Chapter 28 - Bukan Semua Cikgu Macam Tu (Mini Update)

925 40 23
                                        

ACHTUNG!

" Andai terdapat babak, dialog, ayat atau perkataan kurang sopan, lucah, kesat atau terlampau di bawah ini, harap pembaca berfikiran terbuka. Itu semua perlu untuk menghidupkan karya aku. Namun semuanya aku persembahkan secara terkawal & tak keterlaluan. Harap maaf andai ia mengganggu minda sesetengah pembaca yang berbudi pekerti tinggi lagi mulia akhlaknya serta yang mementingkan adab sopan dalam berkarya "

•••♦◄♥►♦•••

• • Adus, penat gak buat dua citer dalam satu masa ni. Tiap hari kena update  BB & KL. Mujur idea & mood  sedang terangsang  ngan hebatnya.. hee.

•••♦◄♥►♦•••

"Abang kau dah betul-betul sihat ke?" tanya Adil tatkala dia dan Ejon duduk makan di kantin sekolah pada waktu rehat.

"Hmm.. dah. Hari ni dia turun practice  pun. Aku nampak dia seronok sesangat. Rasa best  bila dia dah baik dan tak marah-marah lagi. Hari tu aku ade beli t-shirt  hadiah kat dia," jawab Ejon sambil menyuapkan mi goreng ke mulut.

"Wey.. kau dah dapat gaji ke? Takkan plak kau tak belikan ape-ape untuk aku ni?" rengek Adil.

"Don't worry. Mungkin Ahad nanti aku akan dapat lagi upah siap ngan bonus sekali. Time  tu, aku nak ajak kau ke KOMTAR. Nak belanja kau beli kasut idaman kau tu," balas Ejon.

"Betul ke ni? Wah, bertuahnya aku dapat kawan baik cam kau. Tapi kalau kau bawak aku jumpa tauke kau tu lagi best  ape. Hari tu kan kau ade cakap dan janji nak tolong aku dapatkan keje kat tempat kau tu?

"Sampai sekarang ni pun kau masih lagi tak tunaikan janji kau. Naik penat aku dok tunggu. Aku pun nak gak duit dan beli benda-benda idaman aku. Ape kata, Sabtu ni aku ikut kau, ekk?" pinta Adil.

"Eh, jangan. Kau kena sabar dan tunggu dulu. Aku pun baru je keje kat situ. Nanti tauke aku marah dan bising plak sebab bawak kau. Tunggu je bila keadaan sesuai nanti," pantas Ejon menegah.

Sebenarnya Ejon tak mahu kawan baiknya ini tahu akan jenis kerja yang dia lakukan di studio tersebut. Kalau Adil tahu, akan timbul masalah besar nanti. Adil mungkin akan membuka mulut dan memberitahu Ryan atau emaknya.

Akibatnya, dia akan kehilangaan kerja. Wang yang dikumpul pun tak akan bertambah. Pasti rosak segala rancangan juga musnahlah harapan untuk memiliki BMX  idamannya. 

"Ala, sabar je Dil, aku ingat janji aku. Kau lupakan dulu pasal nak keje ngan aku, ekk? Aku akan belanja kau beli kasut tu." pujuk Ejon.

"Okey arr, tapi jangan lama sangat. Nanti aku akan bagitau kat mak kau," ugut Adil namun dalam nada berseloroh.

•••♦◄♥►♦•••

"Wey.. ape kena ngan muka kau ni? Kau accident  ke?"

Terkejut Ezai tatkala Fahmi melangkah masuk ke restoran di awal petang itu dengan muka bertampal plaster  juga kain kasa* putih dengan tompokan ubat kekuningan.

"Panjang citernya, Ezai. Bagi arr aku duduk relaks dulu dan bawak aku segelas teh tarik. Ade tak ape-ape makanan yang lembut dan senang nak ditelan?" balas Fahmi dengan penuh payah.

"Makanan senang nak telan? Hmm.. nanti aku buat Nestum  atau lenyek nasik ngan kuah sup ayam, ye?"

Terus Ezai bergegas ke dapur dan bercakap sesuatu dengan Abang Samad, pembancuh air.

• kuci𝓃g lorong •Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang