BERSEDIA. Aku dah sedia untuk menerima kenyataan. Tak selamanya aku kena hidup berbukukan kisah silam. Nama pun kisah silam, kenapa aku perlu jadikan ia sebagai panduan hidup? Cukuplah sekadar pengajaran yang aku ambil. Haezril pun dah buka buku baru dengan isterinya. Mungkin dah tiba masanya aku turut membuka peluang untuk diri sendiri.
Baju kurung merah jambu yang dihadiahkan Hana, aku sarungkan ke tubuh. Siapa lagi kalau bukan dia yang paksa. Nak sedondon bagai. Katanya, aku ni dah macam keluarga keduanya.
Sesudah siap mengenakan solekan tipis, aku memanjangkan tangan, mencapai beg tangan dan kasut bertumit sedarhana tinggi. Aku berlatih senyum di depan cermin. Hambar nak mampus. Senyumanku nampak macam dibuat-buat. Plastik sangat.
Tok tok tok!
"Ya, masuklah!"
Kepala Dania terjengul di sebalik pintu. Dia tersenyum sumbing. Bukannya aku tak tahu, dia rasa bersalah sebab tak dapat nak temankan aku ke kenduri kahwin Haezril. Lagipun aku faham, pelajarannya jauh lebih penting. Doanya untukku sudah memadai.
Harapnya lepas aku balik nanti, tak ada video viral aku menangis macam pesakit mental dekat majlis kahwin orang. Mohon dijauh-jauhkanlah. Tak bersedia lagi nak jadi famous.
"Cantiknya hakak Nia!" puji Dania melambung-lambung. Pujian paling ikhlas yang aku pernah dengar. Patutnya aku rakam. Moment of life. Mungkin tak dapat dah lepas ni.
"Kalau nak berlakon pun pergilah kelas dulu. Muka tu ikhlaskan sikit je lagi, Kak Lea kasi five stars," ujarku sambil menjuihkan bibir. Aku bukan jenis manusia yang mudah termakan pujian. Terutamanya pujian daripada Dania, musuh utamaku.
"Nia ikhlaslah ni. Kak Lea jangan lawa sangat. Nanti pengantin laki lari karang, tak pasal-pasal muka akak masuk surat khabar. Zaman sekarang ni bukan boleh, salah langkah sikit, terus jadi artis."
Aku ketawa mengekek. Kenapalah aku dapat adik sengal macam ni?
"Yang Kak Lea gelak besar ni kenapa? Jangan nak buang tabiat dekat rumah orang pulak nanti," tutur Dania berbaur pesanan.
"Tolong sikit eh. Lea dah move on."
"Yalah yalah." Dania menghampiriku sebelum menarik aku ke dalam pelukannya. Senyuman lemah terbentuk di bibirku. Who needs a man when you have a caring sister? Walaupun kekadang tu, kesabaran diuji pada tahap tertinggi.
"Show him that you're strong and you can live happily without him."
"Don't worry. I will."
SELAMAT pengantin baru,
Selamat berbahagia,
Selamat ke anak cucu,
Selamat sejahtera.Lagu perkahwinan nyanyian Saloma memeriahkan majlis perkahwinan yang buat secara besar-besaran. Aku berhenti di depan pintu pagar milik rumah agam keluarga Hana. Kenangan aku bersama Hana dan Haezril di rumah ini seakan-akan hadir satu per satu. Ah, cakap dah move on! Dasar hati dan otak tak sehaluan.
Semakin aku cuba menghapuskan kenangan tersebut, semakin dia hadir tanpa dijemput. Namun apakan daya, ia berada di luar bidang kuasaku. Yang penting, aku dah usaha semampu aku. Lama aku tak menjejakkan kaki ke rumah ini. Nostalgia menerpa. Sekejap sahaja masa berlalu ditenggelami usia.
Manusia berpusu-pusu masuk ke dalam rumah itu. Entah berapa ribu jemputan, aku tak boleh agak. Ramai sangat. Kalah majlis kahwin artis-artis Malaysia.
"Ni Lea kan? Kawan Hana betul tak?" Wanita berusia melebihi separuh abad itu menengurku.
Aku menghadiahkan senyuman manis buatnya. Aunty Muna masih cantik seperti dulu. Nama pun ibu kepada Hana, cantiknya luar biasa.
YOU ARE READING
Awak Saya Punya, Only Mine! ✔
RomanceNina Fini | Karya Pertama Haezril Hakimi X Nur Azalea ~He's the piece that I miss and he's mine~ PREVIOUS ACHIEVEMENTS #1 IN BADBOY - 21/11/2018 #2 IN HATI - 23/11/2018 #3 IN CEO - 23/11/2018 #4 IN KASIH - 23/11/2018 #6 IN KONFLIK - 23/11/2018 Novem...