ACHTUNG
"Andai terdapat babak, dialog, ayat atau perkataan kurang sopan, lucah, kesat atau terlampau di bawah ini, harap pembaca berfikiran terbuka. Itu semua perlu untuk menghidupkan karya aku. Namun semuanya aku persembahkan secara terkawal & tak keterlaluan. Harap maaf andai ia mengganggu minda sesetengah pembaca yang berbudi pekerti tinggi lagi mulia akhlaknya serta yang mementingkan adab sopan dalam berkarya"
•••♦◄♥►♦•••
"Nape aku tengok kau tersengih dan tersenyum je ni?" tanya Ejon kepada Adil tatkala mereka duduk di buaian di taman permainan.
Mereka menikmati ais pop perisa grape dan lemon yang dibeli di kedai runcit berhampiran taman tersebut.
Kelihatan beberapa orang bebudak riang berlarian bermain dan berkawan. Waktu awal pagi sebegini tak ramai pengunjung. Dapatlah mereka berdua bersantai tanpa banyak gangguan.
"Mana ade? Aku cam biasa je. Kan aku sorang yang periang dan suka senyum?"
"Eleh, periang konon? Semalam kau gak yang mandom cam ayam berak kapur je, kan?"
"Itu semalam punya hal. Kau yang buat jual mahal, timing konon. Sebab tu arr aku rasa sedih, tapi hari ni kau dah okey. So, aku pun syok je."
"Aku mengaku, aku dah buat kau sedih dua tiga hari ni. Sorry, bukan niat aku nak renggangkan persahabatan kita. Aku janji takkan buat lagi."
"Ejon, boleh aku tau, sebab ape kau jadi cam tu?"
Pertanyaan Adil tak terus dijawab oleh kawannya itu. Ejon merenung jauh ke arah jalan yang kini mula sibuk dengan pelbagai kenderaan. Maklumlah, hari ini cuti kelepasan am.
"Nanti arr, ade masa aku bagitau kau, okey? Sekarang ni, ape kata jom kita pi restoran? Boleh gak buat ape-ape keje, tolong Abang Ezai dan Pak Murtaza tu.
"Dapat gak makan free, kalau nasib baik, tentu dapat upah ke. Boleh arr kita enjoy kat bandar petang nanti. Tengok wayang ke atau main game di arked* tingkat tiga."
Cadangan Ejon itu dipersetujui Adil.
"Jom, dok kat sini pun tak dapat ape-ape. Silap-silap hari bulan, mak aku panggil balik plak."
Mereka mencapai basikal masing-masing lalu terus menuju ke arah bandar.
•••♦◄♥►♦•••
Ryan segera memainkan peranannya. Punat* pada kamera diketik*nya bertalu-talu bak seorang jurugambar profesional dalam sesi peragaan pakaian di studio.
Lampu denyar* menyala menyambar menyinari tubuh telanjang Abang Hamdan dan Waled yang sedang berbaring di atas meja.
Terkejut pemuda durjana itu yang sedang berada di atas tubuh Waled bila disergah tanpa sebarang amaran oleh Ryan, Haris dan Elliot Tan.
Apatah lagi bila flash kamera menyala silih berganti. Makin cuak dan cemas jadinya.
Dia gelabah dan tergamam, tak tahu apa yang harus dibuat. Mukanya pucat, ditoreh tak berdarah.
"Lid, kau pakai baju dan seluar. Abang Hamdan, jangan bergerak dan jangan cuba nak capai pakaian, okey? Nampak tak kayu hoki ni? Nanti saya hentam kepala abang, pecah berderai," gertak Haris.
Dia baru saja mencapai kayu hoki yang bersepah di lantai. Sementara Elliot Tan pula mengacukan batang bendera yang tajam ke arah pemuda tersebut.
Waled segera mencari pakaiannya lalu tergesa-gesa menyarungkan ke tubuh. Dia teresak-esak menangis. Mungkin malu, takut atau dalam kesakitan dek perbuatan Abang Hamdan tadi.
ANDA SEDANG MEMBACA
• kuci𝓃g lorong •
Teen Fiction• 𝓬𝓸𝓶𝓹𝓵𝓮𝓽𝓮𝓭 • Kisah seorang remaja gigih lagi cekal dalam mendepani segala rintangan demi adik tiri juga kekawannya. Dia berusaha untuk menggembirakan si adik biar dengan apa cara pun. Namun ada yang tak memandang & menghargai segala jerih...
