Chapter 9 - Hadiah Faris & Rahsia Fahmi

1.1K 44 1
                                        

ACHTUNG!

"Andai terdapat babak, dialog, ayat atau perkataan kurang sopan, lucah, kesat atau terlampau di bawah ini, harap pembaca berfikiran terbuka. Itu semua perlu untuk menghidupkan karya aku. Namun semuanya aku persembahkan secara terkawal & tak keterlaluan. Harap maaf andai ia mengganggu minda sesetengah pembaca yang berbudi pekerti tinggi lagi mulia akhlaknya serta yang mementingkan adab sopan dalam berkarya "

•••♦◄♥►♦•••

Petang itu, selepas pulang dari sekolah, Ryan terus saja mandi dan makan. Kemudian, dia mula membuat semua kerja sekolahnya.

Dia tak nak tunggu malam untuk menyiapkan kerja yang disuruh cikgunya sebab tak pasti pukul berapa dia akan pulang dari rumah Faris petang nanti.

Rancangannya akan berjalan lancar kerana emaknya bekerja shift  petang dan tengah malam baru pulang. Jadi, dia tak perlu risau apa-apa andai terlewat pulang ke rumah.

Dia tak pasti apa yang budak lembut itu nak namun dia tak sabar untuk berjumpa dengannya. Kalau boleh, dia nak bersama Faris lebih lama agar budak itu rasa berbaloi memberikan upah kepadanya semalam.

Entah kenapa, sejak peristiwa itu, fikirannya sering saja teringatkan budak chubby  tersebut. Tak tergambarkan akan keterujaannya untuk bertemu dan melayan apa saja kehendak Faris nanti.

Lepas selesai dengan homework nya, Ryan mengulang kaji serba sedikit subjek yang dipelajari di sekolah pagi tadi. Tapi seperti biasa, dia terus saja terlelap sambil menelentang di depan TV.

Pukul enam setengah, Ryan keluar dari rumah penuh bergaya. Rambutnya disisir rapi serta disapu gel  yang semakin menambahkan lagi handsome nya.

Ryan meninggalkan nota di pintu kepada Ejon, menyatakan yang dia mungkin pulang lewat sedikit malam nanti.

Dia pesan agar Ejon ajak saja Adil temankan kalau adiknya itu tak berani untuk tinggal seorang. Ataupun, Ejon boleh ke rumah Adil, nanti bila dia dah balik, akan dijemputnya.

•••♦◄♥►♦•••

Ryan menunggu Faris di bawah pokok rendang di seberang jalan betul-betul setentang dengan rumahnya. Sepuluh minit kemudian, kereta Volvo  bapa Faris berhenti di depan pintu pagar.

Setelah kereta tersebut beredar, Ryan mengayuh ke arah Faris yang kini sedang membuka mangga pintu pagar.

"Hai, kau pesan kat Ejon suruh aku datang petang ni, kan?" tanya Ryan membuatkan Faris terkejut.

"Oh.. awak Ryan, terkejut saya. Ingatkan awak belum sampai. Memang saya yang suruh adik awak sampaikan pesan saya. Dah lama ke awak tunggu?" 

"Ade arr sepuluh minit kot. Aku tak ade jam, mana tau waktu."

"Jom kita masuk. Nanti jiran nampak lak, sure  dia orang akan tertanya-tanya tengok awak datang petang-petang ni. Dia orang semua tu terkenal busy body  je," pelawa Faris.

"Duduk arr dulu, awak tentu penat, kan?" ujar Faris seraya menyuakan air tin Fanta Grape  yang diambil dari peti sejuk.

Ryan menyambut lalu diminumnya penuh tertib. Dia menyandar di sofa lembut sambil mendengus kepuasan, hilang dahaganya.

"Awak dah makan ke?" 

"Hmm.. balik sekolah tadi aku dah makan. Masih rasa kenyang lagi, nape?" 

• kuci𝓃g lorong •Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang