ANAK mataku meliar, mencari baju untuk dihadiahkan buat mama dan abah. Terpaksa buat begini sebab mereka langsung tak mahu menerima wang yang aku nak hadiahkan. Setiap kali nak bagi, ada saja alasan keluar dari mulut mereka. Suruh aku simpan untuk kahwinlah, dermakan kepada orang-orang yang lebih memerlukanlah. Ada sajalah hujah setebal kamus.
Kali terakhir mereka terima duitku ialah dua tahun lepas. Waktu pertama kali aku dapat gaji. Itupun mereka gunakan untuk belanja makan satu keluarga. Hampeh betul. Tak tahulah nak bersyukur atau sedih dapat ibu bapa macam ni.
Walau bagaimanapun, setiap hari, tanpa gagal, aku berterima kasih kepada Allah yang mengurniakan aku ibu bapa yang sangat baik dan memahami. Kalau aku dilahirkan semula, aku tetap akan memilih untuk menjadi anak mama dan abah.
Di kala aku sibuk memerhati segenap ruang menempatkan pelbagai baju, bahuku terlanggar seseorang. Baru saja nak minta maaf, terbeliak mataku melihat gerangan manusia yang aku langgar.
"Ya Allah, Hana!"
"Lea!"
Belum sempat otakku memproses segalanya, tubuhku terlebih dahulu tertarik ke dalam pelukan Hana. Aku membalas erat pelukannya. Sungguh aku sangat rindukan dia. Sahabat karibku sejak zaman sekolah. Sudah hampir beberapa bulan aku dan Hana tidak bersua muka.
"Kau tak cakap pun kau balik!" marah Hana. Bahuku menjadi mangsa keganasannya. Nasib baik tamparan lembut, kalau berbisa macam zaman sekolah, mahu terpelanting anak tekakku.
"Aku malas nak ganggu kau. Kau macam busy je lately ni."
"Kau ni, saja kan. Aku ni bukannya isteri perdana menteri sampaikan tak ada masa untuk kau!" bentak Hana. Tayang wajah tak puas hati.
Hana sudah aku anggap sebagai sahabat dunia akhiratku. Satu-satunya kawan yang sentiasa ada buat aku di waktu jatuh dan bangun, gembira dan duka, tawa dan menangis. Meskipun aku bekerja jauh nun di Sabah, Hana tak pernah lupa untuk menelefon. Persahabatan kami masih berkekalan sehingga kini. Tak ada siapa tahu bahawa petemuan di sejak di bangku sekolah telah melahirkan dua belangkas yang sebulu. Tiada rahsia antara kami.
"Sorrylah Hana, aku tengah tunggu masa je nak inform kau. Janganlah marah."
"Sejak bila kau balik?" tanyanya, masih dengan riak muka semasam cuka.
"Baru seminggu."
"Aik, baik pulak boss kau bagi cuti lama," perli Hana. Dia pun dah masak dengan perangai bekas orang atasanku yang sedikit lokek dengan cuti.
"Aku dah berhenti weh. Penat dengar mama berleter tiap-tiap hari."
Hana yang tadinya merajuk terus berubah teruja. Senyuman lebarnya sudah mencecah tahap paling hujung. Nasib tak koyak.
"Seriuslah?! Kau tak game aku kan?" Dia meloncat gembira.
"Aku tengah seriuslah ni. Game-game orang ni aku tak main eh. Kau yang suka game aku."
"Yeayy! Bolehlah aku lepak dengan kau selalu."
Sekali lagi, kami berpelukan riang. Kanak-kanak Ribena versi dewasa. Kalau tak dikawal, boleh jadi bahan jenaka orang ramai. Beginilah situasi setiap kali kami bertembung, selalu lupa daratan.
"Kau buat apa dekat sini? Datang sorang je?" Aku bertanya. Baru sedar tak sesiapa di samping Hana.
"Yup! Aku beli hadiah untuk bakal kakak ipar aku," jawab Hana selamba. Matanya bersinar.
Aku terpana. Bakal kakak ipar? Maknanya bakal isteri kepada abang Hana. Otakku lambat memproses maklumat. Kenyataan itu membuatkan otak dan hatiku tak kerjasama. Seperti hendak menidakkan ucapan yang meniti di bibir Hana.
YOU ARE READING
Awak Saya Punya, Only Mine! ✔
RomanceNina Fini | Karya Pertama Haezril Hakimi X Nur Azalea ~He's the piece that I miss and he's mine~ PREVIOUS ACHIEVEMENTS #1 IN BADBOY - 21/11/2018 #2 IN HATI - 23/11/2018 #3 IN CEO - 23/11/2018 #4 IN KASIH - 23/11/2018 #6 IN KONFLIK - 23/11/2018 Novem...