KEPALAKU terasa berat. Seperti tengah angkut anak gajah atas kepala. Dekat mana ni? Aku pandang sekeliling. Masih gelap. Hanya diterangi cahaya lampu tidur. Bilik hotel? Oh ya! Macam mana boleh lupa daratan ni? Aku ketuk kepala. Kalau datang Perth untuk tidur, baik duduk rumah buat toast ataupun pancake. Jimat banyak masa, wang dan tenaga.
Aku bangun. Mataku masih kuyu. Tahan kantuk. Tubuhku menggigil apabila terasa hembusan air cond mengenai kulitku. Kedua belah lenganku, aku usap. Menghangatkan tubuh dengan sentuhan. Ya Allah, sejuknya!
Eh, kejap. Kenapa macam...
Rahangku jatuh. Ternganga. Mana tidaknya, tubuhku kosong tanpa seurat benang. Terus aku menarik kain selimut, membaluti tubuhku yang sudah menggeletar. Apa yang dah jadi ni? Sejak bila aku buka baju semalam? Otakku dihujani pelbagai persoalan.
Sekali lagi, aku dikejutkan dengan pemandangan atas lantai. Pakaian yang membaluti tubuhku semalam berselerak. Termasuk pakaian-pakaian dalamku. Tanganku terketar. Dahiku pula dikunjungi peluh dingin. Apa aku dah buat ni? Ruang di sebelahku kosong. Tak berpenghuni. Jadi, aku tidur dengan siapa? Aku urut kepala yang berpinar.
Tiba-tiba aku terdengar pintu bilik air terbuka. Kepalaku lantas terhala pada bunyi tersebut. Genggamanku pada selimut, aku kemaskan. Seorang lelaki bertubuh sasa berjalan selamba. Hanya mengenakan tuala paras lutut. Tidak segan silu menayangkan otot-otot maskulinnya. Tapi bukan itu fokusku. Gerangan manusia itu yang paling penting.
Haezril! Lafaz syukur aku laung sekuat-kuatnya dalam hati sebaik saja wajah kacak Haezril bertemu anak mataku. Alhamdulillah, Ya Allah! Nafas lega, aku hembus semahuku. Tak dapat aku bayangkan kalau lelaki lain yang tiba-tiba keluar daripada bilik air. Koma terus!
"Dah bangun?" tanya Haezril. Suara serak basahnya seakan-akan melodi indah yang mengunjungi halwa telingaku. Dia tampak sibuk mengeringkan rambutnya dengan tuala kecil.
Angguk. Banyak perkara yang bermain di fikiranku. Aku dengan Haezril dah terlanjur ke? Ish, tak sesuai. Mana ada istilah terlanjur antara suami dan isteri. Segalanya sudah halal. Aku menarik comforter, merapatkan ke dada. Tak selesa dengan mata liar Haezril.
"Kita... Erm... Saya..." Kepala tak gatal, tapi aku garu juga. Macam mana keluarkan ayat yang agak senonoh untuk situasi ni?
Haezril menghampiri. Menatap dalam anak mataku.
"Sebelum awak tuduh saya macam-macam, yes, we did it."
Keningku terangkat. Buat apa?
"We did it? Did what?"
Senyuman kambing ditayang. Membuatkan aku gementar. Kenapa soalan tu macam dah terjawab eh?
"It is an action, a wild one and supposed to be done by a married couple on their first night. Do you still need extra explanations? Or you prefer a demonstration instead?" jelas Haezril panjang lebar bersama senyuman senget. Ini kalau tak faham juga, memang kena dapatkan rawatan intensif tingkatkan IQ.
Tenggukku rasa gatal tiba-tiba. Anak mata cepat-cepat aku larikan. Cek malu!
"Ehem... Faham. Dah faham," jawabku terangguk-angguk.
"Good girl."
Kepalaku digosok Haezril. Gelagatnya seperti melayan anak kucing.
"Tapi... Kenapa saya tak ingat?" Jiwaku makin tak tenteram tatkala Haezril mengambil tempat duduk di sebelahku. Bau wangian tubuhnya berpusu-pusu memasuki rongga hidungku. Ish, dia datang dekatlah pula. Hampir terluruh jantungku apabila comforter putih yang membaluti tubuhkan melorot ke bawah. Nasib baik sempat pegang. Kalau tak, memang buat free showlah jawabnya.
YOU ARE READING
Awak Saya Punya, Only Mine! ✔
Roman d'amourNina Fini | Karya Pertama Haezril Hakimi X Nur Azalea ~He's the piece that I miss and he's mine~ PREVIOUS ACHIEVEMENTS #1 IN BADBOY - 21/11/2018 #2 IN HATI - 23/11/2018 #3 IN CEO - 23/11/2018 #4 IN KASIH - 23/11/2018 #6 IN KONFLIK - 23/11/2018 Novem...