Chapter 20 - Ryan Membaran

1K 43 57
                                    

ACHTUNG

" Andai terdapat babak, dialog, ayat atau perkataan kurang sopan, lucah, kesat atau terlampau di bawah ini, harap pembaca berfikiran terbuka. Itu semua perlu untuk menghidupkan karya aku. Namun semuanya aku persembahkan secara terkawal & tak keterlaluan. Harap maaf andai ia mengganggu minda sesetengah pembaca yang berbudi pekerti tinggi lagi mulia akhlaknya serta yang mementingkan adab sopan dalam berkarya"

•••♦◄♥►♦•••

Jam dua petang, Ejon mengayuh basikalnya pulang dengan penuh keceriaan. Manakan tidak? Tiga ratus ringgit kini dalam poketnya.

Ditambah dengan dua ratus yang dia dapat semalam, dah jadi lima ratus dalam simpanan. Itu lebih dari cukup untuk membeli basikal BMX  biru idamannya.

Terus dia memecut laju ke kedai basikal yang disinggahinya tempoh hari, namun dia hampa kerana hari ini Ahad, kedai itu tutup.

"Tak ape, nanti aku akan ajak Adil datang sama. Aku gak akan belanja dia beli kasut idaman dia tu kalau ade duit baki.. he he," gumam Ejon riang.

Dia singgah di sebuah pasar raya membeli dua helai t-shirt  berjenama Lotto. Satu untuknya dan satu lagi buat Ryan. Sebagai balasan kerana dia mengambil t-shirt  pemberian Faris kepada abangnya itu tempoh hari.

Kemudian, dia menuju ke restoran untuk membeli dua bungkus nasi lemuni berlaukkan rendang ayam dan bawal goreng buat abang tersayang.

"Hmm.. Abang Ryan memang suka nasi lemuni Makcik Hendon ni. Sure  dia tersengih seronok dan berselera je makan nanti," gumamnya.

Pagi tadi, dia dah berjanji akan membeli apa-apa makanan untuk mereka berdua nikmati bersama setelah dia pulang dari kerja.

Ryan memaklumkan yang dia akan duduk di rumah sahaja memandangkan tiada apa-apa perancangan hari ini. Dia hanya nak bersantai dan menonton televisyen sementara menunggu Ejon.

Emak mereka, awal-awal pagi lagi dah keluar bekerja. Overtime  seperti biasa.

Ejon berbelanja mewah sedikit hari ini disebabkan habuan lumayan yang dia dapat tadi. Tak sabar dia nak melihat reaksi Ryan bila membawa balik rezeki yang menyelerakan juga baju tersebut.

Dia langsung tak mengetahui akan musibah apa yang sedang menimpa abangnya saat ini.

Setiba di rumah, dia hairan kerana abangnya tak kelihatan di mana-mana. Puas dia mencari serata tempat namun hampa.

"Ke mana plak Abang Ryan ni? Tadi janji tak nak ke mana-mana, nak relaks kat rumah je," gumamnya.

Dia cepat-cepat ke rumah Adil. Mungkin Ryan ada berborak dengan kawan baiknya itu sementara menunggu dia balik dari kerja.

"Tak nampak pun abang kau hari ni. Aku dok kat rumah je buat homework  dan tengok TV. Mungkin dia ade kat restoran kot?" jawab Adil tatkala ditanya Ejon.

"Hari ni kan Ahad? Restoran tutup arr. Abang Ezai plak sure  ade kat rumah dia time  ni. Kat mana lagi aku nak cari abang aku tu? Mula aku rasa tak sedap hati ni," rengek Ejon.

"Ish, nape kau ni? Abang kau tu dah besar arr. Dia tau ape dia buat. Jangan plak kau nak risau sampai cam ni. Ape kata kita pegi sekolah dia? Mungkin dia ade kat padang.

"Dia penat practice  hoki dan tak larat nak balik cam hari tu. Nanti aku tukar baju, kita pegi cari dia sama-sama, ekk?" pujuk Adil, guna nak menenteramkan kawan baiknya.

• kuci𝓃g lorong •Where stories live. Discover now