HAEZRIL'S POV
LANGKAH berat aku ayun ke sebuah hotel mewah di bumi Perth. Tak terkejut melihat keadaan hotel itu yang nampak jauh lebih moden. Sudah beberapa kali aku menginap di situ. Salah satu hotel kegemaran mummy dan daddy.
Seperti yang aku agak, mummy takkan lepaskan aku semudah itu. Peras ugut memang sudah termaktub dalam kamus hidupnya. Itulah satu-satunya senjata yang dia ada untuk membuatkan anaknya jatuh tersungkur. Suara mummy setengah hari yang lalu masih kedengaran jelas di corong telingaku. Salah satu momen yang benar-benar menguji kesabaran mana-mana umat manusia.
"Kalau Hez tak pergi ke Perth, by tonight, mummy akan pastikan apa yang Hez dah usahakan jadi sia-sia. All your hard work will be a waste."
"What do you mean?"
"You'll know, son."
Aku tak senang hati. Gelabah menguasai diri.
"Wait! Do answer my question first." Aku cepat-cepat menahan mummy daripada meletakkan panggilannya. Siapa tak kenal Puan Muna? Dialah wanita yang sukar dibaca. Terlalu banyak idea liciknya untuk menggugat kedudukanku.
"Kalau Hez tak pergi Perth sekarang ni, mummy akan pastikan Datin Maimunah tak jadi buat event dia dekat Ineffable Restaurant. Not only her, you can count Dato' Amin in as well. He's your daddy's friend."
Mataku membutang. Bicaraku mati seketika sebelum aku tergelak kecil. Damn!
"Mummy please, this ain't funny at all." Suara tegasku menyalak.
"Perth or no profitable events for this year?" Mummy mula menekan suaranya. Membuatkan aku lebih tertekan.
Aku meraup wajah. Geram.
"You don't make me choose, mother."
"Mother? Huh! I'm done. Okay, so no events for Ineffable Restaurant then!"
"Perth!" laungku.
"What? I can't hear youuu..." Mummy sengaja memanjangkan dengung pada sebutan akhirnya.
Senyuman sinis terbentuk di bibirku. Menahan rasa bengang yang membuak-buak.
"I said Perth, mummy. You okay with that?! Nak apa lagi? Puas hati?"
"Macam tulah anak mummy! Jangan lupa bawak balik cucu dekat mummy dengan daddy tau. Enjoy your honeymoon!" Mummy terus meletakkan panggilan. Seronok betul gayanya. Macam baru menang Anugerah Wanita Bahagia. Sungguh aku tak faham apa yang mummy cuba buat.
Lepas apa yang dah jadi, ingat hubungan aku dan Azalea akan terus baik selepas 7 hari ke? Kalau semudah itu, tak wujudlah kes cerai-berai dalam dunia ni. Tak semua perkara boleh diselesaikan dalam masa sesingkat itu.
"Hello sir, may I help you?" Seorang wanita berambut perang dan berwajah putih menghampiriku.
"I'm Haezril Hakimi from Malaysia. I had informed this hotel that I'll be arriving quite late compared to my wife."
"Yes, sir. We've noted that. You're Mrs Azalea's husband right?" tanya wanita itu lagi.
"Yes. And this is my passport." Wanita yang memakai tanda nama Nichole itu kelihatan sibuk merekod sesuatu ke dalam komputer.
"Okay sir, here is your passport. David will show you the way. Enjoy your day, sir."
"All right. Thanks." Pasport aku ambil kembali.
YOU ARE READING
Awak Saya Punya, Only Mine! ✔
RomanceNina Fini | Karya Pertama Haezril Hakimi X Nur Azalea ~He's the piece that I miss and he's mine~ PREVIOUS ACHIEVEMENTS #1 IN BADBOY - 21/11/2018 #2 IN HATI - 23/11/2018 #3 IN CEO - 23/11/2018 #4 IN KASIH - 23/11/2018 #6 IN KONFLIK - 23/11/2018 Novem...