Chapter 60 - Siasatan Sedang Dijalankan & Makin Ramai Mangsa Memunculkan Diri

583 27 9
                                    

ACHTUNG

"Andai terdapat babak, dialog, ayat atau perkataan kurang sopan, lucah, kesat atau terlampau di bawah ini, harap pembaca berfikiran terbuka. Itu semua perlu untuk menghidupkan karya aku. Namun semuanya aku persembahkan secara terkawal & tak keterlaluan. Harap maaf andai ia mengganggu minda sesetengah pembaca yang berbudi pekerti tinggi lagi mulia akhlaknya serta yang mementingkan adab sopan dalam berkarya"

•••♦◄♥►♦•••

"Kak Imah sekarang ni dok siasat kes budak yang mati kena bunuh dalam tong sampah tu ke?"

Terkejut juga Inspektor Halimah tatkala ditanyai sedemikian ketika melangkah masuk ke rumah. Terpandang adiknya, Suki, sedang duduk melenggak* di sofa ruang tamu.

"Eh, pandainya kau? So, sekarang dah nak ambil tau hal kerja akak pulak ke?"

"Tak ade arr. Ini hah, Suki terbaca dalam paper  kes tu. Ade gambar akak sekali. Nampak bergaya dan serius je, macam heroin filem Hindustan, Hema Malini tu.. he he." 


"Wah, gelak-gelak lagi

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Wah, gelak-gelak lagi. Itu kes serius le, libatkan nyawa budak. Jangan buat persenda, ye?"

"Ops, sorry, kak."

"Mana? Beri akak tengok paper  tu. Amboi, bukan main pantas media dan reporter  buat kerja. Harap-harap tak ganggu siasatan kami dengan andaian dan maklumat yang bukan-bukan."

Suki menyuakan akhbar yang sedang dibacanya itu kepada si kakak.

"Hmm, tak perasan pun akak bila dia orang ambik gambar ni. Memang nampak bergaya, kan? Lagi-lagi Konstabel Ismail tu. Tapi kes yang kami sedang siasat ni bukan sembarangan. Ia banyak bagi kesan emosional kat kami."

"Ape le malang nasib budak tu? Kesian, kan? Tentu mak bapak dia boleh jadi gila. Polis dah tau ke siapa yang punya kerja tu, kak?"

"Eh, ini hal polis, tak payah kau nak ambik tau. Buat je kerja kau, belajar dan jangan nak merayap malam-malam. Kot nanti nasib kau pun akan sama jugak macam budak tu."

"Suki ni dah besar le, kak. Tau mana baik mana buruk. Tak akan layan dan terima ajakan orang dewasa lain. Tambah-tambah, orang yang kita tak kenal."

"Yea lah, kau tu besar luar dalam. Tapi benda kalau dah nak jadi, bila-bila masa je boleh kena kat kau. Jangan pulak kau ambik mudah semua tu, Suki. Hidup dalam bandar besar macam ni, kena selalu hati-hati."

"InsyaAllah, kak. Setakat hari ni Suki masih dapat bezakan mana baik, mana buruk. Jangan le akak risau."

"Hah, kau tak nak keluar ke malam ni? Selalunya, time  akak balik je kau dah lesap."

"Tak ingin nak ke mana pun malam ni. Nak dok kat rumah sambil tengok TV dan study  je. Lagipun, Suki keluar selalu tu bukannya pergi enjoy  dan merayap tanpa tujuan. Cuma jumpak kekawan dan makan-makan di restoran dekat-dekat sini je."

• kuci𝓃g lorong •Where stories live. Discover now