzuki juga kekawan lain bersiap sedia menunggu Cikgu Nurdin, guru Sejarah yang terkenal tegas dan banyak pula karenahnya.

"Hmm.. nampaknya tak datang lagi kawan Cina kita ni. Teruk sangat ke sakit dia tu, ekk?" getus Marzuki seraya memandang wajah Ryan dan Haris.

• kuci𝓃g lorong •Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang