ACHTUNG!
"Andai terdapat babak, dialog, ayat atau perkataan kurang sopan, lucah, kesat atau terlampau di bawah ini, harap pembaca berfikiran terbuka. Itu semua perlu untuk menghidupkan karya aku. Namun semuanya aku persembahkan secara terkawal & tak keterlaluan. Harap maaf andai ia mengganggu minda sesetengah pembaca yang berbudi pekerti tinggi lagi mulia akhlaknya serta yang mementingkan adab sopan dalam berkarya "
•••♦◄♥►♦•••
Ejon baru hendak mengayuh basikalnya pergi, bila tetiba terasa bahunya ditepuk seseorang dari belakang.
Dia menoleh dan terpandang seorang lelaki berkaca mata hitam tersengih ke arahnya. Tubuh lelaki itu tegap dan berkulit sedikit gelap.
"Hai dik. Abang tengok adik asyik dok perhati basikal BMX kat kedai tadi. Adik berminat ke ngan basikal tu?" tanya lelaki tersebut.
"Hmm.. memang saya suka sesangat BMX tu tapi budak sekolah cam saya ni mana arr mampu nak beli," jawab Ejon ramah walaupun dia tak mengenali lelaki yang menegurnya.
"Oh ya, biar abang perkenalkan diri. Nama abang Rosman, Rosman Ghaffor. Adik panggil je Abang Remo. Itu lak kereta abang," tambah lelaki itu.
Dengan bangganya dia menudingkan jari pada sebuah kereta di seberang jalan.
Ejon memerhati ke arah yang ditunjukkan oleh Abang Remo. Terpandang sebuah kereta yang sering menjadi idamannya tatkala berselisih dengan kenderaan jenis itu di jalan.
Sure abang ni kaya dan kerja besar.. fikir Ejon dalam hati.
"Saya Faizul, orang panggil Ejon je. Saya dok kat rumah setinggan sana tu," jawab Ejon tanpa menaruh sebarang syak kepada lelaki asing yang bermisai lebat itu.
"Adik sekolah tingkatan berapa? Dan nak ke mana pakai uniform sekolah time ni?" tanya Abang Remo.
Mata galaknya menjamah Ejon, atas bawah.
"Saya form one, sekolah sesi petang dan sekarang nak pi sekolah arr, saya dah lambat ni," jawab Ejon.
Dia tergesa-gesa nak mengayuh basikalnya. Peluh mula memercik di dahi dan rambutnya yang bersisir* rapi itu.
"Ala, tunggu arr kejap, abang nak cakap sikit ni," Abang Remo menahan.
Ejon tak jadi untuk mengayuh pergi. Dia memandang Abang Remo, curious.
"Adik boleh beli basikal tu dalam masa sebulan je kalau adik nak, dan abang boleh bagi jalan cam mana adik boleh dapat duit," kata Abang Remo terus membuatkan Ejon tertarik.
"Cam mana saya boleh dapat empat ratus dalam masa sebulan?"
"Bukan setakat empat ratus je. Abang rasa lebih dari itu adik boleh dapat, kalau adik mau le."
Wajah Abang Remo menyimpan seribu satu makna. Dia seolah dapat rasakan yang umpannya dah mengena. Budak sekolah ini pasti tak akan menolak.
"Cam mana lak tu? Saya tak faham arr."
"Abang ni ejen mencari bakat bebudak yang sebaya Ejon untuk jadi model memperaga pakaian kanak-kanak. Kami akan buat sesi fotografi kat sini dan hantar untuk dijadikan katalog ke luar negara, contohnya ke Thailand, Hong Kong, Denmark dan banyak lagi le.
"Muka adik ni abang tengok cute sesangat dan nampak pure Melayu. Sure adik akan dapat jadi model tu tanpa banyak soal daripada bos abang. Abang rasa, bos abang tu pun akan turut bersetuju ngan ape yang abang cakapkan ni.
YOU ARE READING
• kuci𝓃g lorong •
Roman pour Adolescents• 𝓬𝓸𝓶𝓹𝓵𝓮𝓽𝓮𝓭 • Kisah seorang remaja gigih lagi cekal dalam mendepani segala rintangan demi adik tiri juga kekawannya. Dia berusaha untuk menggembirakan si adik biar dengan apa cara pun. Namun ada yang tak memandang & menghargai segala jerih...