Chapter 5 - Faris Yang Menjengkelkan

1.1K 46 13
                                    

ACHTUNG!

Andai terdapat babak, dialog, ayat atau perkataan kurang sopan, lucah, kesat atau terlampau di bawah ini, harap pembaca berfikiran terbuka. Itu semua perlu untuk menghidupkan karya aku. Namun semuanya aku persembahkan secara terkawal & tak keterlaluan. Harap maaf andai ia mengganggu minda sesetengah pembaca yang berbudi pekerti tinggi lagi mulia akhlaknya serta yang mementingkan adab sopan dalam berkarya"

•••♦◄♥►♦•••

Selepas Fahmi beredar, Ryan dan Ezai sama-sama mengemas. Mengelap meja dan menyusun kerusi.

"Kau nak makan ke? Hari ni banyak gak lauk yang tinggal, kau nak ape? Ayam, kambing atau puyuh? Nanti aku ambilkan," pelawa Ezai setelah selesai mengemas.

"Okey, boleh gak. Aku nak puyuh ngan kambing dan nasik dalca," jawab Ryan. 

Lantas mereka berdua makan sambil berborak-borak penuh santai.

"Ryan, nanti kita pi tengok wayang show  pukul sebelas, nak tak?" 

"Hmm.. boleh gak tu. Dah lama kita tak tengok wayang, kan? Kau nak belanja aku ke?"

Ada raut teruja pada wajah Ryan.

"Okey arr, memandangkan aku ni dah keje, terpaksa aku belanja kau tapi kalau kau dapat upah dari Pak Murtaza nanti, kau plak belanja aku." 

"Tak jadi hal. Kalau aku ade duit, bukan setakat belanja tengok wayang je tapi ape yang kau nak aku akan bagi."

"Memang best  arr kawan ngan kau ni, Ryan. Aku tak rugi ape-ape pun." 

Selesai menutup dan mengunci restoran, mereka naik ke bilik di tingkat dua. Berehat sejenak melepaskan lelah, mandi dan bersiap.

Jam sepuluh setengah, mereka keluar ke bandar dengan berbasikal saja, memandangkan jarak restoran dan pusat bandar cuma dua kilometer.

Mereka menonton di panggung Rex, filem 'The Goonies'  yang memang tengah hot  ketika ini. 

Walaupun tayangan hampir tengah malam, namun penonton seramai di tayangan siang hari, sementelah, esok hari cuti.

Mujur dapat juga Ezai membeli tiket walau jenuh dia berebut di kaunter.

•••♦◄♥►♦•••

"Nanti aku nak bawak Ejon tengok filem ni, best  sesangat. Aku sure  Ejon pun akan suka gak," kata Ryan tatkala mereka keluar dari panggung dua jam kemudiannya.

Mereka tak terus pulang tapi melepak di tepi laut berhampiran terminal feri melihat keindahan tanah besar di waktu malam. 

Masih ramai lagi manusia yang berkeliaran dan berbisnes pada waktu selewat ini.

"Macam mana kau boleh kenal Fahmi tu? Kau tak pernah pun citerkan pasal dia kat aku."

Ryan memulakan bicara tatkala mereka melabuhkan punggung pejal masing-masing di bangku kayu.

"Baru je dalam dua bulan lebih. Dia selalu datang ke restoran dan suka sesangat nasik lauk kampung masakan Makcik Sakinah tu.

"Dia selalu gak ajak aku berbual-bual kalau aku tak berapa sibuk. Lepas tu terus kami jadi kawan," jawab Ezai.

"Dia dah tak sekolah ke? Kat mana dia tinggal? Mak bapak dia keje ape ? Aku tengok dressing  dia power, sure  anak lord . Gaya dan muka dia pun bersih dan kemas semacam je." 

• kuci𝓃g lorong •Where stories live. Discover now