Chapter 64 - Meriah Di Restoran Pandan Wangi Bertemu Rafiq Si Anak Mami

625 30 40
                                    

ACHTUNG

"Andai terdapat babak, dialog, ayat atau perkataan kurang sopan, lucah, kesat atau terlampau di bawah ini, harap pembaca berfikiran terbuka. Itu semua perlu untuk menghidupkan karya aku. Namun semuanya aku persembahkan secara terkawal & tak keterlaluan. Harap maaf andai ia mengganggu minda sesetengah pembaca yang berbudi pekerti tinggi lagi mulia akhlaknya serta yang mementingkan adab sopan dalam berkarya"

•••♦◄♥►♦•••

• • Selamat berpuasa kepada semua readers. Walaupun puasa, aku tetap gak sambung citer 'KL' ni kerana ade yang setia menunggu update  terbaru. Lagipun, isi kandungannya bukan lucah terlampau, cuma ringan-ringan je, kan? Budak taraf tadika pun boleh bace tanpa bimbingan mak bapak.. hee. 

• • Hmm, agak lama citer ni senyap, rasa-rasa dah lebih tiga bulan, kan? So, aku tak nak buang masa korang. Just  layan je chapter  yang mengujakan ni. Akhir kata, terimalah pantun ini,

"Kalau asyik makan kurma, ingat-ingat le kat author  sama"  😁

• • Ops, ade lagi. Satu watak baru aku perkenalkan kat korang. Rafiq, anak mami yang jadi mangsa Cikgu Hanif tu. Pergh.. comel giler, ngalahkan semua hero Bollywood, Kollywood & Tollywood.. hee 😍

•••♦◄♥►♦•••

Bila Pak Murtaza muncul sekitar jam sepuluh setengah, cepat-cepat Ezai bersemuka dengan orang tua itu. Dia meminta maaf dengan alasan ada perkara yang mengganggunya awal pagi tadi.

Namun, perihal mimpinya, juga tentang kejadian yang menimpa Ryan serta bebudak lain tak diceritakan. Dia berpegang pada pesanan Ryan agar merahsiakan masalah tersebut dari pengetahuan orang lain, terutama orang-orang dewasa yang dekat dengan mereka.  

"Ya lah, pakcik maafkan Ezai. Mari kita lupakan pasal tu. Mulai sekarang, Ezai kena fikir dan tumpukan pada pelajaran. Minggu depan nak masuk sekolah balik, kan? Nanti kita pergi beli kelengkapan sekolah Ezai tu," ujar Pak Murtaza, lembut.

Ezai mengangguk penuh terharu.

"Tapi uniform sekolah saya masih elok lagi, rasanya. Tak payah arr pakcik beli," balasnya.

"Yang lain-lain?"

"Buku-buku mungkin saya akan dapat bantuan nanti. Cuma peralatan sampingan dan beg sekolah je yang mungkin kena beli. Beg lama, saya dah bagi kat adik saya hari tu."

"Hmm, kalau macam tu. Nah, ambik duit ni. Ezai pi beli sendiri, ye?"

Pak Murtaza menyuakan not lima puluh ringgit.

"Eh, tak payah susah-susah, pakcik. Saya pun ade duit simpanan."

"Jangan macam tu, Ezai. Duit Ezai tu simpan je buat guna masa terdesak nanti. Pakcik bagi ikhlas ni. Kalau tak ambik, kecik hati pakcik."

Akhirnya Ezai mengalah. Dia menerima pemberian Pak Murtaza.

"Terima kasih, pakcik."

Terharu dan sebak nadanya sambil bersalam dengan lelaki tersebut.

"Dah. Sekarang ni pi buat kerja. Kejap lagi ramai pelanggan datang."

"Nanti kalau saya sambung sekolah, siapa nak gantikan saya di sini?"

"Itu Ezai jangan bimbang. Pandai-pandai le pakcik uruskannya nanti. Ramai je yang nak kerja kat restoran pakcik ni. Cuma pakcik tak dapat nak ambik semua sebab ini bukan restoran besar. Pendapatan pun tak menentu, kan?" 

• kuci𝓃g lorong •Where stories live. Discover now