Bab 45 ~ Only Mine ~

15.2K 501 46
                                    

TIDAK pernah terlintas sedikitpun dalam benakku untuk melukakan hati Azalea. Semua yang aku lakukan hanyalah untuk memberi kebahagiaan untuknya. Tapi, aku baru tersedar yang langkahku salah. Aku tak sepatutnya mengabaikan dia selama tiga bulan tanpa khabar berita. Mendapat khabar isteriku kemalangan ibarat seperti mendengar dentuman guruh yang kuat.

Tangan aku angkat. Memohon doa dari Yang Maha Kuasa.

"Ya Allah, hanya Engkau aku meminta, selamatkanlah isteriku, ya Allah. Berilah kami peluang untuk berbakti kepada anak dan ibu bapa kami. Berilah aku peluang untuk membahagiakannya. Ya Allah, aku serahkan urusanku sepenuhnya pada-Mu. Sesungguhnya, Engkau tahu apa yang terbaik untukku. Amin ya Rab."

Titisan jernih kembali membasahi pipiku. Aku dah serahkan takdirku kepada Yang Esa. Tapi aku tak boleh tipu diri sendiri. Aku takut kehilangan orang yang aku sayang. Terutama sekali kehilangan Azalea. Itulah mimpi yang paling ngeri sekali.

"Hez!" Pintu surau terkuak. Menampakkan Chan di muka pintu.

"Kenapa Chan?"

"Azalea... dia..." Bicara Chan tersekat.

Aku menarik nafas panjang. Tak. Tak mungkin.


Setahun kemudian...

"DIPERSILAKAN CEO Ineffable Restaurant, Mr Haezril Hakimi untuk memberikan ucapan." Tepukan gemuruh mengiringi langkahku ke pentas dewan mewah yang sering dijadikan tempat mengadakan majlis besar. Sengaja aku adakan jamuan khas untuk meraikan usaha keras para pekerja yang telah banyak berbakti kepada Ineffable Restaurant di samping mengadakan majlis tahlil.

"Bismillah. Thank you for coming today. Terima kasih sebab sudi luangkan masa ke jamuan tak seberapa ni. Terima kasih juga kerana sudi beramai-ramai membacakan yassin bersempena majlis tahlil ni. The good news, alhamdulillah, our new branch is currently doing well in London. Very well. Surpassed our expected income."

"Wahh!" Ramai bersorak. Melafazkan syukur.

"Walaupun isteri saya tak ada dengan kita, saya tahu dia turut mendoakan kesemuanya berjalan dengar lancar. Anak lelaki saya, Muhammad Hazzar Aakif pun baru masuk umur setahun semalam."

"Congrats, Aakif!" jerit beberapa orang staf bersama tepukan padu. Spesies yang terlebih gula.

Belum sempat aku habiskan kata terakhir, mataku tertumpu pada seseorang. Tak berkedip mataku melihat satu hamba Allah yang sedang melangkah laju ke tengah-tengah dewan. Bukan cakap tak nak datang ke tadi?

Tawa kecil terlepas dari mulutku. Geli hati menyaksikan wajah cemberut Azalea. Dia sedang menggendong Hazzar yang mula mengganas, mengangkat-angkat tangannya selepas sedar akan kewujudanku. Pantang nampak papa, semuanya dilempar ke tepi.

Dari pentas, Azalea kelihatan sangat cantik mengenakan baju kurung moden sedondon denganku, berwarna kuning lembut. Tak kurang kacaknya putera kami yang dipakaikan baju melayu. Tak sampai hati, aku berlalu mendapatkan mereka. Membiarkan MC tak bertauliah meneruskan leterannya. Berat anak berusia setahun itu mampu mengebaskan mana-mana tangan yang menampung berat. Entah apalah Azalea bagi dia makan...

Hazzar kini berubah tangan. Aku merenung wajah Azalea sehingga dia tertunduk malu. Senang benar nak mengusiknya.

"Kalau nak buat surprise pun, tak payahlah sampai susahkan diri awak, sweetheart. Thanks for coming anyway." Aku menghadiah satu kucupan lama di dahinya. Setiap kali aku menatap wajahnya, rasa bersyukur membuak-buak. Hampir kehilangannya setahun yang lalu menjadikan aku seorang insan yang menghargai sekecil-kecil nikmat yang Allah kurniakan dalam hidupku. Termasuklah nikmat untuk melihat orang yang tersayang.

Awak Saya Punya, Only Mine! ✔Where stories live. Discover now