Bab 23 ~ Past ~

13.3K 488 26
                                    

"KORANG stay sini kan?" Soalan mengejut along membuatkan aktiviti menciduk laukku terhenti. Aku pandang Haezril. Menanti jawapannya. Tapi yang geramnya, dia pun pandang aku, mengharapkan aku yang memberikan jawapan. Cis, langsung tak membantu. Harapkan suami, isteri yang kena jawab.

"Erm... Hez ada meeting esok, long." Aku bagi alasan yang paling munasabah. Kongsi katil bersaiz king dengan Haezril pun dah buat aku semput setiap malam. Inikan pula nak berkongsi katil comelku dengan dia. Huh, lemah jantung aku dibuatnya.

"Betul ke Hez? Kau ni busy sangatlah. Kesian adik aku ni."

Haezril melemparkan pandangan serius padaku. Air liur aku telan. Rasa pahit. Ni mesti dia marah sebab aku menipu. Nak buat macam mana lagi? Kalau tak tipu sunat, alamatnya tidur situlah jawabnya. Nak harap dia jawab, sama macam tunggu gajah nak turunkan berat badan.

"Lea, awak lupa ke yang meeting saya cancel?" Haezril turut serta mencipta cerita fiksyennya sendiri.

"Erm... Eh ha'ah la. Saya lupa."

"Kalau macam tu, tidur sini lah ya. Haezril pun tak pernah stay sini lagi." Mama tiba-tiba menyuarakan cadangan bernas. Bernas bagi mereka. Tidak bagi aku.

Gulp!

"Tapi kan ma... Erm... Lea lupa nak packing baju Haezril ke sini. Lain kali jelah. Alah, mama janganlah risau. Tak kurus pun menantu mama ni kalau Lea bela. Orang jaguh masak tau!"

"Ek eleh, macamlah Abang Hez ni tak boleh pakai baju along dengan abah. Sajalah tu, nak kasi alasan. Mentang-mentang dah ada rumah besar..." sindir Dania pula.

Aku membalas kata-kata Dania dengan jelingan tajam. Seharian kepala aku kena skru dengan manusia-manusia yang pantang tengok aku bahagia. Haezril hanya tersenyum melihat telatah kami adik-beradik. Dia dengan Hana pun apa kurangnya. Kalau bergaduh, bergegar Malaysia.

"Okey." Jawapan tenang Haezril, membuatkan semua mata terarah padanya.

Whut?! Aku terlopong. Sejak bila aku setuju? Eh, aku tak setuju la! Saya bantah!

"Hez sudi duduk sini ke?" Mata mama sudah memancarkan cahaya.

"Mestilah sudi, mama. Kami stay sini dalam dua tiga hari. Bagi budak besar ni lepas rindu dekat mama abah dulu." Usai berbicara, Haezril memicit pipiku.

Seluruh tubuhku berapi. Bukan sebab pipiku menjadi sasaran. Tapi, Haezril buat hal lagi! Mama ajak bermalam sehari saja. Yang dia pandai-pandai pergi tambah kuasa dua dengan tiga tu siapa suruh?

Tanganku mula bekerja. Mencari tangan Haezril di bawah meja makan. Selepas tangan itu berjaya aku tangkap, aku goncangkan beberapa kali. Tanda protes. Cubaan aku untuk tunjuk perasaan gagal tatkala dia mencengkam tangan kiriku. Aku tarik. Rentap. Tolak. Tetap tak berjaya. Argh! Sakitnya hati!

"Hez memang dah lama plan dengan Lea nak tidur sini. Tapi tulah, lately ni busy sikit. Bila Hez fikir-fikir balik, nak tunggu sampai Hez free memang tak ada penghujunglah. Mahu meraung orang sebelah Hez ni."

Aku paksakan diri untuk tersenyum manja. Kita plan eh? Pandai betul lelaki ni cungkil bakal belakon dia.

"Sabarlah, Haezril. Anak abah sorang ni memang manja terlebih. Kadang-kadang abah dengan mama rasa Dania lebih matang daripada dia."

Aku tarik muka. Mana tak geramnya kalau asyik aku saja dijadikan bahan tawa mereka. Lega. Akhirnya, tanganku Haezril lepaskan jua. Cawan berisi air oren aku capai. Nak dinginkan segala sel dan sarafku.

Awak Saya Punya, Only Mine! ✔Where stories live. Discover now