Bab 9 ~ Calon ~

11.4K 482 23
                                    

"LEA! Meh makan, mama dah siap masak!" Aku mengeluh pasrah apabila terdengar jeritan lagenda mama yang sudah bergema di segenap rumah. Suara itulah yang hampir merebankan rumah berusia lebih tiga puluh tahun.

"Coming!" Dengan pantas, aku meninggalkan kertas-kertas kerjaku di atas meja. Kesian pula memikirkan mama masak seorang diri di dapur. Nak tolong, tapi mama yang tak bagi, Mama awal-awal lagi dah halau aku keluar dari dapur. Kesian barangkali sebab tengok aku tak berhenti buat kerja.

Semua ni Haezril punya kerja. Aku baru nak bernafas dalam pejabat Ineffable Restaurant, tengok-tengok, dia dah lempar segala kerja yang ada dekat aku. Ingat aku ni mesin siapkan kerja ke?

Nak bagi kerja banyak tu tak apa lagi. Masalahnya, dia nak semua benda alah ni dalam masa dua hari. Aku ni ibarat bayi yang masih baru nak merangkak dekat syarikat baru. Tapi sekarang, dah dipaksa berlari. Di manakah logiknya di situ?

"Mama!" Pipi mama aku cium pantas. Ibuku dunia dan akhirat. Tak pernah kurang kasih sayang yang mama curahkan. Benar kata orang, kasih ibu sememangnya membawa ke syurga. Sebab terlebih kasih sayang jugalah perangai aku jadi serupa belangkas. Asyik nak melekat dengan mama dan abah sahaja walaupun dah tua bangka.

"Biar Lea hidang nasi dengan lauk, mama duduklah dulu. Take a break. Nia dan abah mana, ma?" soalku sambil mata mencari kelibat dua orang lagi penghuni rumah itu.

"Nia cakap dia busy dengan apa entah tadi. Tapi mama dah panggil makan. Abah pulak pergi solat maghrib dekat masjid. Kejap lagi sampailah tu."

Sebaik sahaja kelibat Dania muncul di dapur, aku terus menghentamnya.

"Ha, keluar pun dari bilik. Ingatkan dah tak jumpa jalan keluar," perliku.

Dania hanya menayangkan wajah menjengkelkan. Haish, buang selera aku je tengok muka minah sorang ni. Sehari sahaja tak tunjuk muka hodoh, memang tak tenteram hidupnya.

"Ya Allah. Sudah-sudahlah tu bergaduh. Penat mama dengar," letar mama.

Setelah siap menghidangkan segala lauk-pauk dengan bantuan Dania, abah turut hadir ke dapur. Mataku bersinar.

"Abah! Panjangnya umur. Lea baru sebut je tadi." Aku menyalam tangan abah serta mengucup pipi berumurnya. Bawah mata Dania yang nampak macam panda tak tidur seminggu itu, aku pandang. Kesianlah pula. Ini mesti kes stay up untuk siapkan tugasan. Baru dia tahu bertapa seksanya nak jadi pelajar terbaik. Mana ada A yang turun dari langit. Semuanya hadir bersama usaha keras.

Suapan nasi ke mulutku terhenti sebaik saja mama bersuara. Mulut aku yang belum terisi makanan didatangi rasa pahit.

"Lea tak ada calon lagi ke?"

"Calon apa ma? Calon SPM ke?" Aku buat-buat tak tahu.

"Tak payah buat tak tahulah Kak Lea. Belajar sampai master kut. Takkan soalan kacang bendi ni pun tak tahu?" sindir Diana.

"Lea tak sedia lagilah mama. Lagipun nak kebas calon dari mana? Orang mana pernah bercinta. Kan haram bercouple." Aku bawa keluar hukum.

"Ish kamu ni, memanglah Islam tak benarkan bercinta. Tapi sejak bila pula Islam haramkan berkahwin? Kahwin tu kan sunah nabi," jelas Mama bernada lembut.

Abah dan Dania hanya berani mengerling. Seperti faham gelojak hatiku, Dania terus menyuakan air oren. Lantas itu, air oren terlebih dalu aku teguk rakus.

"Anak kawan mama ni baik budaknya..."

Aduhai, ayik-asyik anak kawan mama. Habis anak jiran sebelah tak nak angkut sekali?

Awak Saya Punya, Only Mine! ✔Where stories live. Discover now