ACHTUNG
"Andai terdapat babak, dialog, ayat atau perkataan kurang sopan, lucah, kesat atau terlampau di bawah ini, harap pembaca berfikiran terbuka. Itu semua perlu untuk menghidupkan karya aku. Namun semuanya aku persembahkan secara terkawal & tak keterlaluan. Harap maaf andai ia mengganggu minda sesetengah pembaca yang berbudi pekerti tinggi lagi mulia akhlaknya serta yang mementingkan adab sopan dalam berkarya"
•••♦◄♥►♦•••
SORRY, LEWAT PUBLISH sebab aku dok berkira-kira nak masukkan babak terlampau ke tak. Then, bila nak on je, teringat plak guidelines kat sini, so terpaksa arr aku edit balik semua tu. Hasilnya, cam yang dapat korang bace kat bawah ni. Biase biase je.. 😔
•••♦◄♥►♦•••
• • Pergh.. panjang giler kan tajuk chapter kali ni? Isi pun panjang gak sebab aku tengah mood seronok time ni. Layan je dengan hati yang gumbira. Tapi awas, walaupun dah edit, masih ade banyak perkataan, dialog & ayat lucah dalam chapter ni. Bukan ape, sesaja nak lepaskan geram! 😤 Tapi, dalam lucah, ade gak ilmu & pengetahuan yang dapat korang manfaatkan.. hee.
Lagi pun, itu semuanya realiti bagi remaja lelaki yang normal bila berborak sesama sendiri, kan? Tak ade lagi cakap berlapik, sopan santun & murni. Semuanya akan keluar selamba je dari mulut dia orang, termasuk arr dalam hal seks. Itu semua dari pengalaman aku sendiri.. hee. So, kepada pembaca di bawah usia 30 tahun, sila dapatkan bimbingan orang yang lebih dewasa, kay? 😉
• • Ade empat video lagu omputih yang hit & popular di era 80'an yang aku tempelkan dalam chapter kali ini. Banyak, kan? Semuanya untuk disesuaikan ngan jalan citer yang berlatarkan time tu. Setiap dekad, semestinya ade lagu-lagu tertentu yang popular & menjadi wadah buat para remajanya untuk berhibur & bersiul. So, layan je.. 😋
•••♦◄♥►♦•••
Sampai di rumah, Ejon terus saja masuk ke bilik.
Nasibnya baik. Ryan sedang mandi di bilik air. Jelas kedengaran deburan air serta suara abangnya bernyanyi riang lagu berirama country, 'Islands In The Stream'.
Emaknya pula tiada kerana ikut rombongan kilang seperti yang dimaklumkan kepada mereka kelmarin.
"Kat mana aku nak sorok album gambar ni? Kalau Abang Ryan nampak, teruk aku kena soal. Mungkin dia akan bagitau kat mak plak, naya aku," dia bergumam sambil duduk di birai katil.
Menyesal pula dia mencuri album gambar durjana itu. Sudahlah tak tahu mana nak disorokkan, tindakannya juga mungkin lambat laun akan disedari oleh Abang Remo.
Tentu lelaki itu akan mengamuk sakan bila menyedari hasil kerja mereka dah hilang. Abang Remo pasti akan menyiasat dan berkemungkinan, dia juga akan yang dikaitkan nanti.
Tapi, nasi dah jadi bubur. Dia tak boleh berpatah balik. Takkan nak pulangkan semula album gambar itu? Dan, bagaimana pula cara nak memulangkannya kerana dia dah tak bekerja di situ?
"Ah, ape nak jadi pun, jadi arr. Aku dah nekad. Hanya album ni je bukti untuk dakwa Abang Remo dan studio dia tu. Mungkin ngan cara ni aku akan dapat selamatkan Em, Chalerm dan bebudak lain.
ANDA SEDANG MEMBACA
• kuci𝓃g lorong •
Ficção Adolescente• 𝓬𝓸𝓶𝓹𝓵𝓮𝓽𝓮𝓭 • Kisah seorang remaja gigih lagi cekal dalam mendepani segala rintangan demi adik tiri juga kekawannya. Dia berusaha untuk menggembirakan si adik biar dengan apa cara pun. Namun ada yang tak memandang & menghargai segala jerih...
