Chapter 36 - Terselamat Lagi, Dilema Ejon & Cerita Haris

755 43 64
                                    

ACHTUNG!

"Andai terdapat babak, dialog, ayat atau perkataan kurang sopan, lucah, kesat atau terlampau di bawah ini, harap pembaca berfikiran terbuka. Itu semua perlu untuk menghidupkan karya aku. Namun semuanya aku persembahkan secara terkawal & tak keterlaluan. Harap maaf andai ia mengganggu minda sesetengah pembaca yang berbudi pekerti tinggi lagi mulia akhlaknya serta yang mementingkan adab sopan dalam berkarya "

•••♦◄♥►♦•••

• • Sorry  sebab lambat update. Aku betul-betul sibuk sejak dua menjak ni. Mungkin seminggu sekali je akan dapat update  KL & BB. Tapi ade ke peminat citer KL ni? Cam sunyi je kat sini & mungkin gak tak ade yang bace, kan? Kalau ade tunjukkan diri.. hee.

•••♦◄♥►♦•••

"Puan, macam mana kalau kita jumpak cikgu besar di setiap sekolah sekitar bandar ni? Kita maklumkan kat dia orang pasal budak lelaki tu. 

"Tentu ade yang boleh tolong kita atau setidak-tidaknya boleh hebahkan kat pelajar lain. Dengan cara itu, mungkin ade yang kenal budak yang datang buat report  tadi, kan? Okey tak idea saya ni?"

Konstabel Ismail mengusulkan. Dia berharap akan mendapat perhatian pegawai atasannya itu.

"Hmm.. saya rasa pendapat Pak Mail tu tak kena sebab, kalau kita hebahkan kat semua cikgu besar, dah tentu akan kecoh jadinya. Saya rasa budak tu tak bersedia lagi nak tonjolkan diri depan umum.

"Tengok je tadi, dia terus belah tanpa sempat kita ambik maklumat, kan? Lagi pun, mungkin dia malu kalau kekawan sekolah tau pasal kes dia. 

"Dan satu lagi. Lelaki yang dia dakwa ambik gambar dia tu pun mungkin akan waspada dan larikan diri bila berita ni tersebar. Itu akan menyukarkan kita nak jejak dan cekup dia nanti, betul tak?

"Dia jugak ade peluang nak sorokkan bukti atau lakukan sesuatu pada mangsa. Kita tak nak ape-ape perkara buruk berlaku sebelum kita kenal dan kesan budak tu."

Sehabis berkata-kata, Inspektor Halimah tersengih memandang Konstabel Ismail. Lelaki itu mengerutkan muka, mungkin berfikir akan logiknya pendapat tersebut.

"Hmm.. nampaknya banyak lagi yang saya kena belajar tentang cara-cara nak korek rahsia dari bebudak ni, ye? Kalau macam tu, tak ape, saya akan keluar meronda ke sekolah-sekolah macam yang puan cakapkan tadi.

"Saya harap, akan ade perkembangan yang boleh bawak kita ke arah kes ni. Kalau betul dakwaan budak tu, kita kena tolong dia dengan ape cara pun. Mungkin ade lagi bebudak lain yang terlibat sama, kesian dia orang," ujar Konstabel Ismail, bersimpati.

"Hmm.. betul tu Pak Mail. Berurusan dengan bebudak atau remaja, kita kena bersabar dan jangan terburu-buru. Tambah lagi kalau kes yang jarang kita jumpak macam ni. Saya yakin, kita akan dapat jugak kesan budak tu.

"Harap-harap, dia akan datang semula buat report. Tapi kalau sebaliknya, kita kena le lipat gandakan usaha, ye? Ape pun, nanti saya akan pesan kat staff  yang jaga bahagian kaunter dan di pondok pengawal.

"Mujur jugak sekarang ni saya tak berapa sibuk. Boleh le tumpukan pada kes budak lelaki tu. Memang betul anggapan Pak Mail tadi yang mungkin ade budak lain terlibat sama. So, kita kena mulakan usaha dengan segera.

"Esok, Pak Mail jumpak sketch artist  kita dan buat satu foto budak tu. Tapi saya tak akan hebahkan lagi, cuma beberapa orang dari unit saya yang akan diberi tugas kesan budak tu. Pak Mail pun akan saya masukkan dalam team  tu nanti, okey?"

• kuci𝓃g lorong •Where stories live. Discover now